Tabiat Pemakanan Yang Menjejaskan Minda Dan Otak

Pemakanan

pemakanan

Hari ini saya membincangkan tentang TABIAT PEMAKANAN YANG MENJEJAS MINDA DAN OTAK kita dan anak. Kadangkala sensitiviti pemilihan makanan terbaik tidak wujud dalam diri masyarakat kita sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?- HR Bukhari.

Kajian oleh saintis Mind Research Network membuktikan bahawa bahan kimia di dalam otak iaitu N-acetylaspartate (NAA) lebih tinggi arasnya dalam individu yang mempunyai kepintaran yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai kepintaran yang sederhana. Maka, penjagaan atau pemeliharaan bahan kimia atau neurotransmiter otak adalah penting untuk mengoptimumkan keupayaan dan kecerdikan seseorang. Sudah pastilah melalui diet dan pemakanan yang baik dapat mengekalkan dan memelihara bahan kimia tersebut pada aras yang optimum.

Tabiat orang kita dalam pemakanan:

  1. Orang kita cara pemakanan, kurang mengambil makanan yang ada zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. ZAT BESI yang terdapat pada madu dan kismis amat membantu meningkat kecergasan minda.
  2. Pemakanan orang kita, kurang minum susu dalam diet harian adalah antara faktor minda umat Islam lemah. Kita di galak oleh Islam menternak kambing, kerana susu kambing baik untuk kesihatan dan minda kita. Susu adalah makanan yang paling  lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w ada menerangkan bahawa susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. (susu hidup makanya susu segar yea kawan-kawan)
  3. Ramai yang lupa mengambil HALIA  dalam diet harian mereka. Halia membantu otak kita yang selalu pelupa
  4. Kita jarang ambil delima dalam diet kita, kerana delima banyak khasiat. Ada Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.” khasiat buah delima adalah untuk penerang hati
  5. Lain lain makanan yang digalak dalam Islam dalam meningkat ketajaman minda ialah daging kambing, kekacang, limau dan sayuran. Semua ini membantu minda. Tabiat orang kita sebaliknya, kurang makan daging kambing, kurang makan sayur dan kekacang
  6. Tabiat orang kita suka memakan makanan segera, mee segera, jeruk basah, jeruk kering, makanan awet dan makanan seperti keropok ringgan yang dijual berluasa dipasaran

Makanan yang baik ialah makanan seimbang, makanan yang ada perbagai vitamin dan zat galian. Tabiat makan kita kena ubah. Makan dengan Bismillah, makan dengan perlahan, kunyah banyak kali dan jangan makan berlebihan , sepatutnya jadi amalan orang Islam. Nabi telah ajar kita makan, Nabi berhenti makan sebelum kenyang.

Perlu diingatkan bahawa memenuhi keperluan nutrien yang baik bermula sejak bayi lagi adalah penting untuk kecerdikan yang optimum, perkembangan akhlak dan peribadi yang baik. Pemilihan makanan halal dan baik perlu dititikberatkan sepertimana yang dianjurkan dalam Islam. Ini kerana pembentukan otak yang bijak juga bermula daripada pendidikan dan amalan pemakanan yang halal dan sihat.

Pemakanan

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in Makanan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>