Mayat Tak Reput Di Perlis

In: pengetahuan am

5 Oct 2009

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

“Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

“Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat,” katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

“Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

“Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur,” katanya.

Sumber BH 5 okt 2009

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • Netvouz
  • scuttle
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Digg
  • Facebook

No related posts.

Comment Form

CommentLuv Enabled

Terima Kasih Atas Komen Anda Sebentar Tadi

Cara Membantu Minda Anak Anda

TAWARAN PERCUMA PRODUK CERGAS MINDA

Bantu dan doa anak-anak anda capai kejayaan dalam musim peperiksaan nanti, Klik Sini Dan Lihatlah Tawaran Menarik Kami

Produk Ebook Percuma

Dapat perbagai produk MRR, ebook percuma di sini, enter email anda sekarang!

Produk Percuma, Sertai kami segera
* indicates required

Nu Prep Tongkat Ali Anda Perlu Tahu Apa Kelebihannya?

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

  • siti: salam... baby saya baru sebulan lebih.. sy bagi susu enfalac ni since dia lahir campur ngn breastfee [...]
  • batrisyia: kak madihah tahun nie aye akn menduduki upsr...akak tl0ng ar doa kn aye moga brjaya...aye akn d0a kn [...]
  • admin: Alhamdulillah, saudari Fatin tahu sikap buruk saudari. Katakan kepada hati Fatin, "aku mesti berubah [...]
  • mancai: wah menarik bunyinya ni... [...]
  • fatin nabilah: bagaimana hendak meyakinkan diri untuk belajar dengan lebih mendalam ,,contohnya;dari sekolah ,,mema [...]

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner