Teknik Belajar Matematik
1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai
2. Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4. Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5. Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini








salam , saya mmg lemah dalam subjek math ! saya cuba kuasai subjek neyh ! saya kerap lupa f0rmula ,ape yg perlu saya buat ? saya ambik pmr tahun neyh , tlg bgi 1 tips yg okeyhh untuk saya minat dan boleh buat subjek math !
anis, subjek matematik amat penting, mau tak mau kena minat dan kena belajar,
1 Tips:
kejayaan membuat matematik hari ini akan membuat anda gembira di usia dewasa nanti, jangan anggap subjek ini subjek main main sahaja, jumpa kawan dan cikgu, rajin buat latihan, buang tabiat malas,
Tip 2 : GO GO GO…. study hard, try the best anis
sayaa darjah enam mengambil UPSR saya gagal dalam matematik macam mane ni
OK TAK APA, STUDY HARD PMR
saye pelajar sklh menengah .thun ini saye akn menduduki PMR.dri dulu lgi sejak sklh rendah lgi saye memang lemah matematik dan bi.tiap kli saye buat latihan selalu salah.sifir saya ingt tetapi knp msih ggl dlm mat terutama kertas mat 2.
Motivasi : SEMASA SPM SAYA GAGAL MATEMATIK TAMBAHAN, SAYA DAPAT MASUK TINGKATAN 6 DAN AMBIL MATH TAMBAHAN, SAYA BERJAYA DAPAT PRINSIPAL tAHUN TU 1983. MAKSUDNYA JIKA MINAT DAN RAJIN BUAT LATIHAN, KITA BOLEH
salam ,saya mmng l
Saya tingkatan 1. Sya mesti gagal kerana malas.Kalau Saya malas mau buat kerja rumah, Sya mesti gagal.sampai sekarang saya mesti siap kerja rumah Dan dapatkan 7A
sy maseh blajar di skolah mnengah , sejak skolah rendah lagi sy lemah math , tuisyen pon pegi tapi otak sy susah nak tngkp apa yg ckgu ajar , form 1 sy dpat marks ckup2 mkn aje , form 2 nih makin teruk , dgn byk masalah , math down lagi truk , mid year sy fail , sy nk brusaha , ckgu ajar skit2 , then , ubh topik len , kitaorg x phm , tya ckgu , tpi ckgu bgtaw simple2 , sedangkan kitorg tak tahu jln kira , chinese suma terer , ckgu mcm ajr diorg aje , kitaorg ketinggalan , akhir tahun , sy fail jugak , memang sedih gila , subject lain sy lulus , math aje yg fail , mcm mana nak buat ya ?
pengalaman saya di tingkatan 5, gagal matematik tambahan (add math), masuk tingkatan 6 saya ambil add math, saya lawan minda saya yg kata math tambahan x leh buat. cara saya belajar, buat latihan topik mudah dulu, selepas buat latihan perbagai soalan dalam tiap topik,lepas habis jawap baru saya lihat jawapan. AKHIRNYA SAYA BERJAYA DAPAT C DALAM STPM, ADD MATH, LEPAS TU MASUK USM. kira ok la
Adik kena ada buku latihan tambahan, buat tiap hari dan jangan putus asa bila tak dapat jawap., cari jalan bagaimana jawapan itu dapat, apa formula dan kaedah kiraan, matematik kena buat dan buat latihan, bila selalu buat latihan adik akan faham dan bagaimana nak guna formula,
Buat latihan, tanya kawan, tanya cikgu bila buntu nak jawap.
PALING PENTING, DONT GIVE UP
thanks ya
Dlu sy ssorng yg sgt sukar utk menguasai matematik,sehingga sering gagal dalam matematik…sehingga skrg di universiti sy ditawarkan course full math dlm property management,sy berasa kurang yakin sama ada sy blh menguasai math dlm course nie…..adakah mereka yg mempunyai otak genuis je mampu mguasai math,bgaimana dgn sy yg lmbt dlm pngiraan serta sukar utk mamehami pengiraan yg rumit.blhkh sy menguasainye jgk??
Tabam dalam diri anda boleh buat, banyak latihan dan perbincangan akan membantu
sy niey pown mls jgax kalau bleh smua mata pelajaransy ta suka ,kecuali bm..kenape ea
sya ni seowg pljr ting. 5..sya klu tgok org laen bljr bru sya blajar…dan kdg2 mls tok bljr..sya lemah dalam pljran m3,ad m3,bi dan sn..mcm nma nk mgatasinya????tlongla…..
Wani, belajar kerana Allah dan Ilmu, jika belajar kerana ibubapa suruh dan takut cikgu, kita akan malas. So perbetulkan niat belajar. Rajin akan datang bila niat kerana Allah dan ingin mendapat Ilmu sebanyak mungkin. Ok Jangan Malas, Allah dan rasul tak suka orang malas. baik lah selamat belajar dan jangan lupa solat dan baca quran.