Sejarah Mat Indera


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

KISAH YANG RAMAI KELIRU , PENDERHAKA ATAU PEJUANG?

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.

Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.

Rencana di atas pernah di siar BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

MAKLUMAT PENUH DI YAYASAN WARISAN JOHOR

mat indera

Manakala Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn.

buku mat indera

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.

Kesimpulan:

Kita bersikap terbuka dan kaji semula sejarah ini, lihat Artikel Berita Harian di sini

Video sidang akhbar Mat Sabu dan Rakan Rakan

Isu sekarang bukan nak cari salah siapa, kita nak cari kebenaran, jangan sejarah di politikan untuk kepentingan politik. Anak muda nak tahu jawapan, jangan bagi mereka ketawa dan sejarah jadi bahan main-main aci tak aci. Saya akan kaji dan bongkar seterusnya. siapa ada maklumat tambahan, sila Komen di bawa,nyatakan walaupun pahit.

38 thoughts on “Sejarah Mat Indera”

  1. antara sejarah awal sebelum pembabitan mat indera ke dalam gerila pkm adalah mat indera telah banyak memasuki kumpulan2 berhaluan kiri bagi menentang penjajah dan pastinya hampa kerana perjuangan seperti itu pasti berakhir dgn tindakan angkatan bersenjata pihak kerajaan yg di kawal oleh penjajah. perlu dimaklumi pada waktu itu seluruh pentadbiran tanah melayu adalah di bawah kawalan pihak penjajah termasuklah angkatan polis dan tentera tanah melayu. maka siapa yg menentang di anggap pemberontak. samalah seperti di zaman tok janggut, mat kilau dan para pejuang yg lain. masaalah nya sama..

    kisah berlaku di suatu hari di waktu pagi di restoran pontian. mat indera minum bersama teman2 dan berbincang bagaimana cara utk mengusir penjajah kerana pemimpin, polis dan tentera telah di cucuk hidung oleh penjajah. ada seorang anggota polis pada waktu itu tak berpuas hati dgn percakapan mat indera dan mencabar mat indera ” jika benar awak anak jantan dan berani melawan penjajah masuk lah angkatan gerila seperti pkm.. jgn sibuk pasal org pulak” mat indera lantas bingkas dan menjawab ” baik.. nanti saya masuk gerila, awak org pertama saya lempang” . dan masa berlalu mat indera telah menyertai gerila dan menumpang platform pkm.. mat indera mencari anggota polis tersebut dan di maklumkan anggota tersebut telah berpindah tugas ke balai polis bukit kepong, muar. pada suatu pagi mat indera telah memberitahu kumpulannya dia mahu ke balai polis bukit kepong untuk mencari dan melempang anggota polis tersebut.

    maka kecoh lah kisah mat indera mahu menceroboh balai tersebut. sebelum dia menceroboh balai polis bukit kepong, mat indera telah pergi menemu dan meminjam barang sakti pada seseorang di air baloi utk kebal dan menghilangkan diri. setelah mat indera berada di pintu pagar balai polis bukit kepong ia telah meminta utk di panggilkan inspektor yg mahu di lempang nya itu, apabila sampai di hadapannya itu mat indera memberitahu ia telah masuk gerila maka di lempang nya inspektor tersebut dan mat indera pun terus berlalu pergi dan tidak lama selepas itu balai polis bukit kepong pun di hujani peluru,

    maka di kabarkan kepada mat indera bahawa komunis telah mengepung dan telah menembak mati seluruh anggota polis di balai polis berkenaan dan nama nya ( mat indera ) telah di gunakan dalam mengetuai serangan tersebut dan sedang di buru sekarang lalu memintanya menyembunyikan diri. begitu lah licik nya komunis mempergunakan seperti kisah konfrontasi indonesia- malaysia yg mana risikan komunis juga yg telah melaporkan pd sukarno di indonesia bahawa tanah melayu telah di kuasai komunis dan islam telah tidak di benarkan utk diamalkan di tanah melayu sehingga sukarno melaungkan perang jihad kepada seluruh rakyat dan tenteranya utk menawan tanah melayu semula tetapi di dapati selepas itu bahawa risikan tersebut adalah palsu dan hanya direka2.

