Horoskop,Chinese Astrology,Palmistry adalah Syirik Dan Haram

ramalan, tilik tapak tangan syirik, haram percaya rahsia tapak tangan

Haram Tenun Nasib di http://www.palm-fortune.com.my/ . Jangan sesiapa tenun nasib di laman itu. AMARAN JANGAN KLIK IKLAN DI TEPI ATAU ATAS, JIKA IKLAN BERUNSUR TENUN NASIB KELUAR, INI LUAR KAWALAN SAYA. IA AUTOMATIK DARI GOOGLE

Dalam quran di sebut 55 tempat mengenai syirik ini. Hukumnya haram dan dosa besar. Sekarang ini banyak ebook, buku dan laman web mengarut mempromosi ilmu syirik ini, pelajar, ibubapa dan anak anak  semua jangan percaya benda mengarut ini.

Melalui ilmu celaka Numerologi inilah maka timbul istilah nombor sial dan nombor bertuah. Mereka yang percaya kepada numerology ini menganggap bahawa nombor 13 adalah nombor sial. Inilah yang menyebabkan hotel tidak mempunyai tingkat 13 dan nombor bilik 13. Di kawasan perumahan pula agensi kerajaan bersama-sama  memeriahkan ilmu numerology ini dengan meniadakan rumah yang bernombor 13. Perbuatan ini seolah-olah mendidik masyarakat Islam agar percaya dengan ilmu numerology.

Melalui ilmu numerology ini mereka menghasilkan Carta Ciri-ciri Nombor berikut:

Chart of Characteristics
of Numbers

 1

unity, creation, independence

  2

 duality, emergence

 3

 power, generative force

 4

 solidity, dullness

 5

 sensuality, pleasure

 6

 perfection, harmony, balance

 7

 mysticism, psychic, magic

 8

 material, success, justice

 9

 spiritual, mental achievement

Melalui laman http://www.themystica.com/mystica/articles/n/numerology.html mereka mengajarkan bahawa nama  “John Smith” has a numerological value of 8. From the Chart of Characteristics of Numbers 8 has the characteristics of material, success, justice.

Masalah yang ingin saya ajukan di sini adalah “adakah ilmu numerologi ini dibenarkan dalam Islam?” Sebenarnya ilmu numerologi ini adalah ilmu nujum atau meramal yang duduk satu kapal dengan ilmu horoskop / astrologi dan astrologi China. Dan itulah juga sebabnya dalam banyak hal seperti di http://astrology.hotplugins.com/7824/ , ilmu sesat numerologi diletakkan satu kapal dengan ilmu meramal / nujum lainnya iaitu:

  1. Horoskop
  2. Chinese Astrology
  3. Palmistry (imu menilik melalui tapak tangan)

Sebagai orang Islam jangan percaya perkara khurafat dan syirik ini. Apa pun alasan mereka kita jangan percaya, ini soal akidah, Allah yang Maha Kuasa, Ia ada kuasa, Ia Maha mengetahui masa depan kita, kita hanya hamba Allah. Ilmu kita amat sedikit dan jangan lagi percaya tilikan tapak tangan, nombor, angka, ramalan bintang dan sebagainya.

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in Agama, ibu bapa, Informasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Horoskop,Chinese Astrology,Palmistry adalah Syirik Dan Haram

  1. Al-Amien says:

    ko sebut syirik dan haram tapi atas sekali ko iklan palm-fortune yang jelas haramnya… sebut haram tapi iklan kan yang haram… walaupun bukan ko yang iklankan, cari jalan untuk buang iklan tu…

  2. MOHAMAD says:

    Assalamualaikum.

    Soalan saya, kenapa dan mengapa kita sebagai muslim tak boleh jadi sepandai bangsa lain sedangkan Islam menuntut umatnya mencari ilmu.Kenapa mudah nya kita menjatuhkan hukum syirik pada seseorang itu sedangkan ianya hak allah yang maha agong.

    DAN kenapa dan mengapakah Malaysia agama rasminya Islam tetapi Pemimpin Teratas yang juga Islam tidak menghukumkan judi, arak, pusat hiburan dan maksiat sebagai haram dan ditegah sepenuhnya? Siapa pulak yang berani menghukum perkara tersebut?

    Islam memudahkan umatnya. Bukan suruh kita memudahkan jatuh hukum kepada orang lain. Bayangkanlah seorang bapa yang ada tiga orang anak tidak punya pekerjaan. Siapa yang dapat rasa penderitaan hidupnya itu. Maka beliau mempertaruhkan seringgit bermain 4 nombor ekor magnum diatas mimpi yang dia dapat setelah berdoa kepada Allah. Nombor itu kena, Adakah dia kaya?

    Dia hanya nak terus hidup ini untuk beri anak bini dia makan.Kalau pun dia berdosa, dosanya hanya kepada allah sahaja kerana dia tidak mencuri hak orang lain
    dan dia juga bukan pemimpin terulung negara yang mengeluarkan lesen judi tempat dia bertaruh.

    Apa guna hidup jika suka menidakkan hak tuhan kepada hamba2nya. Ia bersifat ar-rahman dan ar-rahim. Dia memberi akal untuk fikir dan guna, tetapi adakah kita semua guna?

    Hidup ini subjektif. Bukan semua hukum tuhan kita guna. Kalau iapun kita guna yang tersurat sahaja, tetapi yang tersurat kita buat2 tak nampak sahaja.

    Renung2kanlah.Wassalam

    • Fauzi Ahmad says:

      PENDAPAT INI SAYA TAK SETUJU, “Dia hanya nak terus hidup ini untuk beri anak bini dia makan.Kalau pun dia berdosa, dosanya hanya kepada allah sahaja kerana dia tidak mencuri hak orang lain dan dia juga bukan pemimpin terulung negara yang mengeluarkan lesen judi tempat dia bertaruh.”

      Saudara kata berjudi nak beri makan anak bini, kalau berdosa, dosa dia dengan Allah. Tak betul pendapat macam ini, Judi haram, bagi makan dengan hasil judi lagi haram, kena belajar banyak hukum halal dan haram. Dosa dengan Allah balasan amat besar dan berat,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>