Cabaran Umat Islam Dalam Membangun Tamadun Islam

Sheikh Dr `Abdur Rahman Ibn `Abdul Aziz as-Sudais di Kuala Lumpur

Sheikh Dr `Abdur Rahman Ibn `Abdul Aziz as-Sudais

Ini merupakan petikan syarahan umum yang disampaikan oleh Sheikh Dr `Abdur Rahman Ibn `Abdul Aziz as-Sudais telah diadakan pada 20/4/2011.  Ia telah dianjurkan oleh International Insititute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dan diadakan  di dewan IAIS.
Syarahan  umum  tersebut  telah  bermula pada jam 12.30 tengahari dengan disampaikan oleh Sheikh as-Sudais dalam bahasa Arab,  dan diterjemahkan oleh Profesor Ibrahim Zein sebagai moderator majlis tersebut.  Tajuk syarahan yang diberi oleh pihak penganjur ialah:  “The Future of Islamic Civilisation (al-Hadarah al-Islamiyyah) in the 21st Century”.

Ciri-ciri Tamadun Islami
Dalam  menghuraikan  tajuk  yang diberi, Sheikh as-Sudais telah  menyenaraikan dan menghuraikan beberapa ciri yang mesti dipenuhi untuk memastikan masa depan Tamadun Islami berjaya.

Berikut adalah beberapa mesej yang sempat saya salin dari
ucapan beliau:

1.     Tamadun  Islami  mestilah didasarkan oleh aqidah yang betul sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi  wasallam  dan  golongan  terdahulu selepas Baginda, iaitu golongan salaf.  Tanpa aqidah yang betul, tamadun Islami yang ingin dibangunkan tidak akan berjaya.
2.     Ia  mestilah  dibangunkan  di  atas  prinsip-prinsip  moral  dan etika yang betul berlandaskan apa yang telah ISLAM gariskan.
3.     Cara  membangunkan  Tamadun Islami mestilah merujuk kepada cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membangunkan masyarakat  dan negara Islam.  Tiada rujukan yang lebih baik, kerana pada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam itu adalah ikutan yang terbaik.
4.    Ia didasarkan kepada menjaga maruah manusia.
5.     Tidak  boleh  lari  dari  melindungi  5 kepentingan seperti yang dinyatakan di dalammaqasid syariah yang biasa kita dengar, iaitu:

  • Melindungi agama
  • Melindungi nyawa dan diri manusia
  • Melindungi akal manusia
  • Melindungi kehormatan diri
  • Melindungi harta

6.     Maqasid  Syariah  di  atas bukan sahaja melindungi kepentingan si Muslim, tetapi juga melindungi si non-Muslim.  Ia melindungi kepentingan semua.             7.     Tidak  seperti  tamadun  lain  yang  biasanya hanya menumpukan salah satu, iaitu samada aspek rohani atau material. Tamadun  Islami  menumpukan  kepada  kedua-dua  aspek  iaitu  rohani  dan juga material.  Adalah anggapan yang salah sekiranya seseorang menganggap ISLAM hanya menumpukan aspek rohani sahaja.
8.     Setiap  lelaki  dan  perempuan diberikan taklif yang sama iaitu menanggung amanah dan bertanggungjawab terhadapnya. Namun, lelaki dan perempuan mempunyai peranan masing-masing dan mesti memainkan peranan itu dengan sedaya mungkin.
9.    Walaupun di dunia ini mempunyai bangsa yang berbeza, namun tumpuan hendaklah ditumpukan kepada nilai kemanusiaan dan tidak  boleh dilayan manusia itu berdasarkan kaum dan bangsa yang berbeza.  Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, walaupun para sahabah berbeza bangsa dan keturunan, hatta ada yang datang dari negara yang lain pun diberi layanan yang sama rata, malah memegang peranan yang penting mengikut kepakaran masing-masing.
10.    Tamadun Islami yang hendak dibina mestilah berdasarkan kepada ilmu.
11.    Tamadun tersebut mestilah membawa kebaikan kepada seluruh manusia dan penghuni dunia.
12.    Tamadun yang berjaya adalah tamadun yang menghargai nilai keintelektualan.
13.    Semua kebaikan itu bukan sahaja untuk Muslim sahaja, malah juga kepada yang bukan Muslim.
14.    Prinsip keadilan mesti dijadikan asas kepada Tamadun Islami.                          15.    Kebebasan juga merupakan unsur yang penting di dalam Tamadun Islami.  Kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan yang  masih  di  dalam  lingkungan  syara`.   Kebebasan  tidak  sama  dengan anarki.  Sistem Anarki bermaksud sistem kebebasan  tanpa  peraturan, tanpa undang-undang dan tanpa pemerintahan.  Bukan itu maksud kebebasan di dalam ISLAM.
Anarkisme tidak diterima di dalam ISLAM.
16.    Sheikh Sudais juga telah menekankan prinsip washatiyyah iaitu kesederhanaan.  Sifat melampau samada terlalu ketat atau  terlalu  longgar  dalam  mengamalkan  ISLAM tidak patut dibiarkan berlaku.  Kerana ia boleh membawa kesan yang buruk dan boleh memberikan maksud yang tidak baik kepada agama ISLAM dan keseluruhan manusia.
17.     Hendaklah  Tamadun  Islami  yang dibina itu mempunyai sifat tasamuh iaitutoleransi sesama manusia.  Lihat sahaja bagaimana kisah pembukaan Mekkah oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, pembukaan beberapa negara oleh Umar  ra,  pembukaan  Palestin  oleh  Salahuddin  al-Ayubi  dan  pembukaan  Istanbul oleh Muhammad al-Fateh.  Mereka tidak
berdendam, malah bertoleransi dan memberi maaf kepada musuh-musuh ummat ISLAM.
18.     Tamadun  Islami juga mestilah didasarkan dengan nilai-nilai keamanan dan kesejahteraan manusia.  ALLAH subhanahu wa Ta`ala tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan!
19.     Semua  nilai-nilai  di  atas hanya boleh dibina dengan mempunyai kekuatan dalaman yang tinggi iaitu Iman.  Tanpa Iman, sukar untuk ia dicapai.

Cabaran Ummat ISLAM

Ada  2  cabaran  besar  yang  dihadapi oleh ummat ISLAM dalam usaha untuk merealisasikan Tamadun Islami.  Pertama ialah cabaran  dalaman, iaitu cabaran yang ditimbulkan oleh ummat ISLAM sendiri.  Dan yang kedua ialah cabaran luaran, iaitu cabaran  yang  ditimbulkan  oleh  pihak  yang bukan dari kalangan ummat ISLAM dan suasana persekitaran.  Berikut adalah
beberapa senarai cabaran yang disebut beliau:
Cabaran dalaman:

  1. Ummat ISLAM tidak mengambil Islam sebagai sistem hidup.
  2. Ramai ummat ISLAM mempunyai salah faham terhadap ajaran ISLAM itu sendiri.
  3. Ramai salah aplikasi ajaran ISLAM.
  4. Hasil  daripada  salah  faham  dan salah aplikasi ini maka wujudlah fitnah terhadap ISLAM.  Ummat ISLAM mesti ambil peranan untuk memberikan penjelasan kepada ummat ISLAM sendiri dan juga kepada yang bukan ISLAM.
  5. Tidak bersatu.
  6. Hendak bersatu mestilah masing-masing merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dan fahami betul-betul ajaran dan maksud ajaran di dalamnya.
  7. Jangan mudah melabel orang lain.  Jangan menuduh orang lain kafir, sesat, fasiq dan lain-lain gelaran tanpa haq.
  8. Jika  ada  perbezaan pendapat dan pegangan, jangan bergaduh.  Utamakanlah kesatuan ummah.  Kesatuan ummah itu mesti
  9. Menjadi agenda penting.  Perbezaan di antara muslim dengan muslim tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan.
  10. Sikap  suka  menyalahkan  orang  lain.   Jangan  mudah menyalahkan unsur luar seperti negara barat atau pihak-pihak
  11. tertentu.   Ummat  ISLAM  mestilah  melihat  kepada  kesilapan  dan  kelemahan  diri  sendiri.  Dan berusaha ke arah memperbetulkannya.

