Tol Percuma Realiti atau Fantasi

TOL PERCUMA REALITI ATAU MIMPITol Percuma Realiti atau Fantasi, saya nak ajak kawan kawan bincang, bolehkah Kerajaan mansuhkan Tol lebuhraya Utara Selatan. Kalau boleh bagaimana formula kewangan perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan lebuhraya. Sumber mana, adakah keseluruhan ditanggung Kerajaan, selepas kerajaan menanggung kos jalan perseketuan, jalan negeri dan jalan luar bandar.

Saya cuba cari kos penyelengaraan lebuhraya utara selatan oleh PLUS. Dianggarkan kos untuk mengambil alih kesemua 19 syarikat konsesi lebuh raya yang ada di Malaysia ketika ini akan menelan belanja antara RM50 billion hingga RM100 billion. Apa akan tejadi kepada syarikat-syarikat ini jika mereka menggunakan RM 100 bilion untuk mengambil alih kosensi ini dan tidak dibenarkan mengutip tol?

Berapa pendapatan kerajaan ? , Jumlah 100 billion ini bukanlah satu angka yang sedikit untuk dibelanjakan oleh kerajaan bagi memberikan tol percuma semata-mata. Dengan pendapatan kerajaan hanya RM158.6 bilion (pada tahun 2009), melaksanakan janji ini akan menelan kos hampir dua pertiga dari jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan

Mungkin Pakatan Rakyat (PR) ada formula bagaimana, nak bayar kos konsensi, selepas bayar syarikat tu nak buat apa, siapa nak urus, jika syarikat yang sama urus maka ia jadi milik kerajaan dan kerajaan kena keluar kos peyelenggaraan lebuhraya, ketika ini kita yang bayar kos potong rumput, turap jalan, bina lampu jalan, kos TNB, kos gaji dan sebagainya.

Kerajaan kena tanggung semua, soalnya mampukah PR buat itu semua, saya nak tahu formula kewangan masuk keluar

Sehingga akhir tahun 2007, kata kata bekas Menteri Kerja Raya, Samy Vellu, purata RM41 juta digunakan setiap bulan untuk menyelenggara kesemua lebuhraya dan dua jambatan tersebut.

Menurutnya lagi, kira-kira RM5.9 bilion dibelanjakan untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan manakala RM27.83 juta digunakan setiap bulan sebagai kos penyelenggaraan lebuhraya berkenaan.

Kalau percuma , siapa tak nak, tapi kita kena realistik keadaan sebenar, cuma kita boleh kurang kos tol, dengan membayar hutang syarikat lebuhraya, agar faedah pinjaman tak naik, dan syarikat hanya tanggung kos maintenance sahaja.

 

 

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in isu semasa and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>