Pembangunan apa yang anda cari

Pembangunan yang bagaimanakah anda cari. Semalam tonton TV alhijrah, segmen bicara, dua orang panel Dr Asri(USM) dan Dr Zaharudin (UIA). Mereka berbicara mengenai pembangunan, pembangunan apa yang anda cari, apa bentuk pembangunan untuk kita, bagaimana membina pembangunan yang membangun ummah dan perbagai persoalan pembangunan dibincangkan. Fokus utama ialah pembangunan yang boleh melahirkan tamadun manusia dan bina minda cemerlang.

Bagus Rancangan TV macam ini yang mengajak kita berfikir apakah bentuk pembangunan yang sesuai untuk kita. Kupasan kedua orang panel lebih menjurus kepada pembangunan untuk minda manusia dan tamadun umat agar cemerlang didunia dan akhirat

Kita tak mahu umat Islam hanya pandai kerja, tapi kosong jiwa dengan akidah dan ilmu agama, Kita mahu umat islam berjaya di dunia dan akhirat. Apa guna bangunan besar, tapi pengisian kakitangan yang rosak akhlak dan tidak menjaga pembangunan yang dibina. Mesti ada matlamat dalam pembangunan fizikal agar membantu pembangunan manusia.

Apa komen anda?