Banjir: Perlis perlukan peruntukan segera

banjir perlis

Berita kosmo 27/09/2011 11:20pm, telah menarik perhatian saya, kerana kami derita apabila terlibat banjir, Harap kerajaan pusat lulus segera peruntukan tambahan yang di minta. Kami rakyat perlis mohon jasa baik PM agar lulus segera. Banyak kerosakan dan kerugian yang berlaku, kos baik pulih dan bantuan hampir sama dengan kos peruntukan. Jika di biar berterusan kami semakin Miskin. Lihat Kosmo di bawah:

KANGAR — Kerajaan negeri Perlis memohon peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta daripada kerajaan pusat bagi menangani masalah banjir yang kerap berlaku di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, sebelum ini, kerajaan negeri telah memohon sebanyak RM40 juta bagi kerja-kerja jangka pendek mengawal banjir tetapi yang diluluskan hanya RM10 juta.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan banjir di sini hari ini, beliau berkata, peruntukan tambahan itu adalah bagi kerja-kerja meluas dan mendalam Sungai Perlis di samping sungai-sungai lain yang menjadi penyebab masalah banjir.

Mengenai peruntukan RM10 juta yang telah diluluskan, Md. Isa berkata, ia akan digunakan bagi membaiki beberapa batang sungai utama termasuk Sungai Biak dan Sungai Beseri selain sungai-sungai di kawasan Bintong, Arau, Kayang serta Kangar.

Md. Isa berkata, kerajaan negeri juga merangka program jangka panjang bagi mengatasi banjir termasuk rancangan membina projek Lencongan Barat dan Lencongan Timur.

Menurutnya projek Lencongan Barat yang dianggarkan bernilai RM260 juta dijangka boleh dimulakan tahun depan apabila urusan pengambilan tanah dapat diselesaikan dan tempoh siap projek itu adalah dua tahun. — Bernama