Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.
Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanakkanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.
Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.
Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
- • Menjejaskan kecerdasan otak
- • Mengganggu pertumbuhan fizikal
- • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
- • Mudah dijangkiti penyakit
Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
- • Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
- • Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
- • Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
- • Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.
Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:
Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
- • Terlalu banyak bermain
- • Tiada kawan
- • Masalah kesihatan
- • Masalah gigi rosak
- • Jenis makanan dan cara masakan yang sama.
Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
- • Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
- • Makan bersama-sama rakan sebaya.
- • Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
- • Elakkan dari memarahi anak semasa makan.
Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.
Oleh: Puan Nor Azah Ahmad
Penolong Pengarah Kanan(Pemakanan) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur







anak saya berumur 7 tahun makin ari makain kurus berat masa demam baru 18 malahan adik dia boy 4 tahun 17.5 kg. makan ok tp xder penambahan berat badan dan kurus.
salam. anak saya umur 1 thun lbih.mkn nak,tp kne bg sikit2 dalam 3-4 suap je.tu pun dalm kuantiti ckit sgt,klu bg lbh dia muntah.berat bdn xsampai thap yang sepatutnya. de sape2 leh bg pendapt,sy risau.tp ank sy sgt aktif.
Shaklee meal shakes tu sesuai tak untuk anak yg ada G6PD?
Masalah ank saya adalah x mau minum susu.umur 1 tahun 2 bulan.Sekarang saya bagi ank minum waktu malam dalam keadaan separa sedar baru dia minum.Apa yang perlu saya buat,macam-macam susu saya dah cuba (macam2 perisa susu saya dah cuba)masih dia x mau minum dalam keadaan sedar..Tolong saya?
Baru baru ni anak saya hadapi masalah yang sama, saya bawa jumpa doktor, bila check doktor kata ada kahak dalam tekak, sebab tu dia susah nak minum. bila bagi minum dia menanggis. cuba jumpa doktor , mungkin ada masalah
anak saya dah berumur 3 tahun lebih,masalahnya dia ni pilih sangat tentang makanan,dia totaly tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan,bagaimana mengatasi masalah anak yang mempunyai masalah pemakanan yang seumpama ini? Tq
Kalau tak suka sayur, boleh cuba makanan lain, misalnya yang ada serat buah dan sayuran, Nestum, yogurt, jagung, jus buah, Jus Tok Guru, kismis, kurma
. kena cuba sikit dahulu,
vitamin juga membantu, selera makan, harap membantu
Salam..perkara ni dah mcm kebiasaan kan sekarang ni? Anak saya yang sulung memang tak mengalami masalah untuk makan, cuma satu je, bila dah besar ni (umur 3 tahun) , dah pandai memilih..jadi pemakanannya tak seimbang. dan anak saya juga pernah tergolong dalam kategori obes. Kawan2 pulak memang ramai yang alami masalah anak taknak mkn nasik..tapi Alhamdulillah, saya dan rakan2 semua dah jumpa solutionnye..
kelebihan soya non GMO/anak susah makan?/rahsia rawat anak sembelit/nutrisi lengkap untuk anak/ kepentingan protein untuk anak/ soy as milk booster for bf mom/anak anda obes?
anak saya juga mengalami kurang berat badan dan tak nak makan…rasanyer penat dah masak.huh..tapi bila dah try tukar susu pediasure dari pandangan kawan2…akhirnya anak saya mula nak makan beransur2..cubalah…mungkin ini penyelesaian nyer.
susu ape yg di sukai bdk
Bayi saya berusia 6 bulan dan kekurangan berat badan. Dia menghadapi kesukaran untuk menghabiskan susu sebanyak 4oz yang saya berikan. Saya tlh mula memberi dia makan bubur nasi dan cereal tetapi dia hanya mengamuk ketika disuapkan.mtolong beri panduan..
Siapa boleh bantu Kak Rainah, silakan, anak dia mengamok tak nak makan,
Bagi saya, jangan terlalu dipaksa, suap susu dahulu , jika tak mau makan bubur. Tapi nak habis susu 4 oz pun sukar, mungkin ada masalah usus tak, atau saluran pemakanan, kena jumpa doktor, dan tanya, sebaiknya jumpa pakar kanak-kanak, minta nasihat. Buang air ok ke?
Salam,
Rasyid baru masuk stahun semalam… Berat badan dia 6.8kg… Dlm linkungan kekurangan zat mknn. Sy bru mmperkenalkn dgn susu formula. Sbb mungkin brstfeeding x ckup. Dia pula mmng susah nk mkn, susu formula pn x nk. Mcm mana Sy nk buat??
Memang tak cukup berat, kena jumpa bahagian pemakanan atau pakar kanak-kanak, agar dapat nasihat dan semak masalah kesihatan,
anak saya baru ni hadapi masalah tak lalu makan, juga, kami ubat cacing dengan memandi dengan daun jolok cacing, bagi vitamin apeton, kemudian ajak makan dengan sepupu dia yang sebaja, sepupu makan, anak saya pun makan, lama kelamaan dia rasa sedap, dia makan juga.
