CARA ATASI PENYAKIT LUPA

APAKAH PENYAKIT LUPA

CARA ATASI PENYAKIT LUPA

Penyakit lupa adalah salah satu fitrah manusia. Cuba keadaannya berbeza diantara satu sama lain. Saudina Adam Alaihissalam kalau tidak kerana lupanya akan perintah Allah supaya menjauhi pokok larangan nescaya tidak akan dilemparkan kedunia ini.

Begitu juga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu, aku lupa sepertimana kamu lupa. Apabila aku lupa maka peringatila aku”. Manusia sendiri dalam bahasa arab dipanggil ‘insan’ dan pengertiannya didalam bahasa arab adalah ‘lupa’ sebab itulah Ibnu Abbas mengatakan “sesungguhnya manusia dipanggil insan kerana sifat lupanya sebab itu dikatakan bahawa sifat lupa adalah fitrah manusia.

Imam Hasan Al-Basri berkata:”Kalaulah tidak kerana sifat lupa, nescaya kamu tidak ada dapati manusia berlalu lalang dijalanan”. Ungkapan Hassan Al-Basri bermaksud, kalau tidak ada sifat lupa, nescaya semua berlumba-lumba melakukan ibadat kepada Allah sehinggakan tidak sempat langsung untuk urusan dunia, kerana mendapati perkara akhirat adalah segala-galanya.

Lupa adalah penyakit bagi ilmu, sebagaimana Imam Hassan Al-Basri berkata: “Kalaulah tidak kerana lupa nescaya banyak lah ilmu sesorang “. Antara penyebab kepada lupa adalah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesorang.

Perkara ini telah disebut oleh sahabat Ibnu Masu’ud RA: “Aku beranggapan bahawa sesorang itu melupai ilmu yang dipelajarinya disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukannya”. Diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah RA apabila beliau buntu dengan satu-satu masalah beliau berkata kepada muridnya: ” Ini adalah datangnya daripada dosa yang telah aku lakukan”.

Lalu beliau terus saja beristighfar dan bersembahyang solat taubat lalu telah dibuka kepadanya pintu penyelesaian lalu beliau berkata:” Kemungkinan aku telah diampunkan oleh Allah”. Seorang lagi ulamak bernama Wakii’ bin Al-Jarrah dikatakan bahawa beliau telah dianugerahkan dengan ingatan yang kuat lalu beliau ditanya, apakah ubat kuat ingatan? Lalu beliau menjawab:’ Kamu menjauhi maksiat”.

Satu lagi kisah sebagai tauladan. Imam Syafie juga antara tanda keajaiban kerana hafalannya sehingga dikatakan ketika membaca kitab, beliau terpaksa menutup sebelah kitab dikhuatiri matanya akan terpandang pada yang sebelah lagi dan terhafal. Satu hari hafalannya agak tumpul, lalu beliau dapati ia adalah kesan daripada susu kambing yang memakan tanaman orang lain tanpa izin.

Sebab itu kita perhatikan ulamak dulu cukup mengambil berat persoalan makan minum dan manjauhi maksiat.

Antara cara-cara lain untuk menguatkan ingatan adalah seperti berikut:-

1. Perbanyakkan bacaan Al-Quraan supaya hati kita bercahaya.

2. Biasakan diri kita menghafal Al-Quraan. Ini boleh menajamkan otak.

3. Terus beramal dengan ilmunya yang dipelajari. Biasanya ilmu yang diamalkan susah untuk dilupai.

4. Membiasakan diri dengan meminum madu lebah seperti yang dilakukan oleh Imam Az-Zuhri seorang tabi’iin.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah dikurniakan ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang dipelajari.

6. Amalan makanan seimbang dan Makanan / Nutrien Minda

P.s, Makanan Minda mungkin boleh membantu di samping tips di atas

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in Panduan and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to CARA ATASI PENYAKIT LUPA

  1. Danial z says:

    terima ksih..saya akan mengamalkan teknik ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>