Tips Merancang dan membina ruang kerja

Tips Merancang dan membina ruang kerjaPerancangan yang baik dengan mengambil kira semua keperluan dan dilakukan secara berhati-hati adalah kunci kepada kejayaan persekitaran ruang kerja yang berjaya. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbang dalam merancang ruang kerja adalah :-

  • Kenal pasti ruang dalam rumah yang difikirkan sesuai dijadikan ruang kerja. Pilih sudut dalam rumah yang boleh menempatkan meja dan rak atau bilik yang tidak digunakan. Ruang loteng di atas rumah atau ruang garaj bersebelahan rumah adalah kawasan sesuai dijadikan ruang kerja atau pejabat rumah.
  • Pemilihan perabot dibuat mesti merujuk kepada keluasan ruang. Pemilihan meja pejabat yang sesuai perlu kerana ketika ini meja pejabat menyediakan reka bentuk meja kerja secara bersepadu dengan rak, meja komputer, tempat CPU yang boleh menjimat ruang. Ada sistem meja pejabat dibuat secara modular yang disesuai dengan keluasan ruang.
  • Sebelum membeli perabot ruang kerja pastikan membuat ukuran yang tepat. Tugas ini sangat penting kerana memudah untuk menempatkan perabot dan peralatan yang diperlukan. Dengan ini membolehkan keselesaan perabot yang maksimum dapat dicapai.
  • Pemilihan ruang pejabat yang dikenal pasti mestilah mempunyai kemudahan seperti bukaan tingkap dan pintu. Ini memudahkan aliran udara dan pergerakan keluar masuk yang tidak mengganggu pintu masuk utama rumah anda. Adalah lebih baik jika ruang ini berdekatan dengan bilik air atau tandas.
  • Walaupun ruang pejabat terletak di rumah, ini tidak menjamin tahap keselamatan boleh diabaikan. Keselamatan perlu dititikberat kerana ruang ini menyimpan peralatan berharga seperti komputer dan lain-lain. Setiap bukaan mestilah berkunci dan mempunyai tahap kawalan keselamatan yang tinggi.
  • Dengan adanya kemudahan teknologi maklumat (ICT), segala kerja dan hubungan dilakukan secara dalam talian (online). Ini sudah tentu menjimatkan masa dan tenaga. Selain daripada itu keperluan mekanikal dan elektrikal (M & E) perlu diambil kira seperti punca elektrik dan punca penyambungan telefon kerana ruang tidak berfungsi sepenuh sekiranya keperluan M & E ini tidak disediakan.
  • Membuat perancangan bagi menyediakan ruang penyimpanan yang secukupnya kerana biasanya ruang kerja dan pejabat rumah akan menghadapi masalah untuk menyediakan ruang penyimpanan. Masalah ini akan timbul kerana pejabat rumah mempunyai ruang yang terhad.

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in Reka Dalaman and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>