Maharaja Lawak, Bolehkah Lelaki Lakon Perempuan

Maharaja Lawak

Maharaja LawakSemalam tengok Maharaja Lawak Mega 30 Dis 2011. Kumpulan Osbon menjadi juara mengalahkan 3 lagi kumpulan. Pada mulanya saya menjangka Boboi akan menang Maharaja Lawak,  tapi prestasi Osbon lebih menonjol pada malam Maharaja Lawak itu. Osbon mendapat hadiah RM350,000 dan kedua Boboi RM250,000, Ketiga Saehu kumpulan dari Indonesia RM150,000 dan keempat Syok mendapat hadiah RM50,000.

Video persembahan Os dan Abon dari kumpulan Osbon maharaja lawak Akhir

Hiburan memanglah hiburan, tapi kebanyak pelawak malam Maharaja Lawak akhir dan malam sebelumnya, kebanyakan melakon watak lelaki jadi perempuan, Macam Datin Maimoon, Ibu mengandung oleh Abon dan sebagainya, setiap episod ada watak lelaki jadi perempuan. Persoalannya boleh kah macam tu. Ada juga artis lain perempuan dalam Maharaja Lawak yang lakon watak lelaki

 Kita lihat apa kata majlis fatwa mengenai lelaki jadi perempuan dan perempuan jadi lelaki

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,i aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Fatwa di atas di petik dari : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid-dan-hukum-lelaki-menyerupai-perempuan-pondan-dan

Maharaja Lawak