Motivasi Ustaz Don

Ustaz Don

ustaz donUstaz Don ramai yang kenal. Kini ramai anak muda dan remaja dah mula tertarik dengan Ustaz muda yang selalu mengacara Rancangan 30 Minit Bersama ustaz Don TV AlHijrah Astro 114. Saya selalu juga menonton rancangan ini dan melihat cara Ustaz Don memberi ceramah. Cara bersahaja dan lawak membuat orang mudah faham. Jadi anda juga jangan lupa ikuti 30 minit bersama Ustaz Don TV AlHijrah 114 9.30 malam Isnin hingga Khamis

Ustaz Don berasal Bukit Mertajam, umur tahun 2012 baru 28 tahun, muda lagi, hafal quran selepas SPM, Al Quran sentiasa di hati Ustaz Don. Beliau minat Grafik dan design dan masa lapang habis masa dengan grafik. Beliau mengaji hingga ke mesir dalam bidang Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, mesir dan dapat Ijazah Sarjana Muda.

Latarbelakang Ustaz Don

  1. Surah yang sering atau dibaca… Surah Al-Kahfi.
  2. Pendakwah dikagumi… ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.
  3. Jika menjadi bapa satu hari nanti… mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.
  4. Jenama kacamata pilihan… Rayban.
  5. Kumpulan muzik yang diminati… Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.
  6. Status… tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.
  7. Penuhi masa lapang… kerja grafik dan Fotografi

Sikap yang merendah diri dan mudah tersenyum, adalah watak yang membuat dia diminati ramai. Antara motivasi dalam hidup yang boleh kita jadi panduan ialah, “Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu pengkaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,” kata Ustaz Don

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal,” kata Ustaz Don

Sumber : Harian Metro dan sumber lain

Ustaz Don

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>