In: AURA| Informasi| Pelajar| pendidikan| tip anak cemerlang
24 Mar 2009TAHNIAH juga buat kedua ibu bapanya yang telah mendidik dan memberi sokongan kepada permata yang gemilang ini dan juga menyediakan apa yang termampu kepadanya.
TAHNIAH kepada guru-gurunya kerana membimbing dan mendorong Nur Madihah sehingga cemerlang dan gemilang.
Semoga Allah mempermudahkan hidupnya sekeluarga. Amin.
Saya sangat berbangga dengan anak orang Islam dan Melayu ini kerana mendapat 20A dalam SPM pada tahun lepas. Seorang anak nelayan boleh melakukannya dengan begitu baik dan cemerlang sekali di peringkat kebangsaan. Tahniah lagi sekali kepada semua yang mendorong Madhihah…
Semoga dengan kejayaan Madihah ini memberi suntikan semangat dan juga sbg satu contoh motivasi bagi diri kita utk terus mara ke hadapan… InsyaAllah.
Ingatlah, bahawasanya kedua ibu bapa kita akan melakukan yang terbaik buat kita, dan mereka sedaya upaya akan menyediakan apa yang termampu bagi mereka utk kita demi melihat kita semua gembira dan cemerlang di masa hadapan.
Kasih ibu bapa dan jasa mereka berdua tidak akan sesekali dapat kita balasi walaupun kita memberi mereka emas setinggi bukit, berlian setinggi gunung.
Oleh itu, bersyukurlah kepada Allah, dan berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa kita.
Marilah kita mendoakan agar kejayaan Madihah serta belia & beliawanis lepasan SPM/STAM/STPM yang lainnya menjadi aset kepada Ummah, memberi sumbangan pada kebangkitan Islam dan ummatnya pada masa hadapan. Insya Allah… Amin…
INILAH RUMAH NIK NUR MADIHAH DAN IBU BAPANYA

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
Sumber – Utusan
Kami di cpintrass.com juga mengucapkan selamat berjaya dan semoga menjadi contoh kepada adik-adik dan pelajar semua.
Related posts:
Terima Kasih Atas Komen Anda Sebentar Tadi
Dapat perbagai produk MRR, ebook percuma di sini, enter email anda sekarang!
6 Responses to NIK NUR MADIHAH PELAJAR CEMERLANG 2008
NURFARAHIN BT ABD GHANI
October 7th, 2009 at 10:30 am
assalamualaikum…tahniah kerana m’dpt 20A dlm SPM tahn lepas..saya dri Sklh Men.Keb Jelai Kuala Pilah,N.SEMBILAN…saya akn m’duduki PMR tahn dpn.doa kn kjyaan kmi smua..salam.
nurul fatihah
December 13th, 2009 at 5:46 pm
assalamualaikum…sya dcni ingn mngcapkn tahniah ats kejayaan yg kak madihah kecapi…sya dri sek.keb.sg.bakap pulau pinang…alhamdulillah sya dan rkn2 yg lain tlh mndpt 5a dlm upsrtbru2 ni..mungkin kak madiah tlh doakn utk kami..trima ksih
fathonah al-fahim
December 14th, 2009 at 1:30 pm
Assalamualaikum…….TAHNIAH saya ucapkan kepada kak madihah diatas kejayaan kak.kalu diizinkan ALLAH sy nak menjadi seperti kak ,miskin bukan penghalang utk kita berjaya, moga2 ia bleh menaikkan semangat remaja islam utk bersama2 cemerlang & buktikan ” AKU BOLEH”.
nurul aiman
May 10th, 2010 at 10:26 am
kak madihah, kakaklah sumber inspirasi saye! saye akn menduduki upsr thn nie, moge2 kak doakan kejayaan saye dan semoga kakak juga doa supaye sye blh brubah prngai….
salahudin ismail
May 13th, 2010 at 1:22 pm
assamualaikum,disini saya igin berkongs pengalaman anda seta perjalanan hidup ..
batrisyia
July 30th, 2010 at 1:36 pm
kak madihah tahun nie aye akn menduduki upsr…akak tl0ng ar doa kn aye moga brjaya…aye akn d0a kn akak moga2 akak dpt krja yg baik…