Kota Firaun

Kota muzium 50 hektar jadi pusat rujukan Egyptologi terbesar di tapak warisan dunia

kota muzium 2 firaun di mesir

DISEBUT sebagai projek pembangunan muzium terbesar di dunia, cadangan pembinaan ‘rumah’ baru yang bakal menyimpan lebih 160,000 artifak Mesir purba dan khazanah firaun, The Grand Egyptian Museum (GEM) di Kaherah, Mesir, amat dinantikan masyarakat antarabangsa.

Projek GEM yang ketika ini sudah menelan belanja AS$130 (RM390 juta), diibarat gedung ilmu bagi kumpulan pengkaji Egyptologi termasuk individu yang mahu mendekati sejarah Firaun, mengenali siapa dia King Tut atau menyelongkar rahsia kejelitaan Cleopatra.

kota muzium  firaun di mesir

Artifak tinggalan Mesir kuno dilihat ditempatkan di hampir segenap ruang kosong di Muzium Mesir yang menyimpan lebih 160,000 artifak sejak dibuka pada 1902.

Keseronokan meneroka muzium baru ini bermula sebaik saja pelawat menaiki tangga utama kompleks hebat ini. Dari tangga ini, pelawat dibawa menjejaki salasilah kerajaan Mesir serta melihat sendiri betapa gahnya ketamadunan dan keunikan sejarah Mesir yang hingga hari ini masih terus diperdebatkan dalam pelbagai forum ilmiah, malah tidak kurang juga ada yang terus dilingkari misteri. Apabila tiba di puncak, sebuah galeri berdinding kaca menanti pelawat. Di sini, perhatian pelawat pasti tertumpu kepada pemandangan hebat tiga piramid dari jauh – suatu visual memukau yang memberi makna tersendiri terhadap magis peradaban Mesir. Galeri ini tidak syak lagi akan menjadi antara tumpuan utama GEM yang dijangka dibuka pintunya kepada pelawat, selewat-lewatnya menjelang 2015.
“Piramid dan Mesir tidak boleh dipisahkan. Sebut saja Mesir, siapa saja pantas mengaitkannya dengan piramid. Atas konsep mahu menonjolkan ketamadunan Mesir di lokasi tidak jauh dari piramid, projek GEM dibangunkan di tapak ini. Ia dianggap lokasi paling sesuai dan selayaknya bagi muzium segah ini dalam merungkai kisah ketamadunan Mesir,” kata Ketua Jabatan Penyelidikan, Majlis Tertinggi Antikuiti (SCA) Mesir merangkap Pengarah Muzium Mesir, Dr Tarek El Awady dalam sesi temuramah di pejabatnya di bangunan asal Muzium Mesir.

Muzium berusia 110 tahun ini terletak tidak jauh dari lokasi demonstrasi yang tercetus Januari lalu, Tahrir Square, di tengah-tengah bandaraya Kaherah.

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in Informasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>