Kisah Benar Budak 13 Tahun Nikah Dengan Bunian

budak lelaki kahwin dengan anak bunianOrang Bunian adalah sejenis makhlus halus dari golongan jin.  Mereka tidak mempunyai  jasad seperti manusia dan seperti golongan jin, ALLAH S.W.T menjadikan mereka  dari api.  Orang Bunian ini kebiasaan nya terdiri dari jin-jin Islam.   Orang bunian ini dikatakan mempunyai budaya setempat, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia tetapi tidaklah sempurna seperti wajah dan badan manusia.

Kisah di bawah ialah kisah benar, yang saya petik dari laman web hj Lokman, seorang pengamal perubatan Islam di Gombak

Cerita Benar Hj Lokman ialah:

” Di sini ada satu kisah benar yang saya (Hj Lokman)  ingin menceritakan pengalaman saya mengubati seorang pesakit lelaki yang berumur dalam lingkungan 13 tahun yang telah berkahwin dengan seorang orang bunian.

Kejadian ini berlaku dalam tahun 2004 di Kuala Lumpur semasa saya masih lagi menetap  di Bukit Antarabangsa.  Biarlah saya namakan pesakit ini Pesakit B.  Satu hari ayah kepada Pesakit B ini datang ke rumah saya mengadu yang anaknya Pesakit B ini tidak mahu pergi ke sekolah selama beberapa bulan yang lepas.  Ini  berlaku selepas anaknya balik dari “camping trip” di hutan di luar kawasan Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh sekolah anaknya .

Tiap-tiap hari anaknya akan tidur pada siang hari dan akan hanya bangun pada jam 12 malam dan akan tidur semula menjelang waktu subuh.  Dalam masa 5 atau 6 jam dia tidak tidur dari jam 12 malam hingga subuh, dia akan meminta ibunya memasak makanan untuk dia dan menguruskan diri seperti mandi dan sebagainya.

Pada satu petang, saya ditemani  oleh seorang sahabat bernama Ustadz Faisal (seorang tahfiz) pergi ke rumah Pesakit B.   Masa itu Pesakit B sedang lena tidur di biliknya.  Apabila tiba di rumah Pesakit B, saya dapati selain dari ibu dan ayah Pesakit B, ada beberapa makhluk halus di rumah itu.

Makhluk halus itu memperkenalkan diri mereka pada saya.  Meraka adalah golongan jin jenis orang bunian.  Rupa-rupa nya Pesakit B ini telah berkahwin dengan anak perempuan Penghulu orang bunian.  Bersama-sama Penghulu orang bunian itu, saya juga telah diperkenalkan dengan anak perempuannya.  Saya lupa hendak bertanya nama kedua-dua makhlus halus itu.   Kisahnya anak perempuan dia telah jatuh cinta dengan Pesakit B semasa dia berkhemah di tepi hutan berdekatan dengan kediaman penduduk orang bunian ini beberapa bulan yang lalu dan mereka telah pun dikurniakan seorang cahaya mata.

Jadi bila Pesakit B ini tidur, roh nya berada di alam jin dan dia akan hidup bersama-sama keluarga baru nya.  Saya memberitahu hal yang sebenar kepada kedua-dua ibu bapa Pesakit B.  Alangkah terkejutnya mereka berdua dan mereka tidak sangka perihal demikan telah berlaku pada anak bongsu mereka.  Ibu kepada Pesakit B menangis-nangis tidak setuju akan perkahwinan anak bongsunya.  Ayah Pesakit B mengelengkan kepala tanda tidak setuju sama sekali.

Saya memberitahu penghulu jin itu yang kedua-dua ibu bapa Pesakit B tidak meneriam dan merestui perkahwinan itu dan mahu anak mereka kembali ke alam dunia ini dan mereka mahu anak bongsunya dipisahkan dengan anak perempuan bunian itu.

Mendengar demikian, Penghulu orang bunian itu bertanya kepada saya,

Buktikan di dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak membenarkan kaum Jin berkahwin dengan kaum Adam.”

