Mengatasi Masalah Anak Susah atau Sukar Makan

Satu masalah yang selau dikemukakan di Klinik Kanak -kanak oleh ramai ibu -ibu ialah anak mereka tidak suka makan. Keluhan seperti ‘ bentuk badannya yang terlalu kecil ‘ , ‘ susah nak beri dia makan ‘ , ‘ puas saya mengikhtiarkan supaya dia lebih minat makan tetapi tidak berjaya ‘ , ‘ badannya terlalu kurus ‘, selalu di dengar.

Ibu bapa berasa sangat gelisah dengan keadaan anak yang kelihatan kurus , tetapi kebanyakan kanak -kanak seperti ini didapati sangat aktif dan kesihatan mereka jarang sekali terganggu.

Saiz kanak -kanak pasti berbeza. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. Saiz dan bentuk badan seseorang kanak -kanak itu mungkin mengikut bentuk ibu atau bapanya. Tetapi adakalanya juga kanak -kanak itu telah terencat tumbesarannya dalam peringkat janin lagi dan oleh itu dia dilahirkan lebih kecil daripada biasa. Keadaan ini yang di panggil small for dates akan menyebabkan kanak -kanak ini lebih kecil saiz atau bentuk badannya apabila dia meningkat dewasa walaupun dia beri tahap pemakanan yang memuaskan. Seterusnya , ada pula kanak -kanak yang normal yang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang terlalu besar daripada kanak -kanak lain. Walaupun kedua -dua kumpulan kanak -kanak ini adalah sihat belaka .

Jika kanak -kanak itu menghidap jantung atau penyakit -penyakit yang berpanjangan seperti cirit -birit , penyakit infeksi di buah pinggang , penyakit barah seperti leukemia dan sebagainya tumbesarannya mungkin terbantut. Itulah sebabnya ibu bapa khuatir kalau -kalau anak -anak mereka itu menghidap sesuatu penyakit yang menyebabkan bentuk badannya kelihatan kurus.

Seseorang bayi sehingga empat bulan mendapat keperluan kalori untuk membina badannya daripada susu sahaja. Tetapi semakin dia membesar susu sahaja tidak akan mencukupi ; dia memerlukan bahan besi , dan ini yang tidak banyak didapati didalam susu. Makanan peralihan ( weaning food ) adalah perlu untuk memberikan kalori yang mencukupi. Kalau kita meneliti tumbesaran seseorang kanak -kanak dari kecil jelas bahawa timbang beratnya tidak sentiasa sahaja naik dari masa ke masa. Di bawah usia satu tahun biasanya tumbesaran seseorang bayi itu adalah pesat tetapi dari satu tahun hingga peringkat remaja timbang berat kanak -kanak itu ada masanya naik dan ada masanya turun kalau dilihat dari seminggu ke minggu yang lain. Tetapi kalau timbang beratnya di catat sekali setahun timbang beratnya tentu akan kelihatan bertambah. Memang selalu terdapat di klinik kanak -kanak dimana seseorang kanak – kanak itu dalam peringkat atas dari satu atau dua bulan walaupun keadaan kesihatannya tidak terjejas tetapi ketinggiannya jelas lebih meningkat. Tetapi bagi seseorang ibu yang khuatir tentang bentuk badan anaknya yang kurus situasi ini akan lebih mencemaskan.

Seseorang bayi mengharapkan ibunya untuk menyusukannya dan memberinya makan setiap masa. Semakin dia besar, boleh berjalan dan menunjukkan minat tentang perkara-perkara dipersekitarannya , dia mungkin tidak suka diganggu apabila dia menumpukan perhatiannya kepada sesuatu permainan. Pada peringkat inilah ibu bapa selalu mengatakan yang anak mereka degil dan tidak mahu makan. Ada ibu- ibu yang kadang – kadang memaksa anak – anak mereka minum susu atau makan. Konflik selalu berlaku hingga memburukkan keadaan. Pengamatan seseorang ibu tentangĀ  saiz anak – anak berbeza. Ada ibu – ibu yang merasakan yang anak mereka tidak membesar walaupun jelas pada pandangan doktor yang persepsi itu tidak benar dan ini perlu ditegaskan oleh doktor supaya konflik seperti ini dapat dikurangkan. Dengan perubahan sikap dan caragaya keibubapaan dengan sendirinya kanak – kanak itu akan kurang membantah apabila dia diberi makan. Ibu bapa perlu mengetahui yang anak – anak mereka mempunyai caranya yang tersendiri di mana kalau dia lapar dia sendiri akan meminta atau mengambil bahan – bahan makanan yang terdapat di persekitaran tampa ibunya sendiri mengetahui.