Anak sy 2 tahun lbh. Berat mmg kurang. Tp nasi dgn mknan lain dia mkn. Mslhnya dia suka mkn benda2 manis mcm koko krunch, wafel, coklat… Pendek kata mknan yg bercoklat dia msti suka. Ada mslh x dgn kesihatan dia bila dh besar nnti. Risau jgk.
cuba makan nasi dan lauk lebih sikit, cuba juga ambil ubat cacing. Mungkin nasi boleh tambah berat badan. anak saya 2 tahun 12 kg. bulan lepas 11.5kg, bulan ini berat badan naik 12kg
salam mcmner nk ajar ank supaya cpt bercakap.ank sy br genap 1thn dia dh berjalan n mpunyai 12btg gg,dia faham apa yg sy ckp tp dia bckp mnggunakn bahasa dia.
itu biasa, sifat anak, kalau dia faham tak apa, otak dia merakam arahan kita, kena sabar InsyaAllah nanti boleh cakap, ada baby 2 tahun pun belum cakap lagi, tapi ia faham kita cakap. teruskan kenal benda sekitar dan dalam rumah. Nak tahu cara nak cakap, ada seorang penulis buku ebook, mengajar cara ajar baby bercakap.
rose sila hubungi
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : inquiry@shaklee.com.my
ada tak makanan tambahan yg boleh dimasukkan dalam susu anak…supaya anak2 yg tak suke makan ni boleh tambah berat badan…macam nestum ke…saya selalu masukkan nestum dalam susu kao die tak nak makan…selain daripada tu ada tak…..
setahu saya, jarang di buat, nanti susu rasa lain dan baby tak nak minum, apa yang isteri sy buat beri vitamin pharmathon, ia suka makan vitamin tu
Salam, nama kita sama lah hehe Saya nk tlg jawab, hehe ade, mcm sy ,sy masukkan mealshake Shaklee dalam susu anak. Selain bekalkan nutrisi yang lengkap, bantu improve selera mkn anak juga
anak sy susah mkn nasi..dia asyik main jer smpai mkn pun xnak..kdg2 tu tension lyn kerenah dia tp sabar jela..sy dh cuba pelbagaikan makanan dia tp kdg2 mkn,kdg2 xnak..nk suap jer mesti tutup mulut rpt2..dh penat pujuk..berat bdn pun makin susut..adoii!!nk buat cmner ya??
Anak saya kadang macam tu, kami cuba banyak cara:
1. Bagi vitamin
2. Buat moi sup
3. Kalau tak mau makan kami bawa pi umah tok atau sepupu dan makan disana, alhamdulillah dia mau makan ramai ramai dengan sepupu
4. Kadang bawa makan nasi ayam kat kedai, mau pula makan kat kedai, tapi tak bawa selalu, bangkrap toke.
5. Kadang dia minta atok atau wan suap. makan pula.
6. Kadang kami makan sambil main, dia makan dan pi main, datang balik makan dan main, ni kena sabar.
7. Mungkin cacing cuba jumpa doktor, anak saya lepas makan ubat cacing kali pertama agak lalu makan.
Kalau tak lalu nasi, mak dia buat mee goreng, kadang makan sup
selamat mencuba
anak sy pun begitu…sukar nk makan nasi..badan nyer semakin kurus..umur nyer nak masuk 2 tahun
Cuba lihat jawapan rakan rakan
Terima Kasih atas maklumat yang berguna ini. Anak saya mmg tak nak makan walaupun dah mempelbagaikan makanan. Penat pun ada.
ikutlah piramid makanan
Tq. Info yg membuatkan saya tersedar ttg kepentingan menjaga makanan.
pn. fyda: cuba letak nasi tu dalam bekas kentang putar KFC. Bohong sunat. Saya pernah try jadik tp org lain tak tau la, mungkin dia bau kfc kot.
http://cpintrass.com/blog/panduan-kesihatan/mengatasi-masalah-anak-susah-atau-sukar-makan/.html
bagaimanakah caranya untuk membuatkan anak saya yang berumur 2 tahun makan nasi?
Shaklee Mealshake membantu kanak-kanak yang kurang selera makan dengan menampung kekurangan nutrient dalam diet harian mereka. Ramai juga yang mendapat kesan lebih baik iaitu selera makan bertambah, Alhamdulillah
Terima kasih Ida atas komen anda, maklumat bagus, shajlee tu makanan kesihatan dalam bentuk apa. jus atau tablet
sy tlg jawab bagi pihak ida… shaklee mealshake tu sejenis minuman (dlm bentuk serbuk).
Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added…
Betul kata Ida tu, alhamdulillah ramai yg dah cuba dan ia amat membantu untuk menambah selera makan kanak2. Malah org dewasa pn boleh minum mealshake ini juga
cmner nk dpt mealshake tu?
baby saya susah sgt nk naik berat bdn..mkn byk pn masih cmtu gak…
dh pening cmner nak naikkkan berat bdn baby