makanan minda
Minda Cemerlang ialah minda yang berfikir secara positif untuk kebaikan diri dan orang lain.

Kenapa Blog WordPress Lebih Baik Dari Blogspot

kelebihan blog wordpress berbanding blogspotSaya memilih blog wordpress berbanding blogspot kerana beberapa sebab utama.

1. SEO Friendly

WordPress terkenal dengan fungsi SEO yang bagus dan pantas. Dengan sokongan Plugin All In One Seo Pack, blog anda akan lebih power berbanding blogspot.  Dengan tambahan sokongan Tag, enjin carian lebih mudah untuk mengindeks kandungan blog. Anda boleh membuat halaman sitemap secara keseluruhan (termasuk arkib dan halaman statik) dan boleh membuat pilihan semasa menetapkan tetapan untuk egen pencarian mengindeks blog. Ditambah dengan bantuan plugin tertentu anda dapati blog anda mudah mesra SEO

Plugin All In One Seo Pack amat membantu blogger wordpress mendapat carian mudah engine carian. Plugin All In One Seo Pack boleh di download di sini

2. Perbagai Plugin Menarik Boleh Dipasang di wordpress berbanding blogspot

Blogspot tiada boleh pasang plugin seperti wordpress. Terdapat perbagai plugin menarik untuk wordpress. Antara yang popular All in one seo pack, Nextgen Gallery, Google sitemaps, dan banyak lagi. Kini wordpress.org mempunyai 14,872 plugins yang anda boleh dapat secara percuma. Tetapi AWAS jangan pasang terlalu banyak plugin kerana akan melambatkan Loading Blog anda. Senarai plugin boleh dapat sini.

3. Pages dan widget lebih menarik di wordpress

Dengan mempunyai link yang agak mudah dan senang diingati contoh (http://cpintrass.com/about). Berbeza pula di Blogspot, dengan menggunakan link yang agak sukar untuk diingati dan mempunyai permalink yang agak kurang user-friendly contoh (http://domain.blogspot.com/p/about.html). Selain itu, WordPress dapat mencipta menu dengan mudah, dan boleh membuat drop-down navigation menu untuk setiap link atau kategori. Bagaimana pula di Blogspot. Anda perlu mencari dan menempatkan secara manual code/javascript sebelum boleh menggunakannya

4. WordPress mempunyai kategori lengkap, berbanding fungsi level di blogspot yang lemah

Kategori wordpress akan di link dengan url post blog anda, Misalnya www.bloganda.com/kategori/tajukpost.html . Tajuk post begini hanya terdapat pada blog wordpress. Ini pemanent link yang mesra seo berbanding permanent link post blogspot yang kurang mesra search engine. Contoh link blogspot ialah http://teratakdbendang.blogspot.com/2011/06/panduan-kandungan-google-friendly.html , Tiada kategori di masuk dalam link blogspot, sebaliknya di ganti dengan angka tahun 2011/6. Ini tak mesra seo.

5. WordPress mempunyai themes yang menarik dan mesra seo

Walaupun blogspot mengeluarkan design baru dalam themesnya namun ia agak terbatas, berbanding beribu-ribu themes menarik wordpress. Anda boleh dapat secara percuma themes wordpress di sini. 1,392 themes, 33 juta telah downloads themes wordpress. Ini menunjukan support untuk wordpress memang hebat.

6. Multi site dan sokongan cms

WordPress dianggap salah satu platform blogging yang terbaik untuk membuat sebuah blog yang  mempunyai multi-author dan CMS (Content Management System). Dengan hanya memasang beberapa plugin, anda boleh menukar blog kepada CMS. Seperti yang dikatakan diatas, dengan sokongan plugin yang meluas, anda boleh menjadikan WordPress bukan sahaja blog, malah laman web  yang mengikut cara anda sendiri.

7. Jadi Bos dengan kawalan 100% jika pasang wordpress pada domain sendiri

Anda akan nikmati 100% kebebasan jika pasang wordpress pada domain anda sendiri. Malah paling penting boleh jana pendapatan dari blog anda.

8. Anda boleh pasang kedai online serentak dengan blog anda jika guna wordpress

Jadi anda boleh jual dan blogging serentak. Caranya ialah aktiviti blogging boleh di buat  dalam bahagian POST, manakala kedai online di buat pada PAGES. WordPress mempunyai kelebihan istimewa ini berbanding blogspot kerana dapat memasang Plugin eshop for wordpress yang di reka khusus untuk blog wordpress. Nak pasang saya boleh pasang kedai online ini.

Jika nak mahir dalam blog dan nak belajar blogging sila ikuti panduan di bawah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Responses to “Kenapa Blog WordPress Lebih Baik Dari Blogspot”

  1. [...] CMS WordPress lebih bagus berbanding lain-lain CMS, bolehlah ke blog Mrpiratz, Sharulsite, Cpintrass dan lain-lain lagi dengan mencari di carian [...]

  2. fiziesss says:

    salam..perkongsian menarik..nak tnya…yg all in one seo pack tu mcm mana nak guna..sy dah letak..tapi masalah yg tag dia tu..agak menyusahkan sbb dia ada 2 kali kne isi tag dia..adakah perlu saya isi satu jer?ataupun yg mana satu tag yang perlu saya isi?atau copy jer buat tag sama bg kedua2 tu..bleh bg tips tak?

    • Fauzi Ahmad says:

      Ok terima kasih atas komen anda.

      Untuk plugin all in one seo pack, tajuk saya guna tajuk asal, discription saya tulis ringkas sahaja dalam 5 hinggs 8 perkataan, manakala bahagian keyword saya masuk dalam 3 hingga 6 keyword yang selalu orang cari mengenai tajuk anda post. Tag kadang saya isi kadang tak, ikut rajin, yang penting tajuk dan keywords

IKLAN

Komen Dari Rakan-Rakan

Terima Kasih kerana memberi komen, jika anda ada sebarang cadangan atau komen, kami amat hargai pandangan anda.





CommentLuv badge
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline