Tag Archives: Cara dapat siaran mytv

Cara Pasang Sendiri MYTV Dirumah Anda

Pahang MYTV Digital TV Malaysia 2

Anda boleh buat sendiri jika ingin lihat siaran TV digital Malaysia yang sedang di buat ujian.

Apakah MyTv? MYTV menggunakan sistem pemancaran Digital Terrestrial Television (DTT) dengan format DVB-T2. Stesen pemancar dipasang di kawasan tinggi iaitu puncak gunung atau menara tinggi untuk mendapatkan liputan pemancaran maksima dengan menggunakan gelombang Ultra High Frequency

Teknologi pemancaran

MYTV menggunakan teknologi transmisi DTTV yang mana spektrum signal dipancarkan oleh menara telekomunikasi darat seperti menara telekom manakala ASTRO pula menggunakan teknologi penghantaran transmisi melalui Satelit.

Justreru, siaran MYTV tidak akan terganggu oleh elemen-elemen alam seperti hujan, namun MYTV perlu sentiasa bergantung pada stesen pemancar bumi bagi menghantar siarannya.

Dekoder diperlukan di rumah untuk mengubah signal digital tersebut ke TV anda sama seperti Astro yang juga memerlukan dekoder.

Cara mendapatkan siaran MyTv
1. Perlu ada Dekoder bertanda DVB T2
2. Perlu ada antena digital jenis tulang 14E atau 5E atau yang sesuai
3. Kabel antena putih
4. Pasang antena dan arahkan ke pemancar mytv terdekat. Sambung kan kabel putih dari antena ke dekoder dvb t2
5. Pasang juga kabel HDMI dari dekoder dvb t2 ke TV LCD atau jenis biasa
6. Bila semua sedia on suis dekoder. Guna remote dan tekan menu. Setkan CH45 untuk mytv malaysia. Atau 666mhz
7. Adjust antena supaya signal quality melebihi 85% _ 95% kualiti gambar terbaik jika dapat 100%. Jika tak dapat 85% Signal kawasan anda belum baik lagi atau terhalang.
8. Bila dapat signal keluar menu di remote anda dan terus menonton MyTv

full-hd-1080p-dvb-t2-s2-combo-digital-video-broadcasting-satellite-receiver-set-up-box-h-264-mpeg-2-4-compatible-with-dvb-s-dvb-t-supports-biss-key-for-tv-hdtv-3669-6434843-3-webp-product

DECOCERRR
Syarikat yang mengendalikan MyTv

PUNCAK Semangat Sdn Bhd (PSSB), antara syarikat milik tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memenangi kontrak untuk mengendalikan dan menguruskan infrastruktur bagi perkhidmatan Penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTTB) di Malaysia.

Kontrak dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 22 April 2012 itu adalah bagi membina dan menguruskan infrastruktur digital DTTB bagi penyiar bebas-ke-udara (FTA) di seluruh negara.

“Infrastruktur DTTB akan membolehkan penyiar FTA berhijrah ke platform digital sepenuhnya bagi menyiarkan lebih banyak saluran televisyen dan radio dan juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti panduan program elektronik, perkhidmatan jadual maklumat, data yang berkaitan program, sistem pengurusan pelanggan, dan audio pelbagai bahasa,”

Siaran Ujian MyTv

Buat masa sekarang ujian DTT sedang berjalan. Saya di rumah hanya boleh tengok 10 chanel tv1, tv2, tv3, ntv7, tv8, tvi, tv hijrah, Bernama atau BNC, Enjoy tv, tv9

Kualiti tempat saya ok. Saya di perlis. Gambar terang terutama tv hijrah yang ada HD