Seseorng doktor yang menilai kanak – kanak yang dikatakan tidak mahu makan akan mengambil riwayat yang tertentu dari ibu atau bapanya. Kanak – kanak yang sihat biasanya aktif dan rekod tumbesarannya yang dilihat dari carta tumbesaran ( growth chart ) menunjukkan kadar pertumbuhan yang memuaskan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak – kanak itu tidak menunjukkan apa – apa abnormaliti. Ini akan meyakinkan doktor yang kanak – kanak itu sihat dan tidak memerlukan apa – apa ujian yang terperinci atau rawatan yang spesifik.

Kebanyakkan kanak – kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan adalah termasuk dalam lingkungan ini. Ibu bapa setelah diyakinkan yang anak – anak mereka tidak menghidap apa – apa penyakit akan dapat mengubahsuaikan cara ‘parenting ‘ yang digunakan supaya lebih positif seperti mengalakkan kanak – kanak memakan makanan yang berzat dan tidak selalu memaksa anak – anak mereka makan.

Sebaliknya seseorang doktor perlu juga mengawasi kanak – kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan itu untuk memastikan yang dia tidak menghidap sesuatu penyakit. Tanda – tanda seperti demam , timbang berat yang berkurangan , keletihan , pengeluaran najis yang tidak normal seperti yang berdarah , sakit perut , sakit bila kencing dan sebagainya perlu diteliti. Ini mungkin memerlukan pemeriksaan yang terperinci seperti ujian – ujian darah atau pemeriksaan pancaran X untuk mengenal pasti penyakit – penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak – kanak itu.

Kanak – kanak yang dikatakan kurang makan perlu dibawa dari masa ke masa ke klinik supaya kadar tumbesarannya dapat di awasi. Timbang berat serta ukuran tingginya akan dicatatkan pada rajah tumbesarannya. Ibu bapa pula mestilah mengawasi anak – anak mereka di rumah dan melaporkan kepada doktor jika terdapat perubahan pada anak – anak mereka.

Ramai pula ibu bapa yang memberi anak – anak mereka bitamin untuk mendatangkan selera. Lazimnya bitamin – bitamin ini tidaklah perlu kecuali jika ada tanda – tanda yang anak itu kekurangan bitamin. Tetapi ada kalanya juga ibu bapa mereka memberi “appetizers ” seperti Periactin yang boleh dalam beberapa kes mempengaruhi pusat selera didalamĀ  hypothalamus di dalam otak kanak – kanak menyebabkan kanak – kanak itu makan dengan lebih sehingga berat badannya naik. Tetapi lazimnya berat badannya turun naik apabila ubat ini diberhentikan. Pakar – pakar kanak – kanak biasanya tidak menyarankan ubat seperti ini digunakan kerana kebanyakan kanak – kanak yang sihat yang dikatakan kurang berselera akan pulih seleranya tanpa diberi apa – apa rawatan khas.

Dr Hamid Arshat

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in bayi, ibu bapa, Informasi, panduan kesihatan and tagged . Bookmark the permalink.

35 Responses to Mengatasi Masalah Anak Susah atau Sukar Makan

  1. Mama eman says:

    Anak saya 1 thn 9 bln susah nak makan dan susah nak minum susu. Selama ni saya beri susu badan. Bagaimana melatih anak supaya dapat minum susu walaupun tidak makan? Sekurang-kurangnya dia tidak kekurangan zat besi dan nutrien lain dalam badan.

  2. maznah says:

    anak saya susah nak makan ,dia hanya makan 2/3 sudu je..kadang tu saya rasa takut sebab takut dia lapar..tolong saya..saya dah buntu…

  3. ibu sedih says:

    salam,anak saya berumur 1thun 3bln,masalah anak saya tak mahu makan…bla p klinik wat chek up berat badan anak saya asik turun je….naik berat badan pun pun cma 1 bulan 200gram jer..kdang2 tak naik langsung berat badan,,,,,setiap bulan kena bg vitamin tpi sma jer…..saper2 yg ada pengalaman tlg kongsi ya….skrg nie stiap 3bulan saya jumpa bhgiaan zat makanan n doktor tpi sama jgk tak da perubahan langsung,,,berat badan anak saya skrg 6,5kg jr tak sesuai ngan umur mya d bandingankn ngan budak2 yg sebaya anak saya…ank saya minum susu formula ngan susu badan saya…

