Informasi, Teknologi

Peta Malaysia dari Google, Map search

peta googlePeta Google Malaysia menyediakan satu platform khusus kepada warga Malaysia untuk mencari informasi berbentuk kedudukan geografi sesuatu tempat atau kawasan.

Sekiranya anda menaipkan nama sesebuah jalan raya, anda bukan sahaja berpeluang melihat imej satelit tempat itu tetapi memperoleh ketepatan jarak dan masa.

Percuma dan mudah dikendalikan, khidmat ini boleh dieksploitasi mengikut kesesuaian masing-masing sama ada daripada komputer peribadi atau meja dan telefon bimbit.

Dianggarkan 15 juta pengguna Malaysia dapat mengembangkan lagi sektor kepenggunaannya dengan hanya menaip kata kunci dalam ruang carian.

“Komprehensif dan mudah mencari sumber pada masa sebenar, Peta Google Malaysia selangkah ke hadapan dalam menyediakan bahan-bahan maklumat yang diperlukan dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, tempat kerja atau semasa berada di luar,” jelas Pengurus Produk, Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey ketika ditemui pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

peta google 2

“Sambil menayangkan teks dalam bahasa Melayu, ia juga boleh dibaca dalam bahasa Cina dan Tamil selain Inggeris. Masyarakat tempatan dan pelancong juga pada masa yang sama digalakkan supaya menyumbang dokumen berbentuk teks, gambar hinggalah klip video,” tambahnya yang membincangkan kemesraan Peta Google Malaysia.

Syarikat gergasi carian Internet, Google yang bangga dengan gelaran jenama pertama di dunia bernilai AS$100 bilion, melabur di Malaysia bagi tujuan menjadikan produknya berjiwa tempatan.

Kini anda boleh melihat melalui telefon 3G anda.

peta google 3

MAKLUMAT LANJUT
http://maps.google.com.my

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Show Buttons
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Pinterest
Hide Buttons