Tetapkan Cita-cita anda semasa di sekolah lagi

Pengalaman mengajar saya erti kedewasaan. Semasa belajar dahulu saya tidak mempunyai perancangan dan cita-cita kerjaya yang khusus. Perangai ini terbawa-bawa hingga ke Universiti. Di Universiti juga masih kabur seolah-olah hilang fokus belajar dan kerjaya apa aku nak buat nanti.

Nasihat saya perkara ini perlu kita mula dari sekolah lagi, mungkin adik-adik kelabu lagi atau tak tau lagi apa kerjaya adik di masa depan, tetapi ia membantu adik belajar, fokus kepada subjek dan ia membantu kepada peningkatan markah dalam peperiksaan nanti.

Bila kita ada fokus serta cita-cita yang jelas, minda kita akan mengerak supaya kita belajar bersungguh-sungguh. Sebab- cita cita sebagai unsur motivasi untuk mencapai.

Peringkat cita-cita :

Di sekolah – Kita boleh bercita -cita lebih luas untuk masuk pengajian tinggi, institut latihan dan sebagainya

Di Universiti – Kena kaji pula apa bidang tumpuan dan peluaang kerjaya mengikut kursus dan bidang anda.

Jangan pula kecewa apabila anda gagal capai cita-cita, Ini peringkat cemas setengah pelajar bila cita-cita mereka tak tercapai. Belajar suatu bukan kerana nak kerja bidang itu sahaja, belajar untuk ilmu,  harus di terap semasa belajar. Kita juga kena bersedia menerima kenyataan, bahawa kerjaya suatu bidang mungkin banyak persaingan.

Kena juga fikir pelan alternantif, kalau aku tak dapat kerja ni, apa kerja lagi boleh aku buat.

Apa pendapat adik-adik semua