Kerajaan Perlis Jangan Alirkan air, Empangan Timah Tasoh ke saliran sediada, fikir kaedah baru !!

Banjir yang berlaku tahun ini 2010, adalah antara yang terburuk dalam sejarah  dan perlu dijadikan iktibar bagi Kerajaan Perlis dan Pihak JPS bagi merancang apakah kaedah yang terbaik supaya, apabila berlaku hujan lebat di kawasan tadahan dan seluruh Negeri Perlis, air dari Empangan Timah Tasoh, TIDAK lagi di alir ke sungai-sungai atau saliran sediada, bagi menjaga keselamatan Empangan berkenaan.

Kesusahan dan kerugian rakyat dan kerajaan adalah amat besar. Rakyat menderita akibat kerosakan harta benda, tanaman, ternakan, masalah tidak dapat bekerja, tidak berniaga dan sebagainya. Manakala kerajaan rugi akibat terpaksa membayar pampasan kepada petani, membaiki infrastruktur yang rosak, membayar ganti rugi awam, kerugian pengurusan dan ekonomi yang lumpuh. Sektor swasta seperti bank tidak berfungsi dengan baik, perkhidmatan pos dan penghantaran barangan tidak dapat di jalankan.

Kerugian pertanian perlis

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Khairi Hassan berkata pengeluaran beras di negeri ini dijangka terjejas teruk berikutan banjir yang melanda kawasan jelapang padi ini sejak seminggu lepas.

Katanya lebih 23,000 hektar kawasan tanaman padi di Perlis yang kebanyakannya di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditenggelami banjir. Jika  saya  darab 23000 hektar x RM8,000 = 184,000,000 juta akan di alami pertani terbabit.

Tanaman lain seperti sayur dan buahan mengalami kerugian antara 2 juta hingga 3 juta

Kerugian membaiki infrastruktur rosak bernilai jutaan ringgit, manakala kerugian ekonomi dan pentadbiran serta pengurusan juga bernilai puluhan juta. Apakah ktita ingin keadaan ini berulang dan terus berulang. Saya tahu ini bala Allah, tetapi Kerajaan telah membina empangan, dan mereka perlu juga fikir juga masalah banjir, akibat pembinaan tersebut.

Memang banyak kerugian akan di alami bila banjir berlaku akibat pembukaan air empangan tersebut. Kerajaan Perlis dan Pusat perlu memikirkan apakah alternatif terbaik, supaya air dari empangan tidak lagi di buka terus ke saliran sediada atau sungai.

Jika keadaan ini berlaku masalah banjir di Perlis tidak akan dapat di selesaikan. Dulu tujuan utama pembinaan empangan ialah mengatasi masalah banjir di Kangar dan Perlis. Tapi keadaan tidak dapat di selesaikan juga apabila hujan turun dengan lebat.

Kerajaan perlu fikir jangkamasa panjang supaya masalah ini tidak lagi berlaku. Mereka Kena buat sesuatu supaya air empangan dapat di alir terus kelaut tanpa melalui sistem saliran sediada.

Cadangan saya :

1. Pembinaan terowong air, dan terowong ini akan berfungsi membuang air lebihan dari empagan terus ke Laut Kuala Perlis. Rekabentuk macam terowong smart di KL.

2. Atau ,pembinaan saliran konkrit yang mampu membuang air terus kelaut

Tujuan cadangan saya ialah supaya JPS tidak lagi membuka air terus kesungai dan melimpah ke kawasan rendah di Perlis dan menyebabkan perbagai masalah akibat banjir

Kos

Jika kos menjadi masalah kepada Kerajaan Perlis dan tidak mahu melaksanakan projek ini, saya fikir mereka silap membuat keputusan dan bersalah kepada rakyat Perlis. Saya anggarkan kos kerugian meliputi kos pampasan, kos kerosakan, kos ekonomi, kos pengurusan, kos pentadbiran, kos masa dan sebagainya ialah RM300 juta, jika 3 atau 4 kali kali banjir ia mungkin mencecah 1 Billion ringgit.

Politik dan ekonomi

Saya rasa kos kerugian melebihi kos pembinaan. Kalau untuk jangkamasa panjang, pembinaan laluan khas aliran air seperti cadangan di atas,  ia menguntungkan rakyat dan Kerajaan. Jika kerajaan tidak atasi segera masalah ini ia boleh menhilang kepercayaan rakyat kepada kerajaan sekarang (BN). Para pelabur terutama dalam bidang hartanah dan industri tidak akan melabur lagi di Perlis. Dan paling takut ialah kejatuhan pasaran hartanah, seperti harga rumah dan kedai di Perlis.

