Kenapa Perlu Berfikiran Positif

kenapa perlu fikiran positif, teknik fikiran positif, maksud fikir positifApakah pemikiran positif?

Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina.

Apakah manfaat yang saya dapat dengan berfikiran positif?

1.       Pada keseluruhannya anda akan merasa bahagia

2.       Anda akan disenangi dan dihormati

3.       Anda akan mudah mendapat kawan

4.       Anda akan menjalinkan hubungan sosial yang baik

5.       Anda berupaya untuk menangani stres dengan menjadikan keadaan negatif sebagai peluang untuk anda belajar

6.       Anda cenderung melihat kebaikan orang lain dan ini akan mengelakkan wujud permusuhan di antara anda dan orang lain

Adakah saya belum berfikiran positif?

Kemungkinan anda sudah berfikiran positif. Walau bagaimanapun kadang-kadang tercetus pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan kita membuat kesilapan dalam berfikir.

Kesilapan dalam berfikir dan pemikiran yang tidak rasional adalah punca utama menyebabkan terjadinya pemikiran negatif. Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi negatif seperti stres, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.

Apakah pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir?

Pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir adalah cara pemikiran yang tidak berasas dan mengakibatkan perasaan negatif dan ketidakupayaan. Cara pemikiran sedemikian tidak memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, ia tetap berlaku dan menjadi lumrah kehidupan.

Cara pemikiran berkenaan termasuk:

* Berfikir hanya untuk mendapatkan kesemua atau tidak dapat langsung

  • Mempunyai alasan yang mendesak dan hanya kata dua
  • Contoh: ‘Jikalau saya tidak diterima masuk ke kelas yang terbaik, bermakna saya tidak berguna langsung’
  • Pemulihan: Ulang kaji tujuan matlamat anda kerana mungkin anda meletakan matlamat pencapaian yang tidak munasabah

* Mudah membuat kesimpulan

  • Disebabkan oleh satu kejadian atau satu kesilapan seseorang, maka keseluruhan peristiwa atau seseorang itu dinilai dan dipandang rendah
  • Contoh: ‘Dia selalu lewat dan tidak pernah datang awal!’
  • Pemulihan: Membuat penilaian yang teliti dan jangan membuat keputusan yang melulu terhadap seseorang – ‘Dia kerap sampai lewat, atau sekurang kurangnya sewaktu terserempak dengannya’

* Menetapkan dan memanggil seseorang atau peristiwa sewenang-wenang

  • Menentukan serta menetapkan seseorang atau peristiwa itu negatif tanpa membuat penilaian atau tafsiran yang menyeluruh
  • Contoh: Memanggil seorang kawan dengan nama ‘crybaby’ hanya sebab dia menangis, tanpa menyelidiki sebab dia menangis di atas kematian neneknya
  • Pemulihan: Orang membuat sesuatu dengan bersebab, oleh itu kita jangan mudah membuat andaian yang mereka menentang kita ataupun mereka itu lemah

* Menolak perkara – perkara yang positif

  • Menolak hal-hal yang positif dan menerima yang negatif
  • Contoh: Membesar besarkan kekalahan permainan satu set yang melibat 3 permainan, walaupun menang satu permainan
  • Pemulihan: Jikalau asyik mementingkan perkara negatif, sudah pasti kehidupan anda akan diselubungi dengan perasaan negatif. Ambil yang positif dan kehidupan anda tidak akan menjadi susah

* Alasan emosi

  • Contoh: ‘Bagaimana boleh ada sesuatu yang bagus di dunia ini jikalau saya merasa begini?’
  • Pemulihan: ‘Saya merasa sedih, tetapi perkara lain semuanya masih OK’

* Membuat andaian

  • Anda membuat kenyataan hanya mengikut perasaan dan anggapan, tanpa menggunakan fakta
  • Contoh: ‘Saya tahu dia sengaja lakukan untuk pulang ke pangkuan saya’
  • Pemulihan: ‘Saya tidak tahu kenapa dia lakukan ini, tetapi saya tidak suka dia berbuat demikian’

* Membesar – besarkan masalah

  • Anda sengaja membesar besarkan masalah kecil
  • Contoh: ‘Saya tidak boleh bersabar! Saya tidak keluar melalui jalan ini! Kenapa kuku saya mesti patah hari ini!’
  • Pemulihan: Akui yang anda tidak suka hal itu berlaku, tetapi cuba mengatasinya

* Membuat kritikan ke atas diri sendiri

  • Anda dengan keras mengkritik diri sendiri dan tidak boleh menerima kesilapan
  • Contoh:’Kesilapan yang bodoh! Betapa bodohnya saya! Bagaimana saya boleh membuat kesilapan yang bodoh!’
  • Pemulihan: Menjadi kebiasaan untuk berasa sedih apabila membuat salah. Walau bagaimanapun ia bukannya bermakna berakhir untuk segala galanya, kerana anda masih berpeluang melakukan sesuatu mengenainya

Kenapa saya berfikiran negatif dan membuat kesilapan dalam berfikir?

Bagi seseorang, pemikiran negatif boleh mencetuskan sedikit stres, dan dapat membantunya menyelesaikan masalah atau kesilapan. Walau bagaimanapun, cara seseorang memikir adalah dari ikutan orang lain. Kesilapan dalam berfikir berlaku kepada kita semua dan ia berfungsi sebagai penggalak dalam kehidupan harian kita. Namun dalam jangka masa panjang, ia boleh mengubah keperibadian anda.

Bagaimana cara untuk saya berfikiran positif?

Untuk berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara yang anda alami di dalam kehidupan harian anda.

Setiap kali anda dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila anda menyedari berlaku kesilapan dalam fikiran anda, cuba perbetulkannya.

Caranya termasuk:

  • Senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukan dengan baik
  • Ambil perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui (peluangnya, sedikit sahaja)
  • Cari bukti-bukti yang seseorang itu jahat sepenuhnya (peluangnya, tiada langsung)
  • Terima apa saja yang positif sebagai kebaikan, bukan sebagai hal yang kecil
  • Anggapkan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan
  • Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian buruk
  • Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda
  • Kesilapan merupakan peluang untuk belajar
  • Beri perhatian ke atas perkara yang anda berupaya melakukannya, berbanding dari apa yang tidak mampu anda lakukan

Bilakah saya boleh mengamalkan berfikiran positif?

Bila-bila masa dan di mana saja, terutama sekali apabila anda terasa mempunyai perasaan negatif.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan berfikiran positif?

  • Tentukan matlamat yang mampu dicapai
  • Berkawan dengan orang yang berfikiran positif
  • Kerap mengamalkan senaman relaksasi
  • Amalkan jenaka di dalam kehidupan harian anda – ketawa boleh membantu
  • Selalu berada di tempat-tempat pembinaan aspek kerohanian

Di mana saya boleh mendapat bantuan?

  • Ahli keluarga
  • Kawan-kawan
  • Guru
  • Kaunselor
  • Psikologi
  • Guru Agama

 

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in Panduan, pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>