politik

Aung San Suu Kyi kisah wanita semanggat waja 2012

Aung San Suu Kyi

Aung San Suu KyiAung San Suu Kyi, ada warga burma, kisahnya penuh kontroversi, dia mengalami perbagai dugaan dalam hidupnya, Aung San Suu Kyi adalah wanita tabah cekal dan minda yang positif cemerlang. Dalam zaman pemerintahan tentera di Myanmar atau Burma, beliau dinafikan hak dan kebebasan. Beliau di kurung dalam tahanan rumah hinga 20 tahun lebih.

Lahir dalam keluarga yang berlatarkan politik, ayahnya seorang pemimpin berpangkat Jeneral mati ketika usianya tiga tahun pada 1947, membuatkan kehadiran semula Suu Kyi di Burma sebagai satu simbolik suara rakyat yang inginkan kebebasan. Sejak kecil lagi beliau menerima dugaan hidup, namun beliau terus dan teruskan hidup.

Burma terikat dengan sistem pemerintahan tentera yang menyekat kebebasan membuatkan rakyat memberontak. Lantas Suu Kyi diangkat menjadi pemimpin rakyat untuk memperjuangkan demokrasi. Faktor utama Aung San Suu Kyi berjuang ialah apabila melihat kesengsaraan rakyat, Aung San Suu Kyi mengambil keputusan untuk bangkit memperjuangkan nasib rakyat melalui sistem demokrasi.

Ini detik Aung San Suu Kyi dalam politik Burma. Meskipun Aung San Suu Kyi menerima undian yang jauh lebih tinggi ketika pilihan raya 1990, hak demokrasi yang diinginkan rakyat serta perjuangan Suu Kyi tidak diiktiraf, sebaliknya tokoh bersemangat tinggi itu terkurung di dalam rumah sendiri hampir dua dekad kerana tidak dibenarkan berkempen.
Kemuncaknya, semangat juang Aung San Suu Kyi terpancar tatkala Aung San Suu Kyi menerima berita suaminya meninggal dunia di London tanpa kehadirannya. Ya lah Aung San Suu Kyi di Burma di kurung, suami mati di London. Cuba anda bayangkan betapa derita wanita bernama Aung San Suu Kyi.

Tapi 2012 mengubah segalanya.

Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan ketua pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi, berumur 66, memenangi kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada 1 Apr 2012 (Ahad). Kemenangan itu membolehkan Suu Kyi memegang jawatan sebagai anggota perundangan buat julung kalinya.

Menurut jurucakap pemerhati pilihan raya di kalangan parti pimpinan Suu Kyi, Han Than berkata, NLD memenangi sekurang-kurang 43 daripada 44 kerusi dipertandingkan. Ia termasuk empat di ibu negara Naypyitaw yang dianggap sebagai kubu kuat parti pemerintah.

Akhirnya

Itulah kisah wanita gigih berusaha, walau di kurung dan di sekat dan akhirnya kejayaan padanya. Tanpa tahu erti penat dan mengalah pada sistem pemerintahan tentera yang menafikan hak, kini Burma kembali ke sistem awam dimana rakyat berhak memilih pemimpin. kita akan lihat apa perkembangan Burma selepas ini.

Sumber : BH, Utusan Malaysia, Mystar, Sinar Harian

Aung San Suu Kyi

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Show Buttons
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Pinterest
Hide Buttons