In: politik
22 Jun 2009
Kita sebagai rakyat Malaysia tak mau melihat rakyat melayu negara ini berpecah dengan teruk akibat perbezaan fahaman politik. Masih banyak ruang dan peluang terbuka untuk kedua belah pihak duduk semeja berbincang mencari apakah kerjasama yang boleh dibuat bagi memastikan umat Islam dan agama Islam terbela dalam erti kata sebenar.
Islam di utamakan, bagi menyelesaikan masalah dunia dan bekalan akhirat. Masalah sosial, rumah tangga, masalah kemiskinan melayu, masalah akhlak, moral, hanyut dan lupa agama, merupakan masalah melayu sekarang ini yang perlu di selesaikan oleh pemimpin melayu itu sendiri.
Kita berharap pemimpin melayu sedar bahawa jika melayu berpecah dalam keadaan tidak faham, apakah politik islam dan melayu sebenarnya, saya bimbang ia akan lebih parah. Saya bimbang pemimpin yang di beri tanggungjawap tak faham tanggungjawapnya.
Di kampung misalnya wujud pilih kasih. Rumah penyokong Pas tidak ada mini tar, manakala penyokong UMNO ada mini tar. Amalan pilih kasih masih wujud di peringkat pelaksanaan projek akibat tindakan tidak menyokong kerajaan memerintah.
Siapa yang rugi, melayu juga. Kita mahu pemimpin yang faham Islam, dan melaksanakan tugas dengan adil tanpa pilih kasih
Oleh itu kerajaan perpaduan perlu berbincangan kepentingan semua pihak, supaya nikmat kemerdekaan di nikmati semua pihak ( semua rakyat)
Jangan ada buli dan pinggir dalam pengagihan projek kerajaan. Jika ikhlas memerintah lakukan dengan adil.
Related posts:
Terima Kasih Atas Komen Anda Sebentar Tadi