    1. ada rujukan yang sahih ke cerita awak ni? cerita panjang2 tapi kalau takde rujukan, takde nilai. elok dibakulsampahkan saja cerekarama awak ni.

  2. Pingback: (Gambar)Mat Indera
  3. PADA PANDANGAN SAYA, UNTUK APA DIBISING APA YANG DAH BERLAKU….YANG PENTING SKANG NI KITA PERLU BERSATU UNTUK MEMASTIKAN NEGARA KITA TERUS AMAN MERDEKA…TAK ADA KALAU KALAU LAGI…YANG DAH BERLALU BIARKAN BERLALU, REDHA DAN JADIKAN PENGAJARAN BUKAN TIMBULKAN PERTENGKARAN DAN KETEGANGAN…ORANG TU PUN DAH LAMA JADI ARWAH….BUKAN BOLEH HIDUP BALIK PUN….KITA YANG HIDUP NI KENA LA JAGA UKHWAH SESAMA UMMAH…BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ALLAH DAN TENTUKAN UNTUK KITA….DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT, AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA DI MASA HADAPAN….

    1. masa aku dok sekolah rendah tahun 70-an dulupun, walau dah lama merdeka, buku teks yang aku belajar kata : Tok Janggut tu pemberontak. Bengong sungguh pembuat dasar kat atas sana nuh.

      1. Pada pendapat aku, British yang menjajah tu yang bijak dalam polisinya. Mana-mana penjajah sekalipun guna polisi : “orang di tanah jajahan kita yang akan berperang melindungi kita”.
        Dalam peristiwa Bukit Kepong, yang jadi mangsa ialah kita orang Melayu yang dipergunakan oleh British. Dia kata masalah komunis adalah masalah penduduk tanah melayu. Jadi British tubuh pasukan polis, tentera dan Home Guard yang 100% adalah orang Melayu yang dibayar gaji oleh kerajaan British. Jadi sebarang usaha untuk menamatkan penjajahan British/menghalau British keluar samalah dengan berperang dengan orang Melayu.
        Lihat sejarah perjuangan Dato’Bahaman di Pahang. British guna sultan dengan melancarkan GERAKAN SULTAN utk menumpaskan Dato’Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Kita orang Melayu tinggi taat setia. Bila arahan tidak menentang datang dari istana, kita akurlah walau kita tahu sultan dipergunakan.
        Isu yang sama juga berlaku dalam penjajahan Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kanak-kanak di Iraq akan diajar bahawa Saddam Hussein adalah pengganas. 30 tahun akan datang, mereka membesar dengan minda bahawa pejuang-pejuang asal Saddam Hussein yang bersembunyi di gunung-gunung utk menentang AS itu adalah pengganas!!.
        Sampai sekarang dasar diaorang berjaya. Kita masih berpolemik untuk menentukan siapa wira siapa pemberontak.
        Bagi aku, tidak timbul soal Mat Indera itu wira atau pengganas atau Mat Sabu cuba mengubah sejarah.