  4. jee says:

    as salam. bayi saya berumur satu tahun. masalah usus menyebabkan dia sembelit sejak berumur satu bulan. disebabkan itu pemakanannya terbatas. baru-baru ini dia demam panas n tidak berak selama empat hari. pada tekaan sy dia susah mengeluarkan najis krn pengasuh beri makan kek n nasi. berat badan dia di bawah garisan kuning. jauh lbh kecil berbanding bayi seusia dia. yg membimbangkan sy sudah empat hari dia tidak mahu makan (nestum n susu). Semalam saya suap susu dgn picagari tetapi hari ini dia langsung tidak mahu minum. sy pernah blend nasi bersama carrot n brokoli tetapi tidak mahu makan juga. Sesiapa yg ada pengalaman bolehla berkongsi dengan saya. Sekurang-kurangnya dia minum susu.

  5. Adaa says:

    Salam..saya pula menghadapi situasi yang berbeza. Anak saya berusia 3 tahun dan sgt suka makan :) Dari kecil mmg seleranya besar..susu pon berbotol2..smp kan dia dikategori obes tapi border line je. Tapi bila dah umur 3 tahun ni selera dah mula normal , berat pon dah tak obes lagi :)

    kelebihan soya non GMO/anak susah makan?/rahsia rawat anak sembelit/nutrisi lengkap untuk anak/ kepentingan protein untuk anak/ soy as milk booster for bf mom/anak anda obes?

  6. wan khadijah says:

    assalamualaikum. saya mempunyai dua orang anak yang berumur 1 thn dan 3 thn. kedua-dua anak saya menghidap penyakit glycogen storage disease. anak saya yang sulong sekarang ini memang tidak ada selera makan. semua makanan bila disuapkan akan dimuntahkan kecuali nestum, itupun 2 hari sekali baru makan. kadarnya hanya 2 sudu besar shj. tumbesarannya memang terbantut. sudah bermacam2 vitamin untuk tambah selera saya bagi, tapi keadaannya tetap sama. adakah anak kecil yang mempunyai masalah GSD tidak ada ubatnya? sekiranya doktor tahu cara untuk mengubat anak-anak saya ini, tolonglah kongsi. doktor yang merawat anak saya mengatakan yang penyakit mereka tiada ubat kerana ini adalah penyakit keturunan (genetik). sekian, terima kasih.

  7. AZLINA says:

    SLM..ank sy umur 6 bulan, berat lahir 3.8…sekarang 6bln berat baru 5.9.dia xnk mkn dan minum susu botol. mcm2 makanan dh sy cuba beri dekat dia tp dia xnk klau paksa muntah. sy bekerja shift dan di rumah pengasuh dia lgsg xminum susu atau pun mkn..klau mlm dia tidur di rumah pengasuh langsung xminum susu. dia hanya dapat minum susu badan bila sy x bekerja. saya anggota polis jd saya lebih banyak masa bekerja berbanding masa dengan anak sy. tolonglah sy..

    • admin says:

      Kesian kat puan Azlina, kepada puan puan yang ada pengalaman macam puan Azlina sila kongsi pengalaman anda. Anak saya Qaisara pun kadang makan kadang tak lalu, nasihat saya, jumpa pakar kanak kanak, mungkin ada masalah kesihatan. Jika ia sihat beri vitamin yg sesuai dengan umur anak puan, Kalau boleh minta pengasuh wujud suasana main semasa makan agar ia rasa gembira. Puan juga kena simpan susu badan dalam peti sejuk dan minta pengasuh beri susu itu . Akhirnya doa kepada Allah minta anak puan sihat dan lalu makan

  8. lina says:

    anak saya berusia 7 tahun. dia tidak mahu makan semua jenis lauk termasuk ikan dan sayur-sayuran. sayur yang dia makan hanya bayam atu kangkung. ketika dia berumur 5 – 6 tahun dia mahu makan sekurang2nya ayam, carrot dan sayuran kekacang. Tetapi saya hairan, mengapa sejak umurnya sekarang ini, dia lebih suka makan nasi tanpa lauk, begitu juga bihun/mee/nasi goreng tanpa lauk dan sayur-sayuran. kesemuanya dia tolak tepi. Saya begitu risau sekiranya keadaan ini berterusan dalam jangka masa yang panjang. susu dan buah-buahan juga dia kurang suka. Air soya pun, dia tidak suka. Sudah puas saya nasihatkan dia mengenai kesan2 sekiranya dia tidak makan-makanan yang berkhasiat. Namun, hasilnya tetap mengecewakan. walaupun ayam kfc pun, dia tidak mahu. Saya buntu untuk menyelesaikan masalah ini.