Cabaran luaran:
1.    Syahwat dan syubuhat.
2.    Manipulasi orang lain, terutama Barat dan lain-lain tamadun.
3.    Globalisasi adalah ancaman yang sangat merisaukan.
4.    Internet dan media
Walaupun  Sheikh  as-Sudais  menyenaraikan  beberapa  cabaran  dan unsur luaran yang boleh menggugat ummat ISLAM, namun beliau  tetap  menegaskan  bahawa  kita  sebagai  ummat  ISLAM  jangan  terlalu tumpukan sangat kepada unsur luaran dan menyalahkannya.   Kerana  apa  yang lebih penting ialah melihat ke dalam diri kita sendiri.  Dan cuba untuk memperbaiki kesemua kelemahan itu…

Di  akhir  syarahan,  Sheikh  as-Sudais  menekankan bahawa masa depan dunia adalah dengan ISLAM.  Dan ini pasti berlaku kerana  ia telah difirman ALLAH & disabdakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Beliau memetik ayat al-Quran dan  hadith yang menjanjikan hal ini, namun atas kedhaifan saya, saya tidak dapat memetik ayat al-Quran dan hadith yang beliau nyatakan.
Itulah  antara perkara penting yang disentuh oleh as-Sheikh.  Sebenarnya mungkin banyak lagi yang disentuh oleh beliau, tetapi saya tidak mampu menyalinnya dengan sempurna.  La haula wa la quwwata illa biLLAH.
Bahasa  yang  digunakan  oleh  Sheikh as-Sudais memang sedap didengar.  Disebut satu-satu perkataannya dan penuh makna, juga  sarat  dengan  ayat-ayat  dari  al-Quran  dan  al-Hadith.   Penuh  dengan  mesej.   Profesor  Ibrahim  Zein  yang menterjemahkan  syarahan beliau, dengan merendah diri mengakui beliau tidak mampu menterjemahkan semua bahasa Arab yang digunakan  oleh Sheikh as-Sudais ke dalam bahasa Inggeris kerana bahasa yang digunakan oleh Sheikh penuh dengan retorik dan makna yang mendalam.
Apa yang saya perhati, yang menariknya tentang Sheikh as-Sudais ini, beliau kadang-kadang bergurau dan berjenaka dengan moderator  majlis.   Dan  selang  beberapa  sesi,  beliau  akan  berhenti  untuk  bertanya dengan para hadirin.  Beliau mengajukan  beberapa  soalan  untuk  dijawab  oleh  hadirin  untuk menguji kefahaman hadirin.  Dalam sesi syarahan yang berlangsung  1  jam  30  minit  itu,  beliau  telah  berhenti  sebanyak  3 kali untuk berinteraksi dengan hadirin.  Dan alhamdulillah,  hadirin juga dengan sangat teruja menjawab soalan-soalan beliau.  Sesi soal-jawab tidak dapat dilakukan dengan sempurna disebabkan oleh kesuntukan masa.
Mudah-mudahan  catitan  ini  ada  manfaatnya buat diri saya dan buat kalian yang mungkin terbacanya.  Semoga kita semua berupaya  untuk mengambil iktibar dan berubah berdasarkan beberapa mesej yang tercatit di atas.  La haula wa la quwwata illa biLLAH…
WAllahu Ta`ala A`lam.

Siapa Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais

Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais (Arabic: عبد الرحمن السديس (ʻAbd ar-Rahman ibn ʻAbd al-Aziz as-Sudais), born Riyadh, Saudi Arabia in 1960)[1] is the imam of the Grand mosque in Mecca, Saudi Arabia, and the “Islamic Personality Of the Year” 2005. In some of his sermons, al-Sudais has vilified non-Muslims and has called for the annihilation of Jews.[2][3]