Sebab itu kerajaan perlu fikir masalah ini dengan baik dan atasi segera.

Semoga perkara ini mendapat perhatian Kerajaan Negeri dan Pusat

Gambar terkini banjir perlis

Fauzi ahmad

SG UTAN AJI, Ps

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in Berita, isu semasa and tagged , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Kerajaan Perlis Jangan Alirkan air, Empangan Timah Tasoh ke saliran sediada, fikir kaedah baru !!

  1. admin says:

    Ni respon dari kawan Face Book saya, mengenai email yang di terima dari JPS.

    “Hairil Anuar Hashim Alhamdulillah sy baru dapat respon dari JPS Perlis utk banjir kali nie.

    Salam En Hairil,Terima kasih atas pandangan dan juga cadangan yg telah dikemukakan.Sebenarnya JPS telah merancang pembinan Saluran Alur Limpah( Flood by Pass) yang akan menyalurkan Limpahan air yg Keluar dari Empangan terus ke hilir Sg Perlis dan k…e Laut tanpa melalui kawasan perkampungan dan pertanian.

    Adalah diharapkan Kerajaan Persekutuan akan meluluskan peruntukan dan projek yang dicadangkan oleh JPS.

    Terima Kasih.
    Ir. Nishad Mohamed

    ——Original Message——From: abi_imtiyaz@yahoo.com.my To: NISHAD MOHAMED SHAFFY
    Subject: Maklum Balas dari Hairil Anuar HashimSent: Nov 12, 2010″

  2. shah says:

    saya dok tengok dah lama dah . Cara kita buat kerja ialah buat sesuatu benda atau projek dulu…kemudian bila dah siap baru fikir akan akibat atau cara macamana nak buat penyelesaian kepada sesuatu masalah jika berlaku. Ini cara orang kita buat keja la…depa tak mintak nasihat ka atau tengok macamana negara maju yang lain buat keja…heran betui..bukan nk politikan sesuatu perkara,tetapi dok tengok semua cam tu..cadang nk ajar mat dgn sains dlm bahasa inggeris semua angkt tangan.setuju .tak tau hujung pangkal..janji projek jalan ada pulus masuk..masalah pikig kemudian…bali kpd masalah banjir di perlis..kita buat empangan..tapi saliran alir limpah yg mampu menampung lebihan air tidak dibuat . Harap nk guna sungai kampung yg sedia ada. mana bole macm tu…kat pun tk guna benda dh jadi dh…yg jadi mangsa..rakyat marhain yg telah angkt depa jadi kerajaan..tahniah la solgan rakyat di dahulukan tu memang tepat atas batang hidung rakyat…sesungguhnya kita sbgai rakyat ada kuasa…utk menentukan masa depan kita sendiri…fikir-fikir kan ….

    • admin says:

      Saya ada hantar email pada Pengarah JPS, minta feeback tentang isu ini, tapi sehingga hari ini, belum ada maklum balas, Ahli politik Perlis yang terbaca blog ni atau terbaca dalam FB anakperlis, sila komen segera, rakyat mau maklum balas tuan datuk dan datuk seri semua.

  3. Namatimangan08 says:

    Saya benar-benar berharap mereka mengambil berat. Secara hakikinya kita memang tidak boleh menolak kemunkinan berlakunya banjir. Sistem empangan boleh direka bentuk untuk mengambil kemunkinan banjir dalam saiz yang manasabah.Praktis antarabangsa biasanya menetapakan empangan yg hampir dengan bandar-bandar utama perlu mampu mengawal banjir yang terbesar dalam tempuh 100-200 tahun.

    Saya tak pasti samada JPS dan JBA mengambil kira spek standard yang macam ni. Peraturan fizik alam semulajadi merumuskan bahawa mereka WAJIB mengambil kira KERANA merekalah yang membina empangan. Saya ulangi. Itu adalah WAJIB. Bukan pilihan. Jika mereka tak buat, kos pembinaan empangan akan menjadi lebih murah. Mereka yang untung. Namun apabila ada risiko banjir di dalam empangan yang sepatutnya dikongsi bersama antara empangan dan kawasan hilir, tuan punya empangan akan ada kecenderungan untuk menyerahkan 100% dari aliran banjir tersebut supaya ditanggung oleh kawasan hilir. Apa yang berlaku tempuhari tak jauh dari apa yang saya cuba katakan ini.

    Itulah yang saya katakan peraturan kronik dalam posting saya yang lepas. Jika ada yang masih ragu-ragu cuba lihat samada empangan tersebut masih dalam keadaan banjir. Kita tahu kedah dan Perlis masih lagi banjir bukan? Rasa-rasanya jawabnya adalah tidak. Banjir yang sepatutnya dikongsi secara samarata yg membolehkan ianya menjadi lebih kecil telah diarahkan kesemua ke hilir dengan alasan menjaga keselamatan empangan. Lepas tu mereka menyalahkan hujan.