  9. orkid says:

    anak saya berumur 1 thn 8 bln..masalahnya dia langsung taknak makan sejak kecil lagi. dulu, masa umur 4 bln, saya ada suap nestum tp dia hanya simpan dlm mulut..(dia mcm taktau kunyah..) even, sampai skrang pun kali stiap saya suap mkn..tak sampai 5 minit dia akan muntahkan semula..
    taktau dah nak wat macam mana…

  10. nanie says:

    salam..anak saya umo 2thn 9bln xmau mkn…minum susu pun xnak…saya skrg ni bg anak minum susu kotak dutchlady dgn bg dia mkn kentang kfc,waffle…susah hatinya…nasi xmau lgsg….

  11. haney says:

    anak saya berusia 1 tahun 2 bulan..dia tak nak makan..so saya nak bagi susu formula sustagen junior sebagai makanan tambahan..boleh tak coz sekarang anak saya menyusu susu dutch lady 123???

  12. haney says:

    anak saya berusia 1thn 2 bulan..dia tak mahu makan so…saya nak bagi susu formula sustagen sebagai makanan tambahan boleh tak?sekarang anak saya minum susu dutch lady 123!

  13. Rozana Abdullah says:

    I sangat risau anak perempuan saya berumur 8 tahun kurus sangat. Tingginya 128cm. Beratnya 19.5kg. BMI nya kurang dari 18. I terpaksa membeli baju kanak2 berusia 5 tahun untuk dipakai. Kalau tidak mengoloboh abis. Boleh tidak saya beri dia makan multivitamin orang dewasa kerana vitamin kanak2 tidak berkesan. Saya kesian dia selau jadi ejekan rakan2 dan jiran2.

    • admin says:

      Jangan risau, multivitamin tiada masalah, cuma ikut peraturannya. Sebaiknya elok puan jumpa doktor dan pakar pemakanan. Kalau anak saya, kami latih makan sayur. Kerana sayur atau ulam boleh memberi kita selera makan, dan perut mudah terima makanan lain.

  14. me says:

    salam.. anak saya berumur 11 bulan.. baru2 ni ada masalah muntah je lepas minum susu. bila suakan susu, dia mula terjeluak. boleh ke beri dia minum susu formula utk baby berumur setahun…

  15. cahaya says:

    tak mendatangkan masalah ke if salu tukar2 susu..??

  16. mel says:

    anak saya berumur 3thn,maslah anak saya dia taknak makan nasi,bmacam cara saya lakukan untuk bagi dia berselera makan tapi semua tak menjadi…kalau dia makan makanan lain takpe jugak,tapi masalahnye sekarang die hanya minum susu…saya bagi dia pediasure complete..ermm tapi taklah naik juga badan dia walaupun die minum banyak..sekrang nak cuba sustagen..susahnya hati saya,hanya tuhan yg tahu

  17. meeza says:

    anak saya berusia 13 bulan (1 tahun ++)…masalah anak saya dia tak mahu makan bubur sejak 7 bulan. saya ibu yang bekerja. dia dijaga oleh nenek saudaranya yang sekarang ni tinggal bersama saya sekeluarga. saya merasa susah hati kerana sampai sekarang dia tidak mahu mencuba nasi. kalau makan hanya 2 – 3 suap kecil sahaja. lepas tu dia menolak. cuma sekarang ni dia hanya minum susu (3 X – 4 oz) dan nestum (2 x – 6 oz) sehari. Dia seorang anak yang aktif…kadang2 bila dia nampak makanan dia excited tapi bila bagi makan dia menolak…. tlg bagaimana saya nak menyelesaikan masalah anak saya ni…

  18. omairah says:

    anak saya berumur setahun lebih….masalah anak saya dia tak nak makan makanan pejal langsung dari usia 9 bulan sampai sekarang. bila kira beri makan dia akan keluarkan atau bila dipaksa dia akan muntahkan. saya jadi runsing…….berat badan digarisan kuning…anak seorang yang aktif,pakar ade suggest suruh amik pediasure complete.sebelumni bagi apetton sama gak selera hanya pada susu bukan makanan pejal.

    • admin says:

      Ada sesiapa boleh tolong masalah puan omairah ni. Saya pun simpati. Alhamdulilah anak saya yang kini setahun mahu makan nasi yang di makan bersama sup sayur. Resepi isteri saya selalu buat ialah, nasi dan sup, atau nasi dengan sayur campur, sayur tu di potong halus atau blend. Tetapi kekadang tak mau juga. Kalau nasi lembik dengan kentang rebus dan di tambah sup atau kicap dia makan pula, Apa yang kami buat ialah perbagaikan makanan.

      Tabiat anak saya suka makan bersama kami, walaupun kekadang dia dah makan, jadi sambil ibu dia makan suap juga pada Qaisara tu. Untuk anak puan, cuba dulu dengan bubur lambok, sup dengan nasi himpit, atau makan kentang macam KFC, atau nasi dengan kicap dan sup, atau hancurkan sayur.

      Cuba perbagai, kekadang tu mereka nak sikit rasa macam orang dewasa makan, contohnya ada masin, manis. Untuk makluman sayuran hijau ada enzim selera makan. Satu lagi cuba Jus Tok Guru, beri sebelum makan, agar selera makan bertambah. Banyak bersabar dan berdoa.

  19. saya nak tanya,anak saya ni tak nak makan.tapi gula,jajan dan aiskrim tu dia mahu makan.semua yang saya buat dia tidak mahu
    saya sudah duntu nak diperduat apa lagi
    sesiapa yang ada petua berikan la dekat saya

    • admin says:

      Ini merupakan antara masalah ibu bapa zaman sekarang. Apabila anak-anak di dedahkan makanan ringan dengan terlalu kerap. Mereka lebih gemar makanan ringan seperti keropok, gula-gula, bola ikan, KFC dan sebagainya.

      Nak atasi memang ambil masa, guna pendekatan psikologi dan nasihat.

      Buat makanan yang menarik seperti nasi goreng campur yang hiasi menarik seperti sayur campur, kacang, sos. Katakan kepada mereka, kalau nak gula-gula, jajan mesti makan ini dulu.

      Katakan kepada mereka keropok tidak sesuai pada kesihatan, otak tak cergas, belajar susah pandai,

      Kalau saudara/i ada cadangan sila bantu saudara kita di atas

  20. ibu sedih says:

    salam….

    anak saya lahir x cukup bulan..sekarang dia berumur 1 tahun 5 bulan…masalahnya sekarang anak saya x suke makan..bile saya bawa jumpe doktor pakar kanak-kanak dia cakap ini tidak baik untuk pembesaran anak saya. Doktor suruh beri anak saya vitamin bg tingkatkan selera makan. masalahnya sekarang dia juga tak nak makan vitamin itu apatah lagi makan nasi..dia lebih gemar makan roti coklat n sebarang roti. bermacam2 usaha dan pelbagai msakan saya cuba beri pada dia namun dia tetap menolak juga..aper lagi cara yg harus sy lalukan bagi menggalakkan anak say makan?

    anak saya sekarang minum susu soya isomil….mcmane cara bagi sy untuk menukar susu lain???saya telah cube beri bermacam2 jenis susu.semuanya dia tolak sehingga dia menjadi fobia.bila hendak menyusu dia akan rasa sdikit dahulu…

    • azlina says:

      saya mempunyai anak berusia 1thun 4bulan,baru-baru nie dia kena demam lepas baik demam terus dia tak mahu menyusu botol sampai sekarang, nie dah masuk 4minggu dia masih lagi tidak mahu menyusu botol dah pelbagai susu kami tukar tapi masih lagi sama.Dia cuma minum air masak sahaja itupun menggunakan cawan.Bila bagi botol jer terus tutup mulut tak mahu,sekarang nie badannya dah nampak susut,utk pengetahuan tuan anak saya nie menyusu badan tapi sejak akhir2 nie susu badan saya memang dah kurang tambah pulak saya bekerja.Dan dah bermacam2 cara nak tambah susu tapi sama jugak x banyak.Tolongla bantu saya mcmana cara nak beri dia susu botol…….

      • Fauzi Ahmad says:

        Kalau dia suka cawan, guna cawan untuk memberi bayi kak minum, kena cuba perbagai cara mana ia serasi. Jika ada maasalah perut sila jumpa pakar kanak kanak.

