Bangunan Tertinggi di dunia : Burj Dubai, akan di buka 4 Jan 2010

In: Perancangan bandar| pengetahuan am

29 Dec 2009

Burj1

DUBAI: Burj Dubai yang akan dibuka, akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, dan berkongsi penghormatan ini adalah firma pembinaan struktur keluli Malaysia, Eversendai Corporation.

Menurut pengarah urusan kumpulan, Datuk A.K. Nathan, 260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang telah dibina oleh Eversendai.

“Kami adalah syarikat pertama di dunia yang membuat kerja-kerja pembinaan pada lebih 700 meter. Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Laporan sebelum ini telah menyebut bahawa Burj Dubai berketinggian melebihi 800 meter dengan lebih 160 tingkat.

Pemajunya, Emaar Properties tidak memberi kepastian mengenai ketinggian sebenar menara itu, walaupun terdapat kenyataan bahawa puncak menara boleh dilihat dari sejauh 95 km.

Burj Dubai dijangka dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 oleh Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan pemerintah Dubai,Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.

Nathan berkata Eversendai juga menjalankan kerja-kerja struktur keluli pada lain-lain bahagian pembinaan Burj Dubai.

“Kami telah menyempurnakan kesemuanya tanpa apa-apa kemalangan,” katanya.

Nathan juga berkata Eversendai mempunyai hubungan kerja yang baik dengan kontraktor utama menara itu, Samsung Corporation dari Korea Selatan.

Kedua-dua syarikat telah terbabit dalam pembinaan Menara Kedua di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Mengenai pengalaman Eversendai di UAE, beliau berkata: “Kami tiba di sini pada pertengahan tahun 90an dan kontrak pertama kami adalah hotel Burj Al Arab, di persisir pantai Dubai.

Selepas itu, Eversendai menerima pelbagai projek bernilai jutaan ringgit di UAE dan Qatar.

Buat masa ini, Eversendai terbabit dalam beberapa projek di Qatar termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Doha dan Dubai Towers-Doha.

Nathan berkata ia bukan sesuatu yang mudah bagi Eversendai untuk berada pada kedudukannya sekarang.

“Sesebuah syarikat yang mahu berkembang ke luar negara harus telah membangunkan kebolehannya serta mesti mempunyai kewangan yang kukuh.

“Tanpa semua ini, sukar untuk menembusi pasaran luar negara. Walaupun mungkin ada sokongan dari kerajaan, kerajaan juga mempunyai batasnya,” kata Nathan.

“Kejayaan menyiapkan projek akan memberi reputasi yang baik. Ini akan membina kepercayaan dan syarikat itu kemudian boleh menjangka lebih banyak projek lain,” tegas Nathan.

Beliau berkata syarikat-syarikat Malaysia yang mahu berkembang ke bahagian sebelah sini dunia juga harus memahami cara kerja di sini untuk berjaya.

Mengenai Eversendai, beliau percaya firmanya telah membina reputasi yang cemerlang bukan sahaja untuk syarikat, tetapi juga untuk Malaysia.

“Kami telah memenangi banyak projek kerana pelanggan kami gembira dengan sumbangan kami. Jadi, mereka sering kembali dengan tawaran-tawaran lain,” tambah beliau. -BERNAMA

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • Netvouz
  • scuttle
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks

No related posts.

Comment Form

TV CPINTRASS


Cpintrass.Com

Cpintrass Untuk Kecemerlangan Minda Anda Dan Anak-Anak Anda

RSS Best Nasheed Collections and islamic music from all country

  • Rasulullah August 9, 2009
    Rasulullah - Click here for the most popular videos […]

Chat Sini


Free chat widget @ ShoutMix

RSS Free TV Shows – Latest Episod

  • 90210 Season 2, Episode 13 – Rats & Heroes March 10, 2010
    Naomi returns from her vacation in St. Bart’s excited to spend time with Liam, which leads to the two getting up close and personal in his newly built boat. Adrianna and Gia bond during an AA meeting and establish a support system for each other which leads to the two sharing a [...] Related posts:Heroes Season 4, Episode 15 – Close To YouHeroes Season 4 […]
    admin
  • The Forgotten (TV) Season 1, Episode 15 – Donovan Doe March 10, 2010
    When a girl’s bones are discovered in an old ammunition box, Russell goes to the Forgotten Network with the revelation that they may be the remains of Alex’s daughter, Lucy. Related posts:The Forgotten (TV) Season 1, Episode 11 – Patient John Related posts:The Forgotten (TV) Season 1, Episode 11 – Patient John […]
    admin
  • The Good Wife Season 1, Episode 16 – Fleas March 10, 2010
    Peter strategizes on how to handle his retrial and the next steps in his public rehabilitation; Alicia and Will defend an attorney arrested for murder. Related posts:The Good Wife Season 1, Episode 13 – BadThe Good Wife Season 1, Episode 12 – Painkiller Related posts:The Good Wife Season 1, Episode 13 – BadThe Good Wife Season 1, Episode 12 – Painkil […]
    admin
  • Lost Season 6, Episode 7 – Dr. Linus March 10, 2010
    Ben deals with the consequences of an uncovered lie. Related posts:Lost Season 6, Episode 1 – LA X (1)Lost Season 6, Episode 2 – LA X (2)The Secret Life of The American Teenager Season 2, Episode 15 – Loved & Lost Related posts:Lost Season 6, Episode 1 – LA X (1)Lost Season 6, Episode 2 – LA X (2)The Secret Life of The American Teenager Season […]
    admin
  • Melrose Place (2009) Season 1, Episode 13 – Oriole March 9, 2010
    Auggie and Violet prepare to leave town; when her billionaire boyfriend visits, Amanda puts Ella in charge of a lavish party in his honor; Riley asks Jonah for another chance. No related posts. No related posts. […]
    admin

Maklumat ‘Search’