    Bagi mereka yang tahu duduk perkara macam saya, melepaskan air dengan “membuka pintu” air semasa banjir adalah tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali. Namun jika air dibiarkan melimpah secara semulajadi maka ini memang kaedah standard. Kecuali banjir yang datang adalah lebih besar dari saiz banjir yang dijangka oleh rekabentuk. Melihat saiz banjir yg berlaku di Kedah dan Perlis tempuhari, pada saya itu bukan terbesar yang boleh dijangka. Sepatutnya ia masih boleh dikawal jika empangan dibina dan dikendali mengikut PIAWAIAN antrabangsa.

    Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyatakan apa yang saya tahu. Diharap mesej saya sampai kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab berkaitan pembinaan & operasi empangan. Jika tidak, kita akan alami lebih banyak lagi banjir yang macam ni termasuk banjir yang boleh dikaitkan dengan SMART Tunnel!

    Sekian. Salam hormat dari saya.

  4. Namatimangan08 says:

    Bercakap tentang kawalan banjir, teringat saya akan salah satu projek yg saya laksanakan untuk pelanggan saya kira-kira 5 tahun lepas. Saya tak dapat nak nyatakan siapakah pelanggan saya kerana saya tertakluk kepada kerahsiaan pelanggan-pemberi khidmat. Salah satu skopnya projek tersebut adalah menyemak ketepatan “flood defensive strategy” yg mereka gunakan saban tahun. Empangan mereka telah mengalami limpahan yg menyebabkan banjir tewruk di hilir 4 kali dalam 20 tahun. Paling besar adalah awal tahun 80an yang mana kira-kira 6billion meter padu aliran banjir mengalir dalam masa satu bulan. Pada kebiasaannya jumlah tersebut hanya didapati dalam tempuh 13 bulan. Dari 5.5 billion meter padu tersebut 3 billion meter padu mengalir masuk dari hujan lebat yg turun dalam tempuh 5 hari.

    Saya dapati “flood defensive strategy” mereka masih belum mencukupi untuk menangani banjir yg terbesar dalam tempuh 50 tahun. Mengikut pengiraan saya nilainya adalah 3.5billion meter padu dalam tempouh 5 hari dan 6.6billion meter padu dalam tempuh sebulan.

    Saya mencadangkan “reservoir drawdown plan” yg baru bagi memenuhi strategi pertahanan banjir tersebut. Drwadown plan itu penting kerana tempuh masa untuk mengosongkan empangan ke paras sasaran adalah 9-12 bulan. Mereka bersetuju dan melaksanakan pelan tersebut setiap tahun tanpa gagal selepas tu.

    Tiga tahun selepas tu banjir yang dijangka benar-benar melanda. Jumlahnya lebih sedikit dari 6billion meter padu dalam tempuh sebulan. Seperti yg dirancang empangan tersebut berjaya menyerap setiap titik air banjir tersebut. Tiada banjir yg serius di hilir empangan kecuali bagi kawasan yg memang terlalu rendah untuk di selamatkan. Itupun hanya meliputi kawasan yg sangat kecil berbanding dengan banjir besar awal 80an tersebut.

    Tuan punya empangan tersebut mendapat lebihan keuntungan USD 6juta pada tahun kerana berjaya menyimpan air dari banjir tersebut. Bagi mereka air adalah sama ertinya duit. Kejayaan itu juga tidak mendedahkan mereka kepada tuntutan civil di mahkamah seandainya banjir berlaku.

    Akhir kata, strategi mengawal banjir memang tidak sukar. Jika JPS dan JBA telah mereka bentuk empangan mereka dengan mengambil kira fungsi mengawal banjir makanya saya percaya ada dua masalah utama yg berlaku. Pertama, mereka tiada ” reservoir drawdown plan yg berkesan”. Kedua, operasi pelepasan air semasa banjir yg khilaf. Jika mereka TIDAK merekabentuk empangan mereka dengan fungsi mengawal banjir makanya sayapun tak mampu nak tolong. Bersiaplah kita untuk menghadapi banjir yg lebih besar. Apapun melakukan modifikasi untuk menambah fungsi tersebut bukanlah sukar. Kosnyapun secara relatif taklah semahal mana. Saya jangka sekitar 10% dari kos asal.

    Ada satu rahsia saya nak kongsi tentang empangan yg JPS dan JBApun tak akan bagitahu anda.

