Permata Negara Usaha Lahirkan Khazanah Masa Depan Malaysia

Oleh Nur Syuhada Shamsudin

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Membentuk kanak-kanak berusia bawah lima tahun untuk menjadi pintar, matang emosi dan bijak berkomunikasi menjadi tumpuan Program Pusat Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (Permata Negara) dalam usahanya melahirkan “khazanah dan permata” masa depan negara.

Usaha Permata Negara itu, yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, diibaratkan seperti mencorak dan mewarnai sehelai kain putih dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk jati diri generasi muda Malaysia.

Setiap anak umpama permata yang perlu digilap kilauannya hasil pendedahan konsep asuhan dan didikan istimewa dengan penerapan konsep belajar itu menyeronokkan menerusi bermain, yang diadaptasi dari pusat kecemerlangan kanak-kanak Pen Green di Corby, England.

Idea penubuhan Permata Negara dicetuskan Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak.

Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat berganding bahu melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan.

Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.

Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal.

Sehingga kini 17,565 kanak-kanak di 457 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini di mana modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri.

Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan.

Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurang-kurangnya setahun lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa perkara termasuk aspek kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran berkomunikasi.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai Permata Negara menarik minat isteri pemimpin negara asing termasuk Permaisuri Qatar Sheikha Mozah Nasser Al-Missned dan isteri Presiden Zambia Thaniwe Banda untuk menjalin kerjasama dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pendekatan serta pengendalian program itu.

Kedua-duanya juga bersetuju bahawa Permata Negara adalah satu daripada cara yang boleh digunakan ke arah pembangunan modal insan secara efektif iaitu bermula untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Walaupun mula menampakkan kejayaan, usaha untuk memperkasakan program Permata Negara dipergiatkan lagi dengan peranan Kementerian Pelajaran, yang diketuai menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membangunkan aspek penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Selain itu, bagi memperbaiki sukatan pelajaran, Permata Negara turut mendapatkan kerjasama daripada ibu lima anak genius, Halimahton Yusof, yang akan menggunakan pengalamannya mengenai kaedah pembelajaran terbaik untuk anak-anak pintar.

Kerajaan juga mengiktiraf program itu apabila ia diberi peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Ia dilaksanakan untuk:

*Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mencapai umur 5 tahun. Satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak,

*Permata Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,

*Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika Syarikat,

*Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun,

*Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat dan negara.

Menurut Rosmah peruntukan itu akan membolehkan program Permata Negara menubuhkan lebih banyak pusat asuhan kanak-kanak dan penjagaan harian Permata Negara di jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara.

“Peruntukan RM100 juta itu adalah satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia,” katanya.

Selain itu Permata Negara juga berhasrat untuk meneruskan projek-projek yang sudah dirancang di bawah inisiatif Permata dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi termasuk kementerian dan institusi pengajian tinggi dalam usaha untuk menghasilkan sukatan pelajaran terkini.

Yang terbaru ialah majlis pecah tanah Kompleks PERMATA pintar Negara dan menanam kapsul masa di kawasan kompleks itu yang disempurnakan oleh Najib dan Rosmah di UKM pada 6 Disember lepas.

Kompleks itu, yang akan dibina di atas tanah seluas lapan hektar di dalam kampus UKM, dijangka beroperasi pada Januari 2011.

– BERNAMA

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in Informasi, Pelajar, pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Permata Negara Usaha Lahirkan Khazanah Masa Depan Malaysia

  1. Sajila Beevi Binti Shaik Abdul Kadir says:

    Saya adalah seorang cikgu Tadika yang terlatih dan berpengalaman selama 30 tahun.Saya teringin membuka kelas pintar dikawasa saya.apakah syarat dan bagaimanakah mohon ?

  2. Ya betul cakap cikgu ann. Kita kena bentuk anak-anak kita di rumah, ajar mereka dan didik mereka.

    Sebenarnya permata negara atau tadika atau pasti dan perbagai pusat didikan kanak-kanak, hanya membantu sahaja.

    Kita jangan harap 100% dari cikgu di pusat berkenaan. Kita ibubapa kena luang masa bersama anak-anak.

    Tanya khabar mereka.

  3. cikgu ann says:

    jika kita halusi semula dasar2 tersebut, serta kurikulum yg disediakan, adakah ia betul2 membantu perkembangan minda anak2 di awal usia? bagaimana pula dgn hubungan kekeluargaan di antara anak2 dgn ibu bapa? bukankah sebaik2 ajaran dan didikan awal kanak2 haruslah bermula di rumah oleh ibu bapa sendiri, bukan di tangan tenaga pengajar yg belum tentu dapat memberi sepenuhnya kasih sayang kepada anak2..

  4. hamdan aiyub says:

    Jgn terlewat beri lah pendedahan awalan di dalam dunia pendidikan. sekiranya ingin mendengar penerangan dari saya dgn sukacitanya saya sedia hadir. Provide tools for early child development.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>