Tugas penyelia projek binaan

tugas penyelia projek binaanDalam projek pembinaan, selain pengurus projek atau pengarah urusan, syarikat pembinaan akan mengambil seorang atau dua orang penyelia tapak bagi mengawal selia projek mereka. Bilangan penyelia bergantung kepada saiz atau skop kerja sesuatu projek. Jika kontrak pembinaa tu besar maka ia memerlukan ramai supervisor dan site engineer.

Antara tugas utama penyelia tapak ialah:

1. Merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diary
2. Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan
3. Mengawal selia kerja di tapak
4. Mengawal dan menyemak mutu kerja
5. Mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara pemasangan, kemasan
6. Penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta rekod, ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak
7. Melapor progress kerja kepada pengurus. Ia akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.

Kerja-kerja bergantung pada jenis projek, Jika Bangunan ia mungkin untuk supervise bangunan dan kerja luar bangunan, Manakala kerja elektrik tugasnya ialah dalam bidang kerja elektrik.

Itu merupakan sebahagian dari tugas penyelia tapak.

Kepada yang berminat dengan bidang pembinaan, mereka boleh minta kerja dengan kontraktor, perunding projek, pemaju perumahan dan sebagainya. Kelulusan minima ialah sijil kejuruteraan awam, sijil QS, sijil binaan dari IKM, politeknik, akademi binaan dan kolej swasta yang di sahkan.

Kategori penyelia Projek Binaan:

  1. Kerja kerja kejuruteraan awam
  2. Kerja-kerja Elektrik
  3. Kerja Pembinaan Bangunan
  4. Kerja Paip Bekalan Air
  5. Kerja Mekanikal, hawa dingin, pencegah kebakaran dan sebagainya
  6. Kerja pakar
  7. Wakil penyelia pihak perunding yang menyedia pelan pembinaan.

Harap dapat membantu anda semua

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in Panduan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>