Hukum Akad Nikah Di Masjid Adalah Sunat

Nikah

Nikah

Isu Nikah dimasjid, Pada Mac lalu 20 Mac 11, Seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis Datuk Ahmad Jusoh, berkata nikah dimasjid menyimpang dengan amalan Rasulullah saw. Heboh juga isu ini ketika itu sehingga pada 16-18 Jun 2011 Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan ia di benarkan. Berikut ialah keputusan penuh Majlis Fatwa tersebut dan HUKUMNYA AKAD NIKAH DI MASJID :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan. Sumber : E Fatwa

PANDANGAN AHLI MAJLIS FATWA PERLIS

Saya fikir pandangan beliau bersifat peribadi mengenai nikah dimasjid, walaupun beliau ada hujah. Lihat Utusan Malaysia.

Pandangan saya:

Kedua pihak yang nak nikah dalam masjid kena jaga adab dan hormati masjid, jaga akhlak, aurat dan hormati orang solat dalam masjid. Sebaiknya masuk ada air sembahyang, kemudian lakukan sunat tahayatul masjid, jaga percakapan dan hormati Rumah Allah.

Jangan Ghairah nak nikah, asyik bergambar, sampai lupa nak solat, saya nampak sendiri pengantin asyik bergambar, di masjid ketika azan, kena sembahyanglah, pengantin kata , kalau solat habislah bedak dan mekap, ni dah tak ikut syariat ni. Jadi kena rancang, masa dan hormati Masjid. Jangan jadikan masjid lokasi nikah, tapi tuntutan sebenar masjid tak ditunaikan.

 

Nikah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*