CARA MOHON KE TINGKATAN SATU SEKOLAH ASRAMA PENUH

SBP

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) Sekolah berasrama penuh atau SBP

1.       Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2.       Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3.       Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
4.       Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1.       Warganegara Malaysia
2.       Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3.       Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4.       Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP

1.       Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
2.       Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
·         Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
·         Kaunter BPSBPSK
·         Talian hotline BPSBPSK
·         Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.

Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:·

  1. Warganegara Malaysia.
  2. · Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas
  3.    daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  4. ·  Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  5. ·  Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

 

lokasi 2

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
[shareaholic app="share_buttons" id="11152297"]
This entry was posted in ibu bapa, Pelajar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>