        Guna kaedah pujuk dan sabar, Ibu kena banyak doa lepas sembahyang. Anak saya saya beri jus Tok guru, alhamdulillah dah lalu makan, dan mahu minum susu. saya guna picagari beri jus tok guru. 1 tahun 4 bulan dah boleh minum 1 sudu teh atau 1 picagari kecil.

        cuba baca di forum di bawah:

        http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=5791&forum=9

        Harap pembaca lain dapat membantu kakak Azlina ini. kerjasama dan ilmu pembaca blog ini saya hargai.

        Terima kasih

  21. SHAFINA says:

    Assalammualaikum…

    Saya mempunyai anak kembar.Anak kembar saya juga tidak mahu makan walaupun umur mereka hampir mencecah 2 tahun.Saya runsing melihat keadaan seperti ini.Saya juga cemburu melihat kanak2 sebaya mereka kuat makan hingga makan 2 mangkuk bubur nasi.Saya hairan kenapa anak kembar saya tidak sebegitu.Anak kembar saya juga aktif dan tidak mempunyai apa2 masalah kesihatan.Anak kembar pertama langsung tidak mahu mencuba merasa makanan yang diberi termasuklah bubur nasi dengan sup.Dia seakan2 takut mencuba….walaupun telah masuk dalam mulutnya, dia akan mengorek makanan tu keluar dari mulutnya.

    Tolong beri pandangan dan cara hendak mengatasi masalah ini.

    • admin says:

      Saya ni bukanlah pakar pemakanan, tetapi saya ingin kongsi pengalaman anak saya 1 tahun perempuan.

      Sejak kecil iaitu awal 6 bulan kami latih dia makan bubur yang di campur sayur, mak dia akan blend nasi dengan sayur dan suap 1 kali sehari, selalunya tengahari, pagi susu dan nestum, petang roti. Alhamdulillah dia mau makan. Peringkat 1 tahun ni kami tak beri dia lauk seperti ikan atau ayam. Kami latih dia makan sayur, kentang, brokali, betik, limau dan buahan.

      Tentang anak puan ini, biasa terjadi pada anak saudara saya. Cuma buat permulaan ni cuba beri ubat cacing, mungkin cacing susu (orang tua kata) , petua saya ambil daun jolok cacing dan mandi dari pinggang perut kebawah.

      Lihat link berikut: http://cpintrass.com/blog/ibu-bapa/daun-pokok-jolok-cacing-membantu-masalah-cacing-dan-sembelit-kanak-kanak/.html

      Kemudian puan boleh beli Appeton untuk kanak2, kat farmasi ada. Kalau boleh latih anak makan sayur, buahan, sup dan nasi. Ajak kawannya makan sekali dan ” beri hadiah, jika mau makan. Cadangan sahaja”

      Harap dapat membantu puan.

  22. noor says:

    saya mempunyai anak berumur 4 bulan lebih.sejak dia berumur 2 bulan lagi anak saya sukar minum jika saya dan suami saya cuba memberinya susu.ini berbeza dengan penjaganya yang merupakan jiran saya.kami menghantar anak saya setiap isnin-jumaat.dan setiap pukul 5 lebih kami mengambilnya semula..masalahnya,anak saya memang tidak mahu menyusu sekiranya saya memberinya.penjaga saya memberitahu semasa dibawah jagaannya anak saya memang kuat menyusu dan tidak menolak jika diberi.dia minum 7 botol dari pukul 7.30pagi-5 petang dalam 5 oz lebih.jauh berbeza dengan ibu bapanya sendiri dimana dalam waktu tersebut kami hanya dapat memberinya hanya 2 botol dlm 2-4 oz.itupun sewaktu dia tidur sahaja.sehinggakan dia sanggup menahan lapar dan menangis2 hendak makan tapi tidak mahu sekiranya kami memberinya.pelbagai cara telah kami cuba termasuk mengikut cara org yg mjaganya.masih tetap sama.apakah sebab anak saya berkelakuan seperti itu?adakah saya salah cara ataupun persekitaran?

    • admin says:

      Saya pun kurang pasti,

      Namun membaca apa yang puan tulis, di dapati ini merupakan masalah psikologi dan persekitaran. Anak puan lebih banyak masa di rumah pengasuh dan mungkin cara pengasuh berbeza dengan cara puan. Suasana rumah puan berbeza dengan rumah pengasuh. Puan cuba ikut cara pengasuh dan lebihkan peluk anak puan supaya lebih manja dan mesra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>