Category Archives: Berita

Bajet 2018 Sektor perniagaan dan bumiputera

BAJET 2018 : _FOKUS PERNIAGAAN DAN BUMIPUTERA_

1. Pelaburan berimpak tinggi

 Menekankan pelaburan berimpak tinggi: industri berkaitan petroleum, logistik, aeroangkasa, rel dan robotik

 Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di 5 koridor termasuk: projek Wilayah Selatan Perak, Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, Perindustrian Tok Bali dan Empangan Baleh, Sarawak: (RM1b)

 Dana strategik berimpak tinggi di bawah MIDA: (RM200j)

 Melanjutkan tempoh galakan cukai Principal Hub sehingga 31 Disember 2020

*2. Mengukuh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)*

 Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan untuk modal kerja dan sektor perkhidmatan: (RM7b)

 Pinjaman di bawah SJPP membolehkan PKS mengautomasikan pengeluaran: (RM1b)

 Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah dengan subsidi kadar keuntungan 2%: (RM1b)

 Latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp: (RM200j)

 Pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi: (RM82j)

3. Pembiayaan Mikro

 Pinjaman dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN: RM500j)

 Amanah Ikhtiar Malaysia, (AIM: RM200j)

 Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) bagi usahawan bumiputera desa: (RM80j)

*4. Meningkatkan Eksport*

 Promosi dan peluasan pasaran eksport: (RM150j)

 Kemudahan kredit perlindungan insurans pengeksport PKS: (RM1b)

 Pinjaman mengautomasi pengeluaran perabot tempatan tujuan eksport: (RM100j)

5. Mempergiatkan Sektor Pertanian

 Bantuan dan insentif pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan: (RM2.3b)

 Infrastruktur pengairan dan menaik taraf jalan ladang: (RM500j)

 Program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit: (RM140j)

 Program pertanian sebagai sumber kekayaan baharu: (RM200j)

 Penanaman semula kelapa (CARECA dan MATAG) secara berkelompok: (RM50j)

 Bantuan pesawah RM200 untuk 3 bulan sementara menunggu tuaian padi: (RM150j)
 Program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex: (RM200j)

6. Mempergiatkan Industri Pelancongan

 Mengisytihar tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia
 Tabung Pelancongan PKS dengan subsidi kadar faedah 2%: (RM2b)

 Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan: (RM1b)

 Program pembangunan dan promosi pelancongan: (RM500j)
 Memperluas hab serantau eVisa

 Galakan cukai bagi pelaburan hotel baharu 4 & 5 bintang dilanjutkan 2 tahun

 Galakan pengecualian cukai pendapatan dilanjutkan kepada 31 Disember 2020

*7. Industri pelancongan kesihatan : Malaysian Healthcare Travel Council (MHTC: RM30j)*

*8. Memacu Sektor Logistik*

 Projek ECRL menghubungkan Pelabuhan Klang-Pengkalan Kubor

 Projek MRT2 Sungai Buluh-Serdang-Putrajaya (52km): Kos RM32b

 Projek High Speed Rail menghubungkan Kuala Lumpur – Singapura (350km)

 Projek Central Spine Road: (RM230j)

 Pulau Pangkor diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai kecuali alkohol dan rokok

 Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam

 Dana Pembangunan Pengangkutan: (RM3b)

 Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian bas dan teksi: (RM1b)

 Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Langkawi

 Bina baru Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Mukah dan Sandakan

9. Mengukuhkan Pasaran Kewangan

Pinjaman perniagaan gunakan harta intelek sebagai instrumen cagaran: (RM1.5b)

 Pengecualian duti setem atas nota kontrak Exchange-Traded Fund dan Structured Warrants bagi 3 tahun

 Potongan cukai bersamaan amaun pelaburan yang dibuat di dalam syarikat teroka

 Potongan cukai oleh pelabur budiman (angel investor) dalam syarikat teroka

 Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerima geran khas Sukuk Hijau SRI

 Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan fi pengurusan diperluas kepada dana SRI konvensional mulai 2018-2020

 Mewajibkan majikan membuat pembayaran gaji pekerja asing melalui akaun bank 

27. Program peningkatan keusahawanan Bumiputera:

 Keusahawanan dan Premis Perniagaan PUNB: (RM200j)

 Pembangunan vendor, TUBE, SUPERB, dan Anjakan Usahawan: (RM155j)

 Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres dan Pembiayaan Mudah Jaya: (RM200j)

31. Menjana Pendapatan Rakyat

 Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC: (RM100j)

 Pinjaman mudah Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4%: (RM120j)

 Program 1AZAM bagi meningkatkan pendapatan: (RM60j)

Program Motosikal Tiga Roda, mobilepreneur dan program MyAGROSIS: (RM25j)

 Penggunaan aplikasi e-hailing oleh pemandu teksi berdaftar sedia untuk membeli kereta baharu- geran RM5,000;

 Program BR1M: (RM6.8b)

 Subsidi barangan, pengangkutan, elektrik dan tol: (RM3.9b)

 Menyediakan 50 Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) dengan menjual 5 barang keperluan asas dengan harga rendah: beras, gula, minyak, tepung & gas memasak serta 50 SKU

 Penyeragaman harga barang keperluan asas di Sabah dan Sarawak: (RM80j)

 Agrobazaar Malaysia dengan harga jualan agro lebih rendah: (RM20j)

 Program FAMA dan LKIM bagi memastikan stok makanan berpatutan: (RM50j)

 Memansuhkan kutipan tol mulai 1 Januari 2018 bagi Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

37. GST

Tiada GST ke atas pembekalan perkhidmatan oleh PBT

 Layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan termasuk majalah dan komik

 Pelepasan GST ke atas operator kapal persiaran (cruise)

 Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat yang dibiayai melalui sumbangan derma

 Pelepasan GST pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan (lease agreement)

 Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan big ticket items seperti kapal terbang dan kapal oleh syarikat penerbangan dan perkapalan

 Tiada GST bagi Perkhidmatan pengurusan & penyelenggaraan kediaman berstrata

*38. Geran Sepadan*

 Geran sepadan di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing: (RM245j)

*39. Futurise Centre*

 Memperkukuh futurise centre di Cyberjaya sebagai pusat sehenti bagi syarikat korporat dan universiti, membangunkan prototype produk

*40. Galakan Cukai*

 Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200% untuk sektor pengilangan dan sektor perkhidmatan

 Elaun Modal bagi peralatan ICT mulai 2018-2020

*41. Pembangunan Lestari*

 Skim Pembiayaan Teknologi Hijau untuk menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau: (RM5b)

*42. Digital Free Trade Zone (DFTZ)*

 Penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA: (RM83.5j)

 Nilai de minimis bagi import dinaikkan dari RM500 ke RM800

*44. Warga GLC*

 Meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerja

 Memperkenal Flexible benefits – menukar kelayakan cuti kepada ganjaran tunai & fleksibel work arrangement

 Meningkatkan pelaburan latihan dan bantuan pendidikan untuk anak pekerja

Oleh _Sekretariat DPMM_