Teknik Ajar Anak Membaca Awal Usia

Anak

cara ajar anak baca, teknik ajar baby membaca, anak 1 tahun baca

Anak 1 tahun ke atas, boleh dilatih membaca, jika kita ibubapa rajin mengajar anak  baca yang betul. Paling penting kita melakukan secara rutin dan berjadual. Jika ingin membuat bayi anda dapat membaca ajarlah bayi membaca dengan kesabaran. Mengajar bayi membaca dengan penuh kasih sayang dan dalam suasana yang menyenangkan secara rutin. Pada suatu ketika bayi anda akan dapat membaca dan dapat mengeja suatu bentuk kata bahkan perkataan yang ada di sekelilingnya.

Bagaimana nak mula mengajar anak kecil atau baby 1 tahun membaca. Biasanya baby 1 tahun dah mula bercakap, bagi yang belum boleh bercakap, jangan risau, kita ibubapa kena rajin bercakap dengan anak kecil kita. Ajar dia benda di sekeliling kita, dalam rumah kita. Misalnya buah, buku, meja, baju, tangan, kaki, mulut, dan sebagainya. Ajar saja anak kita, walaupun dia tak boleh cakap. Sebenarnya otak dia mampu mengingat dan faham.

Jika anak anda dah mula panggil mama atau abah, maka itu petanda ia akan pandai bercakap, maka pada usia ini, ambil peluang untuk anda ajar dia membaca dan mengenal benda atau perkara sekitar. Tunjukan dia gambar atau benda betul dan sebut pada anak, ini bola, ini tangan, ini mata, ini kaki, ini telinga dan sebagainya. Kemudian cuba tulis pada kad saiz 6″ x 8″ atau saiz 4″ x 6″ perkataan BUAH. Tunjukan pada anak yang baru mula bercakap, ajar dia ini BUAH. Ulang 3X dan minta anak pula ulang perkataan anda tulis pada kad tadi. Peringkat awal agak janggal pada anak anak, tapi jangan putus asa, lama kelamaan anak anda akan boleh membaca. Tukar pula kad lain dengan perkataan lain yang mudah, atau 2 suku kata, misalnya BOLA, MATA, NASI, MAKAN, dan sebagainya.

Selepas anda ajar, mungkin esok buat ujian, dengan tunjuk kad pada anak, panggil nama anak, tanya dia, ini apa, jika baby dah faham ia akan cakap, itu BOLA, BUAH dan sebagainya. Jika anak anda boleh sebut PERKATAAN PADA KAD, YANG ANDA TUNJUK, maka anak anda dah mula boleh membaca. Kenapa tak cuba, kerana peringkat umur 1 tahun hingga 4 tahun perkembangan otak amat besar, potensi mudah di ajar amat luas, otak anak mudah ingat. Tapi jangan ajar perkara luar kemampuan anak. Banyak bersabar dengan anak anak, mudahan usaha anda berjaya.

Boleh juga mengajar anak anak kenal huruf alquran, misalnya Alif Ba Ta dan sebagainaya, caranya anda tulis pada kad atau kertas keras, dan tunjuk pada anak, tolong sebut pada anak, apa huruf yang di tulis, dan ulang dan ulang. InsyaAllah akan membantu anak membaca AlQuran  seawal usia.

Untuk maklumat lanjut boleh cuba kaedah puan Sazimah, lihat ebook beliau di bawah. Ebook ini ditulis khas untuk mengajar baby membaca seusia 1 tahun. Jom Lihat Ebook Rahsia baby pandai membaca.

atau lihat terapi pertuturan dan tingkat IQ dengan al quran. Klik sini

 

Anak

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in bayi, ebook & Digital, ibu bapa and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>