TIP DAN PANDUAN TINGKAT JUALAN DI SHOPEE

Asalamualaikum semua, hari ini nak kongsi tip dan panduan bagaimana untuk tingkat jualan di kedai Shopee anda terutama di www.shopee.com.my. 

Antara Tip dan Panduan Ringkas bagaimana meningkatkan jualan di shopee ialah:

  • Tingkatkan follower kedai anda, caranya ialah dengan anda follow kedai atau rakan shopee yang lain. Cara yang mudah anda search rakan yang jual sama barang dengan anda dan klik barang dan klik kedai mereka. Seterusnya klik butang follow
  • Selalu guna fungsi boost di bawah setiap barang anda. 4 atau 5 jam sekali. 
  • Tajuk produk atau barang yang anda jual harus ditulis bedasarkan katakunci atau keywords yang selalu orang search. Ingat bila orang masuk shopee mereka akan guna kata kunci untuk cari barang. Misalnya barang dapur, harus ada keywords yang relevan pada tajuk barang, jangan tulis jenama sahaja, tetapi mesti kaitan dapur, alatan dapur, kitchen, tools kitchen, aksesori dapur, dan sebagainya
  • Gambar barang kena jelas dan terang dan mudah orang faham. Ada info ketinggian, lebar barang, atau saiz barang. Info pengeluar, expired date, MAL, dan sebagainya. 

Sekian untuk kali ini

Kedai saya Di shopee

http://www.shopee.com.my/fauziahmadshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *