Tips dan panduan membeli rumah atau hartanah

tips dan panduan beli rumahTIP UNTUK MEMBELI ini sesuai untuk mereka nak beli rumah atau bangunan kedai atau sebidang tanah. Hartanah boleh buat duit jika tahu caranya.   Cari atau beli hartanah (bangunan /tanah) pada harga rendah

Di bawah ialah tips membeli dan anda boleh buat duit dari hartanah yang anda beli. Bagaimana?

    Pilih lokasi yang strategik, lokasi yang boleh jual semula. Jika anda beli kawasan yang anda sendiri tak mau duduk atau susah nak jual maka agak sukar anda mendapat untung yang banyak. Lokasi yang sesuai ialah berdekatan industri, dekat bandar, dekat kawasan pusat pengajian, ada kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan infra yang lain.

   Hartanah yang anda beli, menepati kehendak undang-undang. Seperti tanah pegangan bebas, pajakan atau rizab melayu. Pegangan bebas mudah dijual semula.

Boleh jual. Kalau anda beli bangunan dan sukar hendak jual, apa guna anda membeli. Bagaimana nak buat duit kalau sukar jual. Jadi kena hati-hati membeli hartanah.

  1.  Membeli hartanah di bandar besar atau bandar yang sedang berkembang adalah suatu pelaburan yang bijak
  2.  Kira pendapatan anda bulanan
  3.  Kira perbelanjaan anda bulanan
  4.  Maklumat harga belian, berapa bayaran muka dan berapa harus anda pinjam
  5.  Kemudian anda perlu kira berapa bayaran bulanan yang perlu anda buat
  6.  Tanya soalan kepada penjual, kenapa dia menjual, bila nak jual, kalau tak dapat jual pada tarikh tersebut,  bagaimana. Jawapan yang anda terima akan memberi gambaran samada dia terdesak atau tidak.
  7.  Dapatkan maklumat hartanah seperti berikut :
  8.  Lokasinya sesuai atau tidak (alamat)
  9.  Jenis hartanah, rumah teres, apartmen, rumah kedai atau banglo
  10.  Luas lantai
  11.  Bilangan bilik air, stor dan lain-lain
  12.  Arah kedudukan, hadap matahari jatuh atau bertentangan
  13.  Umur bangunan
  14.  Maklumat geran seperti no PT, mukim, daerah, jenis hakmilik bebas atau pajakan, jenis kegunaan, berapa cukai tanah, cukai tafsiran dan CF.

Dapatkan maklumat pemaju atau penjual dari segi, Alamat, Telefon, Faks, no pemaju, harga diminta, baki pinjaman tertunggak, nama bank yang ia buat pinjaman dulu, bayaran bulanan yang ia sedang bayar, jangkamasa pemilikan, Rekod atau sejarah pemaju tersebut.

Periksa dari segi jalan masuk, keadaan rumah sebelum masuk dan anggaran pembaikan yang perlu dibuat. Untuk lebih detail anda perlu lihat keseluruhan bangunan yang hendak beli, seperti sistem paipnya, sistem najisnya, sistem elektriknya, keadaan lantai, dinding, siling, atap, bilik air dan sekitarnya. Jika terlalu banyak kerosakan anda harus memikir semula untuk membeli, kerana kos pembaikan adalah kos tambahan yang perlu anda tanggung. Carilah bangunan yang kurang bermasalah.

Lain-lain seperti bil elektrik dan air bulan lepas

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in Informasi, Perancangan bandar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>