Selanjutnya Penghulu itu berkata,

Sekiranya ada ayat-ayat tersebut dalam Al-Quran, dia bersedia untuk memisahkan anak perempuan dia dengan Pesakit B, dan sekiranya tidak dapat membuktikan, maka perkahwinan ini akan diteruskan.”

Saya tergamam untuk menjawab soalan Penghulu Bunian itu dan saya tidak sangka soalan itu akan dikemukakan kepada saya.  Terdetik dalam hati saya membisik bijak juga Penghulu bunian ini.  Saya menoleh kepada sahabat saya Ustdz Faisal dan dia mengelengkan kepala serta membisik kepada saya bahawa dalam Al Quran tidak ada ayat-ayat yang mengatakan kaum jin dilarang dan tidak dibenarkan berkahwin dengan kaum Adam.

Memang tidak ada ayat di dalam Al-Quran yang Allah SWT melarang kaum manusia berkahwin dengan kaum jin.  Tetapi dari hukum feqah memang ada hukum yang menyuruh manusia berkahwin dengan kaum manusia dan bukan dengan makhluk lain seperti  jin atau binatang.  Dari segi akal memang tidak ada logiknya manusia berkahwin dengan kaum jin sebab manusia tidak nampak mereka, tidak dapat menyentuh mereka atau tidak dapat mendengar mereka.    Dalam Al-Quran juga mengatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad.  Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin.

Di akhir pembincangan petang itu, saya bagi pihak keluarga Pesakit B sekeras-kerasnya tidak bersetuju dengan perkahwinan Pesakit B dan anak perempuan Penghulu bunian itu.  Tidak ada lagi “negotiation”  dari pihak Penghulu bunian yang akan saya layani dan kata putus saya pada akhir perbincangan itu agar Penghulu bunian serahkan kembali Pesakit B kepada keluarga asalnya.  Dengan keizinan Allah SWT, dan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, Pesakit B kembali pulih sediakala.  Dengar khabar dari Ustadz Faisal baru-baru ini, Pesakit B  sudah pun berkerja dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Pengajaran dari peristiwa ini ialah kita tidak patut tunduk atau bersetuju dan mengikut kata makhluk halus ini. Orang-orang bunian ini atau pun jenis-jenis jin yang lain mempunyai akal fikiran dan mereka boleh berfikir seperti kita, dan kadangkala kita mudah terpedaya dan tertipu dengan helah mereka.

 Satu lagi kisah benar berlaku dalam bulan Ramadhan tahun 2009.  Memangnya setiap Ramadhan saya berterawih di Masjid UIA di Gombak.  Pada satu malam sedang saya duduk di barisan depan saf di Masjid UIA  menunggu waktu solat ishak di Masjid UIA, saya didatangi oleh seorang jin jenis bunian bersama keluarganya.   Selalunya saya bertarawih dengan seorang sahabat rapat saya yang duduk di sebelah kiri saya.

Mula-mula jin itu mengucapkan salam pada saya dan saya membalas salam.  Berdosakan kalau tidak membalas salam.  Jin itu memperkenalkan  diri dia dan memberitahu saya hajat dia untuk memperjodohkan anak perempuan kembar jin bunian dia dengan sahabat saya yang duduk sebelah kiri saya.  Kebetulan sahabat rapat saya ini masih lagi status bujang dan masih lagi single belum ada steady girlfriend pada ketika itu.  Sahabat saya ini memang handsome (dulu dia model), tinggi dan putih melapak orangnya sampai kaum jin pun boleh terpikat pada dia.