        1. Pada pendapat aku, PKM dan Chin Peng tu adalah kambing hitam yang dipergunakan British. Kita jangan lupa, PKM pada asalnya adalah organisasi yang dibentuk sendiri oleh British semasa zaman Jepun yang dikenali dengan MPAJA. British tubuh Sekolah Latihan Khas 101 dalam hutan untuk melatih taktik perang gerila, membekalkan mereka dengan senjata dan lojistik serta membentuk rangkaian bawah tanah dengan Tanah Besar China.
          Bila Jepun kalah, semua peralatan yang diberi kepada MPAJA ditarikbali/diminta dipulangkan balik dan MPAJA ditukar kepada pertubuhan bersifat politik dengan nama PKM. Ketika dekat-dekat tahun 1948, pemimpin yang didakwa bakal mengetuai PKM – Tien Liu , bendahari PKM didapati hilang dengan sejumlah wang dan dianggap perisik Barat. Lalu tempat memimpin diambiloleh – secara tiba-tiba – oleh Chin Peng. Chin Peng nilah yang mengatur tindakan keganasan sehingga British mengistiharkan darurat. Kita jangan sekali-kali lupa, pada masa kita sibuk dengan PKM di Tanah Melayu, serentak itu juga negara haram Israel dibentuk. Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British adalah anggota penting dalam pembentukan negara haram Israel.
          Kes ni, pada pendapat aku sama macam Osama Ben Laden. Masa lawan Rusia di Afghanistan, dia adalah ejen CIA yang dilatih dengan semua taktik perang barat. Bila Rusia berjaya diusir, Osama pula didakwa dalang yang mengebom menara Berkembar New York. AS serang Afghanistan dan Iraq dengan alasan memburu Osama Ben Laden. Sampai sekarang, aku tak percaya Osama dibunuh sebaliknya dok sedap di AS, diberi immuniti dan menjadi manusia lain. Ingat semua ye, kita bangsa Asia adalah buah catur negara Barat.

          1. Kita juga jangan lupa tentang peristiwa bersejarah yang berlaku kepada pejuang terkenal di Kelantan : Tok Janggut. Semasa operasi menangkapnya dibuat, seorang orang Melayu yang bekerja sebagai polis dengan British dikenali Sarjan Che Wan ditugaskan mengetuai operasi ini.
            Dalam peristiwa yang menggemparkan dunia persilatan ini, Tok Janggut berjaya menikam mati polis itu.
            Jadi tuan2 dan puan2, apa masalah dengan Peristiwa Bukit Kepong? Dengan Gerakan Sultan di Pahang?

      2. jangan samatarafkan perjuangan tok janggut dengan perjuangan komunis. itu sudah jauh melencong dan sangat kurang ajar. aku yakin kalau tok janggut jumpa zaman komunis, pasti kepala para komunis ni dipancungnya juga.

        dasar pembelit, perjuangan tok janggut ialah perjuangan yang mulia. “perjuangan” komunis ialah perjuangan palsu, apakah anda terlalu bodoh sehingga sanggup berkiblatkan Comintern?

  4. Apa-apapun jangannlah berdebat lagi isu Mat Idera, beliau telah meniggal dunia, biarlah Allah menentukan siapa pejuang siapa pengkhianat serahlah segala kebenaran itu kepada Allah

  5. Arwah dato saya pernah bercerita tentang Mat Indera . Ketika beliau dibawa ke Mahkamah Tinggi JB untuk dibicarakan . orang ramai berkumpul diperkarangan mahkamah JB untuk melihat Mat Indera dibawa ke muka Pengadilan.
    Ketika beliau berada di tingkat dua Mahkamah dan dikawal ketat oleh anggota Polis . Arwah Dato saya memanggil (melaungkan nama Mat Indera) ditengah tengah keriuhan orang ramai .
    Tanpa disangka sangka Mat Indera datang ketepi bangunan dan menyahut sapaan. Orang ramai terdiam seketika.menyaksikan peristiwa tersebut. Ternyata mereka berdua adalah sahabat lama. Walaupun ditengah keriuhan Mat masih mengecam suara sahabat lamanya.
    Dato saya Pencen sebagai anggota Polis yang banyak bertempur menentang Pengganas . Mereka tidak pernah bersua dimedan pertempuran. Tapi masing masing tahu akan pendirian politik dan peranan mereka pada masa itu.
    Arwah pernah kata …Mat sudah terlanjur . walaupun niat asalnya murni untuk menentang penjajah. tetapi didalam kegairahan tersebut dia telah dipergunakan oleh Komunis…….

