Isu Amanat Hadi Awang Selesaikan Cara Hikmah

Isu Amanat Hadi Awang Selesaikan Cara Hikmah. Kini media dan orang politik sibuk dan meyibuk memperkatakan, memanas semula isu tersebut. Isu ini sudah lama dilupakan tapi di hangatkan semula oleh UMNO.Terlalu banyak blog memperkata isu amanat, betul atau salah Allah maha mengetahui.

Isu ini di keluarkan tahun 1981, oleh Prisiden PAS, banyak kesan buruk ketika itu berlaku, misalnya sembahyang dua imam,sembelihan umno tak sah, cerai berai dan sebagainya. Gawat juga ketika itu.

Kini tahun 2013, isu ini di panaskan semula, kenapa ya, UMNO minta Hadi Awang minta maaf. Hadi pula minta 1 jam siaran TV. Rais setuju. Saya mahu ia di selesai cara hikmah dan jangan jadi isu lagi.

Saya sokong kalau Hadi muzakarah dengan ulama UMNO dan selesai cara terhormat. Biar Hj Hadi buat penjelasan, dan kemudian pihak UMNO menanya soalan. Kalau salah mohon maaf, kalau hj hadi tak bermaksud demikian dalam mengkafirkan, apa maksudnya ketika ia berucap 1981 tu,

Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982, saya sendiri hadir bersama jurukamera membuat liputan video tragedi tersebut.

Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999. Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.

Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu. Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah “… Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada’, sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan… dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid”. Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).

keputusan majlis fatwa, klik sini

Itu sebahagian apa yang berlaku, saya mohon kedua pihak selesai isu cara baik dan tamat isu ini dan jernihkan keadaan, ini bukan masa menuding jari, kalau pas salah, mohon maaf. jangan kerana politik kita pecah belah, umno pula jika kamu salah akui saja, yang penting bincang dan selesai isu ini segera. Kita jangan panas baran dan taksub, bukan masa cari siapa salah. Masa sekarang buat penjelasan