In: Produk
10 Nov 2009Sebagai orang awam saya melihat tuan, umpama mutiara yang sedang bersinar dengan visi dakwah yang jauh menjangkau batasan kepartian dan tidak taksub kepada sesuatu pihak. Negara ini memerlukan ilmuan yang sederhana yang memberi ilmu dakwah kepada semua pihak dan juga menegur pada semua yang silap.
Pandangan tuan adalah sederhana dan tidak ektrim. Tuan ada hujah dan bukti yang sahih, Tuan jarang guna andaian akal dan tuan banyak bercakap berdasarkan al quran dan sunnah.
Kita memerlukan ilmuan seperti tuan yang mempunyai banyak kebolehan, seperti Quran, Ilmu Hadis, sejarah, bahasa, sastera, IT, sajak dan sebagainya. Selain itu tuan banyak menulis dalam akhbar, menulis buku, menulis dalam blog tuan dan tetamu undangan ceramah, tetamu Astro Qasis dan banyak lagi.
Semoga pandangan dan dakwah tuan memberi sinar baru khasnya generasi muda negara ini.
Fauzi Ahmad
Admin
Related posts:
1 Response to Dr Asri, Usah masuk politik, dakwah tuan lebih mulia, pendekatan tuan di terima semua peringkat
abdasidismail
November 17th, 2009 at 10:38 pm
Jauhari saja yang mengenal maknikam.saudara ni Jauhari kah dalam ilmu agama?.Kalau betul mutiara takkan pejabat agama nak tangkap.Semasa Asri masih budak dah ramai Phd agama orang lain dah ada.Kenapa agung dia sangat.orang lain pun banyak ilmu,tetapi orang tak suka mendada yang bukan-bukan.Dakwah adalah bagus.Tapi kalau dah bercampur dengan fahaman-fahaman yang merbahaya,bawa pecah belah,suka kacau fahaman dan amalan orang lain,tahan orang buat amal ibadat,baca yasin,doa dan sebagainya,dakwah jenis apatu?.