      1. negara china yg berfahaman kumunis x jahanam pon.. malah lebih jauh kemjuannya dari malaysia. baik dari segi politik mahu pun ekonomi.. fahaman tak menjadi masalah ape yg penting adalah kebijaksanaan pemimpin utk mentadbir negara. byk yg kita dpt lihat tentang kelemahan fahaman demokrasi terutamnya dinegara kita.. fahaman ini ternyata gagal sama sekali utk menyatukan rakyat.. rakyat berpecah belah dgn fahamn parti masing2..tdk seperti negara maju yg lain.. pemimpin mereka akan ditukar sekiranya gagal utk menyelesaikan sesuatu perkara. kalau kita lihat kes mat indera ni beliau memang memperjuangkan kemerdekaan, cuma caranya berbeza.. kalau tak kenapa yayasan selangor sendiri mengiktiraf mat indera sebagai pejuang kemerdekaan sebaris dgn sultan ismail dan tun sulaiman ninam shah..

        1. bro, nak compare China dgn Malaysia x leh la bro, China sebelum terima fahaman Komunis, ia mmg nagara berpengaruh & kuasa besar.

          Kat negara china sekarang pun ada politik kotor jgk..

          PS : Ada tak agama rasmi kat negara komunis??

          1. zaman Nabi Muhammad dulu ade sistem demokrasi tak?mengundi ke?orang kafir mat saleh yang wujudkan fahaman2 ni

        2. dah takde negara yang “pure” komunis dah sekarang ni. falsafah ekonomi komunis iaitu pemiliknegaraan semua harta telah terbukti suatu yang tidak praktikal dan menjahanamkan ekonomi negara. falsafah ini hanya menghasilkan sistem pemerintahan berpusat yang autokratik dan diktatorial.

          china hanya mula bangkit selepas meninggalkan ideologi totok komunisme. kerajaan china yang tinggal sekarang ini pada dasarnya bukan lagi macam kerajaan china komunis dulu. walaupun namanya masih komunis, tapi pendekatan ekonominya telah berubah kepada kapitalisme. kebangkitan china banyak disumbangkan oleh orang china luar negara yang kembali untuk membangunkan china. mereka sedar bahawa komunisme adalah suatu yang lapuk dan terbukti tidak membawa kesejahteraan, jadi mereka mengubah polis2 kerajaan, tapi tidak sampai ke tahap mengubah sistem kerajaan yang masih lagi autoritarian. china yang ada sekarang sebenarnya banyak meniru corak ekonomi barat dan telah jauh menyimpang dari corak ekonomi komunisme.

          saya pun nak buat pembetulan, yayasan johor (bukan selangor yeeee) tidak mengiktiraf mat indera. anda faham atau tidak makna perkataan “iktiraf”? dalam buku tu hanya sekadar mengajak menilai semula, penulis pada dasarnya simpati dengan mat indera. dari situ kita boleh dapatkan teladan bahawa dalam memilih jalan berjuang, harus berhati2 jangan sampai memilih jalan yang salah. akui sahaja, mat indera silap jalan.

          mat sabu tu pendidikannya cuma tahap spm, kelebihannya cuma pandai cakap berapi2. idolanya pula adalah khomeini. fitrah mat sabu dia memang gemarkan konfrontasi dan kontroversi. pemimpin macam ni tak layak jadi ketua tinggi, sebab lidahnya panjang tapi akalnya pendek!

      2. zaman penjajah kita dijajah. Kita kena terima hakikat itu, tetapi perjuangan menuntut kemerdekaan dilakukan oleh orang melayu terutamanya. Bila merdeka barulah kita dpt mentadbir sendiri mengikut acuan negara kita. Perjuangan komunis berbeza . Mereka nak jadikan negara kita negara komunis. Kalau negara kita menjadi negara komunis , amalan agama tersekat. komunis tidak ada agama apalagi kebebasan beragama , berharta dsb. Jadi Mat Indera bukan pejuang , kerana perjuangannya tersasar .

