Perancangan bandar

Perancangan Untuk Kesesakan atau Perancangan Untuk Keselesaan Di Bandar

trafik jam52 tahun merdeka, bandar seluruh Malaysia semakin sesak dan tepu. Tahap perancangan bandar masih banyak tak berubah. Perancangan bandar dan perancangan kehidupan di bandar masih dalam situasi merancang untuk jangkamasa pendek. Ahli politik dan perancang bandar masih terikut dengan gaya kepimpinan politik yang merancang untuk jangkamasa pendek dengan menyelesai sikit demi sedikit dan mengikut isu semasa atau rungutan rakyat dalam pilihanraya.

Delima sekarang ialah kemahuan politik, kesempitan kewangan, tentangan politik dan delima ketandusan idea dan data perancangan bandar untuk keselesaan.

Sedarkah kita setengah tempat di bandar sudah tepu atau tak muat untuk di isi dengan kotak-kotak bangunan dan jalan. Apabila penduduk bertambah, bangunan bertambah, kenderaan bertambah keadaan akan sesak, padat dan ketepuan pembangunan akan berlaku. Gaya perancangan sekarang ialah selagi ada pemintaan selagi itu kita membangunkan bangunan.

Kesan dan impak kesesakan, pecemaran, pertambahan kenderaan yang banyak kurang di ambil kira dalam membangunkan sesuatu projek.

Kemana hala tuju perancangan bandar di Malaysia, merancang untuk kesesakan atau merancang untuk keselesaan hidup di bandar dan pinggir bandar.

Komitmen Kerajaan dan Rakyat ialah:

1. Berani melakukan perubahan

2. Kajian ketepuan pembangunan perlu di buat

3. Dasar dan akta pengangkutan awam dan pengunaan kereta persendirian dalam bandar perlu di adakan segera

4. Zon guna tanah bandar perlu di kemaskini dan dasar serta piawai perancangan bandar yang baru perlu di perkenalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Show Buttons
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Pinterest
Hide Buttons