Rahsia Cerdas Otak / minda

makanan untuk minda sihat cergasMakanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.

Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.

Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.

MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL

1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur – sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.

2)PROTEIN
Ia mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.

3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.

4)AIR
Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.

5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur – sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.

6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.

Vitamin A
Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

Vitamin B
Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.

Vitamin C
Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

7)SERAT
Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN

Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.

Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

Cpintrass mengambil konsep pemakanan di atas untuk membuat suatu produk yang mempunyai khasiat di atas. Ia boleh membantu minda anda dan anak-anak anda

http://cpintrass.com

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in panduan kesihatan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>