  6. Semoga Allah s.w.t merahmati pejuang melayu semasa peristiwa bukit kepong. Mat indera HANYA mengetuai serangan PKM ke atas balai polis bkt kepong, “NIAT” dia utk bebaskan tanah melayu dari penjajah adalah betul, tapi haluan yg dia pilih PKM adalah salah. Apa itu Komunisme, siapa pengasas Ideologi Komunis, bangsa apa yg majoriti dlm PKM? korang kaji la sendiri.

    Seperti yang di bangkitkan oleh Mat Sabu, memang ada orang melayu diselamat oleh Mat Indera semasa pertempuran tersebut, tapi majoriti polis melayu, isteri, kanak² kecil yg kena bunuh dek PKM dia x cerita pulak? Nak perjuangkan kemerdekaan tak semestinya perlu “Angkat Senjata” & bunuh sesama melayu yang berkhidmat di pihak british, bagi orang melayu pada masa itu yg tidak mempunyai kecukupan senjata untuk menentang kekuatan senjata penjajah,

    “Debat & Diplomasi” adalah cara terbaik MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN, itu pandangan aku, Mat Indera seorang yang arif dalam agama, mana mungkin dia arif tentang ideologi Komunisme, mungkin sebab itu dia “DIPERGUNAKAN” oleh PKM untuk menjadi “ORANG TENGAH” memujuk polis melayu menyerah diri sebelum detik serangan PKM di bukit kepong. Pada pandangan aku, jika Mat Indera berada di landasan perjuangan kemerdekaan berteraskan “Debat & Diplomasi” pada masa itu, dia tentu akan disanjung tinggi sehingga kini kerana niat & agamanya adalah melambangkan seorang “Melayu Jati”. Sekian.

  7. ANDA JUGA SEPERTI MAT SABU (TIMB. PRESIDEN PARTI ANAK SETAN) CUBA PUTAR BELIT SEJARAH NEGARA. SIAPA ANDA? SUDAH PASTI SEORANG DARI PARIA PARTI ANAK SETAN.

    1. Bro….lu emosional bro……lu pun bukan tau sangat pasai perjuangan….lu byak sgt tgk Utusan Meloya & tgk TV3 suku la bro….

        1. Orang yg baca Utusan, tgk tv3 dikatakan kene tipu buta2 & berat sebelah. Tapi orang asyik byk dok baca artikel PRO-PEMBANGKANG pun kira berat sebelah jugak, dok mengiyakan je mcm semuanya artikel tu betul, booooNGOK !

          Kesimpulan aku untuk isu Mat Indera ni, Mat Sabu kena masuk sekolah balik, stat buat kajian perbezaan antara Pejuang Kebebasan & Pejuang Kemerdekaan. Lepas tu baru kaji part2 sejarah sebelum dia nak ceritakan kat public.

          1. pembangkang kerja nya membangkang. Tiada satu pun yang betul sebab PR saja yang betul. Pas yang memperjuangkan agama pun tak apa-apa bila pakatan nya mengutuk agama islam. dan mempermainkan agama . sayang perjuangan nya tak seperti dulu memang dikagumi ttpi kini bertambah meluat sbb sama bersekongkol dengan PR

        2. Nak cakap pasal utusan dan tv3, aku setuju cerita2 yang disiarkan banyak yg tak habis tapi sekurang-kurangnya yg dia sebut tu sahih, cuma ada fakta yg disembunyikan (atas alasan2 keselamatan atau politik). Tapi aku lagi menyampah Malaysiakini, Harakah, Suara Keadilan yang banyak tipu, ikut andaian, fitnah dan takde kredible langsung.

          Bagi aku, kita lagi banyak kena tipu buta2 ngan pemberitaan pro-pembangkang dari yg pro-kerajaan.

          Walaupun aku tak berapa suka kerajaan, aku berdoa jangan la pakatan ambil alih kerajaan, alamat lagi jahanam.

          P/s: Bila la Malaysia ni nak ada pembangkang yg kredible untuk imbang BN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*