Kehebatan Doa Ibubapa Pada Anak

Doa

doa

Rahsia Ibubapa Berdoa !!!

Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa pada anak-anak mereka, atau berapa ramai antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka. Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.

Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.

Surah Al Imran ayat 8

Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

doa ibubapa kepada anak

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

 

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

doa dapat zuriat baik

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

doa minta keturunan yang baik

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

al furqan 25 : 74,

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74

Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

doa minta anak pandai

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79

Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).

sura al hashr ayat 22

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22

surah al hashr ayat 23

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24

Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Taha

surah Taha ayat 2, doa pada anak

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan

doa ibu pada anaknya

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

doa bapa pada anak

(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

doa ibubapa pada anaknya

http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/20_5.png

Ayuh semua mari kita amal ajaran Islam yang suci ini, mari kita sama amalkan doa-doa yang mustajab ini pada anak anak kita.

Antara masalah keluarga dan anak tak dengar cakap ialah, pendekatan kita dalam mendidik. Doa ini boleh di baca bila-bila masa, atau selepas sembahyang. Jika tak mampu hafal, memadai doa mengikut makna ayat di atas.

DOA IBU BAPA PADA ANAK ADALAH ANTARA DOA YANG AMAT MUSTAJAB DAN DI PERKENAN ALLAH

TUAN PUAN BOLEH —> DOWNLOAD SINI <–Klik dan simpan.

sila amalkan moga dirahmati Allah.

SILA SHARE DENGAN RAKAN RAKAN ANDA

Doa

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in ibu bapa and tagged , , , . Bookmark the permalink.

24 Responses to Kehebatan Doa Ibubapa Pada Anak

  1. Rita says:

    Semoga anak berjaya dalam Peperiksaan UPSR 2013

  2. SYIKIN says:

    salam en. fauzi,

    mohon print dan share untuk amalan…

  3. siti says:

    mohon kebenaran ya.. amin

  4. Eyla hamzah says:

    salam..sgt berguna dan senang utk dijdikan rujukan. Mohon share jgk..terimA kasih..smoga bmanfaat utk semua

  5. Hjh rusni says:

    Alhamdulillah dan terima kaseh kepada Fauzi Ahmad telah mengkongsikan doa-doa yang sangat berharga ini. Mohon izin dapat share dengan kawan2.

  6. raja haslina says:

    alhamdunillah…tq n mohon share utk rakan2 yg lain ya

  7. raja haslina says:

    mohon share ya…

  8. hunnybee says:

    mohon share dlm blog sy.semoga dpt memberi manfaat pd yg lain.tq

  9. mohdjausof says:

    terimah kasih atas kesudian berkongsi ilmu

  10. rizqinhazim says:

    TQ.mohon print/share the blog saya

  11. Njiheam says:

    info yg sangat menarik…TY :) Semua ibu bapa wajib tahu doa-doa ni utk kesejahteraan keluarga duniawi n akhirawi.

  12. pensil magik says:

    saya suka sangat artikel ni. mohon share n print untuk ingatan dan amalan..

    moga Allah memberkati usaha anda

  13. AIMAN says:

    WANI KITAK SIK KESIAN KAH TENGOK KAMIK MENANGIH

  14. sarah says:

    Sangat berguna untuk dikongsi bersama.
    Terima kasih..

  15. rosni says:

    salam..trima ksih atas perkongsian ilmu ini..

  16. amirazros says:

    Satu perkongsian yang baik. Terima kasih di atas perkongsian ini :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>