    Ada satu peraturan kronik tentang empangan. Jika ia TIDAK mampu mengawal banjir makanya ia PASTI akan menyebabkan banjir yang lebih besar dari banjir semulajadi seandainya empangan tersebut TIDAK berada di situ.

    Melihat saiz banjir di Perlis dan Kedah tempuh hari apakah peraturan tersebut masuk akal?

    • admin says:

      Terima kasih atas pandangan profesional anda, semoga perkara ini mendapat perhatian JPS Perlis, Isunya ialah mereka perlu buat tindakan segera. Bermakna mesti ada Jawatankuasa tindakan empangan bagi membuat penilaian dan tindakan seterusnya

  5. admin says:

    Saya fikir cadangan Namatimangan08 mempunyai asasnya, Tetapi kenapa JPS tidak guna cara standard ini. Ada yang tak kena dengan JPS Perlis.

    Untuk jangkamasa panjang kedua cadangan perlu difikir dalam pengurusan banjir di Perlis.

  6. Namatimangan08 says:

    Ada pilihan standard untuk mengawal banjir ni. Tak perlu buat terusan. Saya rasa pilihan tu daha ada kat Empangan Timah Tasoh. Cuma potensinya nampak macam tak digilap dengan betul.

    Katakan kita tahu kuantiti air banjir yg terbesar dalam 100 tahun adalah bersamaan dengan 20juta m3 sehari bagi kawasan empanagn Timah Tasoh. Empangan Timah Tasoh pula punya luas tasik sekitar 13km2. Jika air ini dibiarkan mengisi empangan paras tasik empangan hanya akan naik sekitar 1.5m. Apabila paras air naik, kita biarkan limpahan bertambah sehingga tasik tersebut memnemui keseimbangan antara air banjir yg masuk dan limpahan yang keluar. Ini bermaksud hujan sebanyak 20 juta m3 sehari akan dialirkan keluar selama sebulan atau lebih. Kadar alir keluar akan menjadi kecil. Jadi saiz banjir akan turut menjadi kecil.

    Ini bukan ide saya. Ini kaedah standard. Diguna pakai di seluruh negara dalam mengawal banjir. Cuma aku hairan apasal JPS dan Jabatan Bekalan Air tak nampak macam mampu mengawalnya.

    PS: Namatimangan08 pernah menjadi perancang strategi pengawalan banjir bermusim bagi empangan yg mempunyai isipadu simpanan >10 BILLION meter padu satu masa dahulu. Empangan Timah Tasoh ni paling besarpun saiznya di bawah 80JUTA meter padu.

  7. Wan Perlis says:

    memang kena buat saliran air ke laut. lebih sistematik. sekurang2nya kita blh control

  8. Zamri Ali says:

    Saya dapat info bahawa sebelum ni dah ada cadangan khas untuk membina terusan baru bagi mengalirkan air Empangan Timah Tasoh ke laut tapi projek ni tidak diluluskan kerana kos tinggi.Dengarnya beratus juta.Tapi kalau dah banjir hampir seminggu,tak ke beratus juta kerugian (tanaman,ternakan,harta benda,tak boleh berniaga,pejabat kerajaan &swasta ditutup, sistem pengangkutan lumpuh). Pihak berwajib perlu fikirkan perkara ni dengan serius untuk kebaikan semua pihak selaras dgn slogan: 1Malaysia Pencapaian Diutamakan,Rakyat Didahulukan

  9. airy says:

    benda dh pernah jadi tapi ape yg kerajaan buat? kerajaan x fkr ape kesan jika air dari empangan timah tasoh dialirkan ke saliran sediaada… cara tu akan membebankan rakyat perlis kerana air akan melimpah ke kawasan rendah…
    kerajaan cuma pentingkan hal politik daripada kebajikan rakyat…
    kebajikan rakyat cuma diambil tahu semasa nk memancing undi…

    bila dah jadi macam ne (banjir) ada WAKIL RAKYAT yg nk turun hulurkan bantuan?!
    -bagi bekalan makanan dan minuman
    -bagi bantuan sukarelawan
    ada WAKIL RAKYAT yg nk turun redah air banjir nk tgk rakyat?

    sedih dan kecwa dengan sikap WAKIL RAKYAT…

    = fikir lah wahai WAKIL RAKYAT siapa anda jika bukan kerana kami…

    • admin says:

      Saya cuba lontarkan masalah ini supaya kerajaan dan JPS dengar. Kos kerugian sebenarnya boleh membina saluran khas untuk membuang air yang melebihi had empangan. Minta MB Mat Isa Sabu minta kepada PM peruntukan atasi masalah banjir di Perlis

      Kalau Melaka boleh maju dengan duit pusat mengapa Perlis tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>