Daftar Haji Tahun ini 30 Tahun Lagi Tunai Haji

tabung haji, daftar haji, daftar online hajiIni yang berlaku pada saya, saya baru buat pendaftaran bersama isteri, daftar tahun 2011 dan 2041 baru ada kuota haji. Realiti atau fantasi? . Nasihat saya buka akaun RM2.00 dan bawa duit lebih RM1300.00 terus cakap kat pegawai anda nak daftar tunai haji. Duit RM1300 akan kekal dalam tabung dan pihak Tabung Haji tak benar keluar duit RM1300.00 tu, apabila anda daftar pergi haji.

Eloklah kita yang muda-muda ini daftar awal, kalau dapat boleh tangguh, sekiranya anda belum cukup tabungan atau belum bersedia.

Tabung haji juga menyediakan pendaftaran online untuk sesiapa nak daftar haji.

BAGAIMANA DAFTAR ONLINE

Pendaftaran haji (web) ini membenarkan anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui TH tanpa perlu pergi ke pejabat TH. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online. Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak oleh pihak TH bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup. Proses ini juga akan melibatkan anda dihubungi melalui telefon ataupun e-mel. Apabila pihak TH telah berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan no pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada anda.

Pendaftaran Baru (Jemaah M’sia di Malaysia)
Pendaftaran Baru (Jemaah M’sia dari Luar Negara)
Perhatian : Hanya kepada Jemaah Malaysia yang memohon berlepas dari Luar Negara sahaja.
Semak Pendaftaran
Cetak Semula Slip Daftar

 

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in Agama and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Daftar Haji Tahun ini 30 Tahun Lagi Tunai Haji

  1. Aziana says:

    Knp sy tekan dkat ‘Pendaftaran Baru [Jemaah Di Malaysia’, tak boleh pun…
    Dia keluar ‘The Webpage Not Available’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>