Semak Tekanan Darah Anda Sekarang

Berapa bacaan tekanan darah anda sekarang, ketahui bahawa penyakit darah tinggi antara yang tertinggi di Malaysia. Saya di rumah membeli alat semak tekanan darah, agar dapat mengetahui berapa bacaan tekanan darah saya. Anda bagaimana. Alat ini boleh beli di farmasi.

alat ukur tekanan darah tinggi

Bacaan normal tekanan darah orang sihat ialah apabila tekanan darah sistolik di antara 120 dan 139 mmHg dan tekanan diastolik 80 ke 89 mmHg. Jika satu atau dua bacaan tersebut adalah sentiasa melebihi nilai tersebut, anda mungkin mengalami darah tinggi atau hipertensi.

Situasi di Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2011 (Bernama) — Ketika memberi ucapan di hadapan kira-kira 500 perwakilan Pertubuhan Peladang kawasan Rembau, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya, Abdul Wahab Gawa, 66, tiba-tiba rebah dan hampir pengsan.

Selang beberapa jam setelah dibawa ke hospital, beliau disahkan meninggal dunia dipercayai mengalami tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak.

Kematian mengejut akibat hipertensi atau darah tinggi semakin kerap berlaku dalam kalangan masyarakat sehingga menimbulkan kebimbangan yang memerlukan perhatian serius.

Namun sejauh mana anda sedar bahaya hipertensi?. Adakah anda tahu berapakah bacaan tekanan darah anda? dan bila kali terakhir anda membuat pemeriksaan doktor?.

Soalan itu nampak mudah, tapi percayalah jika ditanya pada setiap penduduk Malaysia terutama mereka yang berumur 30 tahun ke atas pasti ramai yang memberi jawapan ‘tidak tahu’, ‘tidak pernah jalani pemeriksaan, atau mungkin ‘tiada masa untuk membuat pemeriksaan’.

Menjadi satu daripada pembunuh utama, hipertensi atau tekanan darah tinggi sentiasa mengintai kalangan kita setiap hari tanpa disedari.

Pembunuh senyap itu datang tanpa sebarang simptom sehinggalah berlakunya penyakit kronik seperti strok, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang yang akhirnya membawa maut.

Pertubuhan Kesihatan Dunia menganggarkan lebih satu bilion di seluruh dunia menderita akibat hipertensi dan dijangka meningkat kepada 1.56 bilion menjelang 2025 bersamaan nisbah tiga orang dewasa berusia lebih 20 tahun.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) yang dihasilkan pada 2006 mendapati penghidap hipertensi meningkat kepada 41 peratus berbanding 33 peratus pada tahun 1996.

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in panduan kesihatan. Bookmark the permalink.

2 Responses to Semak Tekanan Darah Anda Sekarang

  1. faikal ahmad says:

    saya nak beli alat untuk ukur tekanan darah..ket mana saya bleh beli..???maksih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>