Doa Semasa Mengandung Dari Al-Quran

Terdapat banyak ayat Quran yang mengajar ibu-ibu yang mengandung. Doa ini juga boleh di baca pada anak yang besar. Antara doa-doa yang boleh anda amalkan semasa hamil ialah:

1. Doa mohon anak yang baik serta keturunannya

Surah Al Imran (3 : 38)

zohon mohon zuriat baik

 

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”

 

2. Doa Mudah Bersalin An Nahli 16:78

doa mudah bersalin

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

 

3. Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. Al Furqan (25:74)

doa anak baik sejuk mata memandang

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

 Lain-lain doa untuk kehebatan dan kesejahteraan anak anda, klik sini

Semoga doa ini memberi manafaat pada anda semua, silalah amalkan. amin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*