WWW 1 apa yang hebat ?

www 1 , bidaan tinggi sultan johor, www 2 agung,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No Plat Kenderaan WWW 1 mendapat bidaan tertinggi iaitu RM520,000 oleh Tengku Sultan Johor. Tahniah kepada Tengku. Ramai yang minat dengan www ni kenapa ya, saya pun tak faham, kenapa www 1, kenapa www 2 atau www 3 dan seterusnya. Persoalannya ini adalah no dan angka biasa, sudah macam tren di malaysia, No Plat di jadikan bahan dagangan dan ramai yang minat pada angka tertentu.

Bagi saya tiada apa nilai dan tuah pada sebarang angka dan huruf, tiada apa apa ong atau untung nasib pada angka, hanya keseronokan memuas nafsu sahaja. Nak tanya ustaz atau ulama, apakah bidaan macam ini di kira kategori membazir atau apa hukum membelanja wang untuk tujuan beli no plat.

Pandangan saya di atas adalah pandangan peribadi dan tak menyentuh mana mana pihak.