Surah Amalan Ibu Adi Putra Serihana Elias

surah amalan anak pintar, ibu adi putra baca 3 surah, maryam, yussof, luqman,

Ini merupakan kisah benar yang berlaku di Malaysia.  Ibu kepada kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani,  gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian, terutama pada waktu lapang ketika mengandungkannya. Serihana Elias  (ibu Adi Putra), berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar-sinar ketika berusia belasan tahun dan percaya ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

“Mengandungkannya tidak sama mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman,” kata Serihana, ketika menceritakan amalan dilakukannya ketika mengandungkan anak bongsunya itu.

Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani Abdul Wahid, ketika berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.

“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Ezuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra yang belajar sendiri di rumah bersama ibu bapanya dianggap pakar dalam menyelesaikan soalan Algebra, Trigonometri dan Indeks dan kepintarannya itu menyebabkan beberapa guru gemar merujuk kepadanya mengenai formula tertentu menyelesaikan soalan matematik.

Dia sering menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah menjemputnya untuk memberikan motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Serihana, dia tidak dapat melupakan mimpi itu sampai bila-bila kerana bukan mimpi biasa sebagai mainan tidur. “Mimpi itu penuh makna kerana saya melihat lima bintang membentuk sebutir permata yang bersinar-sinar di langit.

“Mulanya saya sangka kehidupan menjadi semakin hebat sebelum berkahwin, tetapi biasa saja. Bagaimanapun, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata bernama Adi Putra, barulah saya sedar mungkin mimpi itu sebagai petunjuk kelahiran insan istimewa,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengatakan kepintaran luar biasa Adi Putra dikesan ketika anak bongsunya itu dapat menghafal sifir Matematik sekali gus membetulkan kesilapan sifir yang diperdengarkan abang sulung.

“Adi Putra anak yang istimewa. Dia mempunyai aura yang sama sekali tidak dimiliki kanak-kanak lain seusianya. Kepintarannya agak luar biasa sehingga mampu menyelesaikan masalah Matematik, selain mencipta formulanya sendiri.

“Saya sama sekali tidak menduga Adi Putra mampu menghafal sifir. Mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun dapat menghafal sifir berkenaan. Lagipun dia tidak pernah mendapat pendidikan secara formal di sekolah ataupun mendalami subjek itu.

“Pada mulanya Adi Putra sekadar menangis meminta untuk dia turut sama menghafal sifir seperti abangnya. Bagaimanapun saya tersentak, selepas dia mampu menghafal sifir dua, sebelum menghafal keseluruhan sifir terakhir iaitu dua belas,” katanya.

Sambil berbangga dengan kepintaran anaknya, Serihana berkata, dia bukan saja seorang pintar, tetapi bercita-cita untuk menjadi Profesor Matematik Islam berjaya sekali gus menyebarkan ilmu dimiliki kepada masyarakat.

Sikap suaminya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak sedikit sebanyak menaikkan motivasi Adi Putra dan anak lain.

“Dua petua yang diamalkan abang yang sewajarnya diikuti ibu bapa, pertamanya mereka perlu memilih nama yang baik dan keduanya nama anak perlulah dipanggil dengan nama penuh kerana mempunyai kaitan dengan pintu rezeki mereka,” katanya.

Difahamkan Adi Putra yang bertemankan sebuah komputer akan dapat menyelesaikan masalah Matematik atau menemui formula baru, selepas mendapat ilham antara jam 12 tengah malam sehingga empat pagi.

Dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.

Adi Putra pernah menunjukkan kepintaran luar biasanya dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru, Kuala Kurau, Perak apabila memberi jawapan betul dan pantas mengalahkan 19 guru dan 230 murid Tahun Satu hingga Enam sekolah berkenaan.

Malah, kanak-kanak itu hanya mengambil masa kurang satu minit menjawab soalan asas matematik, manakala soalan peringkat sekolah menengah dan asas universiti pula kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

DRAGONIZER: Lahirnya tokoh terbilang Matematik berbangsa Malaysia… semoga Adik Adi Putra akan mendapat ijazah Doktor Falsafah sebelum mencapai usia 17 tahun… teringat kisah gadis pintar matematik suatu ketika dahulu…    Sumber Harian Metro

Pengajaran :

Adi ialah insan yang di kurnia Allah kepintaran luar biasa. Pengajaran dari kisah di atas ialah amalan ibu bapa Adi. Ibunya seorang yang suka baca Quran terutama surah surah Maryam, Yusuf dan Luqman ketika mengandung. Selain itu Ibunya seorang yang baik dan rajin solat.

Bapanya seorang penyayang dan bertanggungjawap. Ia memanggil anak-anaknya dengan nama penuh, misalnya ADI PUTRA, bapanya tak panggil Di, atau Putra, atau Adi, dia akan panggil nama penuh Adi Putra. Ia ada hikmah di situ.

Harapan kita, kalau tak jadi macam Adi Putra tak mengapa, tetapi biarlah anak kita jadi seorang yang cerdik dan mudah memahami apa yang kita ajar atau guru ajar. Seterusnya hormat pada kita sebagai ibu bapa, hormat guru dan masyarakat sekeliling.

Boleh download ebook panduan didik anak pintar dan beriman di link bawah:

http://cpintrass.com/blog/bayi/panduan-didik-anak-pintar-dan-beriman/.html

About admin

Nama saya Fauzi Ahmad, Pemilik blog ini dan laman web cpintrass.com. Blog ini dibina 2008 dan memaparkan perbagai isu. Anda boleh kongsi pendapat dan komen anda. nota ------- IKLAN YANG DI KELUAR ADALAH SECARA AUTO OLEH PIHAK GOOGLE SAYA TIADA KAWALAN TERHADAP ISU DAN GAMBAR TERSEBUT FAUZI AHMAD Admin Terima kasih kepada pelawat blog ini dan pelanggan produk saya.
This entry was posted in Agama, tip anak cemerlang. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>