Saya tergelak besar dan memberitahu sahabat rapat saya akan lamaran dari jin bunian itu. Mula-mula sahabat saya ingat saya berlawak tapi bila saya seriously beritahu dia akan keadaan yang sebenarnya, sahabat saya rasa seronok dan terus senyum lebar tetapi menolak lamaran jin itu atas alasan dia belum bersedia lagi.   Saya senyum sendiri dengar alasan spontan yang diberikan oleh sahabat saya tadi.  Dalam hati saya kalau lah dia nampak rupa wajah anak kembar perempuan  jin bunian, mungkin dia berfikir dua kali untuk memberi alasan itu.  Sahabat rapat saya ini pula suka tidur, kalau tidur mesti cukup tujuh atau lapan jam, dan mungkin ini satu sebab kaum bunian suka pada dia.

Hj. Lokman,

Mertua Ashraf Muslim (perlakon)

10 November 2010

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in Rawatan Islam and tagged , , . Bookmark the permalink.

18 Responses to Kisah Benar Budak 13 Tahun Nikah Dengan Bunian

  1. Zidan Ronaldo says:

    Salam…
    Allah SWT la…bukan SAW

  2. Pingback: KISAH BENAR TERGEMPAR SEORANG BUDAK LELAKI 13 TAHUN NIKAH DENGAN PUTERI BUNIAN | KOPI LEKAT | PERKONGSIAN MANFAAT

  3. Ain says:

    Giler…ke apa org bunian ni…..nak kawin dgn manusia…..kawin la dgn bunian lain…..

  4. arol says:

    Seram meyhhh

  5. nazmeen says:

    saye pernah diminati oleh jin..dari saye kecik lagi..siap nak kawin dengan saya..tapi..parents cepat-2 bwak berubat..jin tu cemburu bila saye rapat dengan lelaki..then dia akn..buad saya sakit.supaya llki tersebut tnglkn saya.now..bnda tu dah keluar..juz tngl..saka or..jin lain dlm bdan..tngh dproses untuk keluarkan..

  6. ZULF says:

    “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari JENISMU SENDIRI, agar kamu cenderung dan tenteram kepadanya.
    Dan Dia menjadikan di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. ” (Ar-Rum [30]: 21).

  7. nur ashikin says:

    assalamualaikum
    terasa pulak cm hal ni berlaku kpd diri saye n suami.kalau manusia bole melihat alam yang xnyata
    ape akan jadi.separuh gila dibuatnyer

  8. liner says:

    asslm, bercerita mengenai bunian banyak cerita dan pandangan, ok bagaimana pulak dengan warisan or penjaga dimana ia bukan lah saka, tapi warisan daripada keturunan raja… kebanyakan nama samaran akan digunakan bagi memulihara keturunannya… pernah dengar tentang kehilangan anak didalam perut? saya rasa anda pasti pernah dengar. slalunya ianya dikaitkankan dengan bunian telah mengambilnya, tp adakah anak yg mereka ambil itu juga dipanggil jin? tentu tidakkan. disini ramai yang telah terlepas pandang, dan klu diselidik pada sebuah hadis nabi kite M terdapat satu hadis yang menceritakan tentang mereka, tp oleh kerana terlepas pandang akhirnya mereka juga di namakan jin juga, setahu saya mereka sangat marah dengan andaian yang dibuat tanpa memeriksa dengan teliti. bunian memang ad jin tp di ingatkan mereka ad juga seperti kita tetapi tidak nyata yang hanya ditugaskan untuk menjaga keturunannya.. wslm..

    • mizz says:

      salam…sy nk tya mcm mana kalo perubatan menggunakan khidmat org bunian? adakah itu dikira sebagai kurafat?

      • Fauzi Ahmad says:

        Pada pendapat saya, bunian juga golongan Jin, dan kenapa nak minta kepada mereka, kita manusia dicipta lebih baik dari mereka, kita minta pada Allah. Ya haram berubat dengan bunian

  9. fitri says:

    tuan boleh kita berhubung???

  10. arm says:

    ALLAH S.W.T bukannya SAW

  11. eva says:

    sronok baca.. hehe..

  12. Amim says:

    Menarik cite ni.
    Tapi boleh pulak jin nk kahwin ngn manusia kan.
    Risau jugak kalau perkara ni berlaku … adess

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>