In: pendidikan
26 Dec 2008
Dalam Islam usaha mendidik anak-anak tidak hanya bermula dari kanak-kanak sahaja, tetapi bermula sejak kandungan lagi. Dalam Islam kita di galakan mencari pasangan baik dan beragama. Demikian juga Islam melarang dengan orang fasik. Ini kerana Islam mementing waris serta zuriat yang bakal dilahirkan.
Kalau kita lihat rasul-rasul serta nabi-nabi, mereka dilahirkan dari keturunan yang baik-baik serta dari keturunan wali-wali dan orang yang baik. Sebab itu semasa ibu-ibu sedang mengandung, mereka digalakan melaku amal ibadat serta banyak membaca quran. Ini akan memberi kesan baik dan positif kepada bayi dalam kandungan mereka.
Nabi Zakaria pernah di bisukan selama 3 hari oleh Allah, bagi memberi pengajaran kepadanya agar lebih beribadat kepada Allah semasa isterinya sedang mengandung. Dalam masa ia bisu, dia tak dapat berkata apa-apa, dan ia hanya beribadat dan berzikir serta berdoa pada Allah agar anak dalam kandungan isterinya menjadi orang yang soleh.
Lihat terjemahan dalam surah al imran ayat 38 – 41 mengenai kisah Nabi Zakaria yang memohon anak lelaki.
Sebab itu peranan ibu bapa amat besar dalam mendidik anak-anak, agar anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang baik dan soleh. Mendidik perlu bermula sejak dalam kandungan lagi, hingga mereka berkahwin serta dewasa.
Related posts:
Terima Kasih Atas Komen Anda Sebentar Tadi
Dapat perbagai produk MRR, ebook percuma di sini, enter email anda sekarang!