PR yakin mereka menang PRU13

PR yakin dan ramal mereka menang PRU13 tahun 2013 ini, ini berdasarkan trend semasa dan isu isu semasa yang memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), serta PR yakin dengan sambutan semua program yang dilancarkan seluruh negara.

Kemenangan ketua umum PR dalam kes saman telah meningkat imej Anwar di kalangan penyokong mereka, Anwar menang kes saman dengan utusan Malaysia, kes dengan Khairy Jamaludin, Kes liwat di menangi Anwar, Ini memberi gambaran Anwar di fitnah BN.

Banyak desakan PR telah di ambil perhatian oleh kerajaan BN dan ini memberi kelebihan imej pada kedua pihak dalam PRU13, sekarang perhimpunan aman dapat dilakukan di seluruh Malaysia, kemuncak kejayaan ialah Himpunan aman di stadium merdeka dan kejayaan menghimpun puluhan ribu disana.

Tren dalam internet dan komen dalam FB banyak memihak PR dan isu semasa dapat di baca dengan cepat,

BN masih lagi dengan perbagai sumbangan duit kepada rakyat, dengan harapan dapat menarik undi di peringkat bawah, misalnya BR1M, Lesen 1 Malaysia, Rumah 1 Malaysia, Berian pencen tentera, dan perbagai usaha menarik perhatian rakyat. Masih belum dinilai keberkesanan program BN lagi.

Lihat perbagai komen di fb sinarharian

http://www.sinarharian.com.my/politik/pakatan-bn-menang-pru13-hanya-sekadar-ramalan-1.106994

Analisa lain memberi gambaran bahawa PR akan dapat 110 hingga 112 kerusi Parlimen dan kini BN macam melengah PRU 13

Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin  yakin Pakatan Rakyat bersedia untuk mengambil alih kerajaan dalam PRU ke-13 nanti.

“Kita sangat yakin pada pilihanraya kali ini berdasarkan anggaran kami. Kami boleh memperolehi 110-112 kerusi. Saya rasa, Sabah dan Sarawak boleh memberi kami 15 kerusi. Ia boleh dicapai,” katanya.

Zuraida berkata, 15 kerusi yang dimenangi PR di dalam pilihanraya negeri telah memberikan mereka banyak harapan. “Kita sedang mencapai banyak kemajuan di Johor, Kedah, Melaka, Negri Sembilan dan Pahang.”

Kata Zuraida lagi, rakyat semakin bosan dengan kehidupan yang sukar ditambah lagi dengan kerajaan yang tidak prihatin.

LIHAT PELUANG BN DAN PR DALAM PRU 13