Berita, ibu bapa

Cara Permohonan Anak Permata Negara

1. Cara-cara memohon:-

Muat turun Borang Permohonan PERMATA dari menu Muat Turun di Laman Web Rasmi atau Blog Rasmi PERMATA

(Muat turun Borang)

    Isi borang tersebut selengkapnya dengan maklumat yang benar sahaja
Sertakan salinan fotostat:-

  •     MyKid Anak
  •     MyKad kedua Ibu dan Bapa atau Penjaga
  •     Salinan Slip Gaji atau Penyata Kewangan yang telah disahkan
  •     Salinan Rekod Kesihatan Anak yang terbaru

2. Sekiranya bekerja sendiri, tuan/puan bolehlah membuat satu surat yang ditaip atau ditulis tangan mengesahkan status pekerjaan dan pendapatan tuan/puan dan surat ini hendaklah disahkan sebagai benar/betul oleh mana-mana Penjawat Awam dari Kumpulan Pentadbiran Gred A dan ke atas (Gred 41 ke atas)/penghulu mukim/ketua kampung.

3. Permohonan yang didapati disertakan dengan maklumat palsu, sekiranya diketahui, akan menyebabkan anak tuan/puan ditamatkan dari menyertai Program PERMATA dengan notis.

Hantar Borang yang telah di isi ke :

Pusat permata berhampiran atau terus ke :

BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA MENTERI
W101, TINGKAT 1, BLOK 3440,
ENTERPRISE BUILDING 1,
JALAN TEKNOKRAT 3,
CYBERJAYA 63000
SELANGOR.

TEL: 03-83194000
FAKS: 03-83194001

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Show Buttons
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Pinterest
Hide Buttons